Tips memulakan bisnes jangka panjang
Bisnes boleh dimulakan dengan modal serendah RM50. Jadi anda perlu lihat apakah jenis bisnes yang sesuai dengan jumlah tersebut. Sebagai contoh, beli kerepek dan plastik bungkus. Paketkan kecil-kecil dan jual. Anda boleh dapat sehingga RM100. Gunakan jumlah tersebut untuk dilaburkan kembali sampai jadi RM200. Ulang strategi tersebut sampai anda boleh dapat RM3,000. Simpan RM2,000 dan ambil RM1,000 untuk menjalankan bisnes seterusnya.
Guna untung untuk besarkan bisnes
Guna RM1,000 untuk mulakan bisnes seperti jubah muslimah. Beli jubah bernilai RM100 dan jual dengan harga RM150. Dapatkan jualan sehingga RM1,500 dengan 10 helai jubah. Praktikkan strategi ini sehingga anda boleh mencapai RM50,000. Sebahagian wang dari bisnes pertama dan kedua boleh dilaburkan kepada usahawan yang tidak mempunyai modal untuk menjalankan bisnes. Anda akan jadi sebagai pelabur dan rakan kongsi. Kerja anda hanya perlu pantau dan tunggu wang masuk setiap bulan.

Ceburi bisnes yang terjamin
Hasil dari pelaburan bisnes anda boleh dilaburkan untuk bisnes komoditi yang berpanjangan dan mempunyai banyak permintaan. Ia adalah bentuk bisnes yang terjamin kerana pelanggan sentiasa mencari dan membeli sampai bila-bila. Di sini anda sudah ada satu pelan bisnes yang boleh menjamin bisnes anda untuk bertahan dalam jangka masa yang panjang.
Setelah anda melakukan kesemua bisnes di atas, barulah anda mulakan simpanan dalam bentuk emas dan perak. Memang simpanan anda lambat dimulakan kerana anda mula berbisnes tanpa sebarang pinjaman. Simpanan wang amat tidak digalakkan kerana nilai wang bukannya tetap sepanjang masa. Anda sendiri boleh lihat berapa kali wang ringgit jatuh setiap hari.
Akhir sekali ialah masa untuk memberi ganjaran kepada diri anda. Pada waktu inilah anda hadiah diri anda sebuah rumah yang selesa. Paling tidak pun kereta yang sesuai dengan kemampuan anda. Anda sudah pun memiliki keuntungan yang banyak. Inilah masanya untuk menghargai diri anda. Anda sudah bersusah payah sekian lama. Anda perlu memiliki sesuatu sebagai ganjaran kejayaan bisnes anda.
Kongsi rezeki dengan orang lain
Di sini anda boleh susun strategi bagaimana nak bantu orang yang susah. Dengan menjadi seorang usahawan, sebahagian dari keuntungan anda boleh digunakan untuk disumbangkan kepada agama. Lihat bagaimana kisah pejuang-pejuang Islam dahulu. Mereka terdiri dari golongan usahawan yang tidak banyak bergantung dengan kerajaan untuk terus hidup.
Oleh itu, anda harus memulakan bisnes dari sekarang.http://ikhwanfahmi.com/bisnes-jangka-panjang-dan-bisnes-jangka-pendek/ Mulakan dengan modal yang rendah supaya anda tak perlu membuat pinjaman atau berhutang dengan sesiapa. Salah satu caranya ialah menerusi perkongsian pengalaman dari seorang usahawan yang telah memulakan bisnes dengan modal minima.
Jarang orang yang betul-betul berjaya berniaga dalam jangka masa yang pendek.
Khairul Zamri recently posted…9 Tips Komposisi Fotografi Untuk Gambar Menarik
Betul, mereka dah bertahun-tahun buat pelbagai bisnes, bila dah berjaya baru orang pandang, masa susah tiada yang tahu.
menjadi usahawan adalah impian saya tuan..
mrhanafi recently posted…Lagi Lagi Cerita Tentang Duit
Impian saya juga nak jadi usahawan.
bila dah jadi usahwan ..
akan timbul impian jadi Jutawan ..
in shaa Allah ..
itu yang terbaik untuk memantapkan ekonomi orang Islam
Hero Borneo recently posted…5 Sebab Saya Suka Blog Ishakhasimi.com
Masa jadi pelajar memang seronok, boleh timba pengalaman awal buat bisnes sambil belajar.
Betul, yang utama ialah kemahuan yang kuat.
Tak mudah jadi usahawan terutama yang sepenuh masa.Waktu merangkak-rangkak orang tak pandang. Bila berjaya, orang cari kita. Nak kekalkan momentum tu pun kena ada teknik juga.Banyak cabarannya.
rahimah recently posted…Borong Baju Musim Sejuk Dengan Boot K-Pop Di Primark.Murah Ke ?
Betul, bila dah berjaya ramai yang mengaku saudara.
kalau panjang..panjang la hasilnya.
kalau pende, pendek la hasilnya.
hoho..
titan recently posted…Lelaki Handsome ini menulis dan MAINTAIN 300 blog setiap tahun. Bagaimana dia lakukannya dengan GAGAH sekali?
Saya pun mulakan bisnes jangka panjang dengan bermodalkan hanya RM65
Noriza Rahman recently posted…KENAPA Perlu Mendaftar Ahli Shaklee?
Ya, tak perlu keluarkan kos yang tinggi untuk buat bisnes jangka panjang.
Kejayaan harus diikuti dengan tindakan dan kesabaran. Mulakan dengan langkah yang kecil, nescaya dengan langkah yang kecil dan menjadi langkah yang besar menuju kejayaan.
Kena kekal bersabar dan tidak putus asa
dedauncomel.com recently posted…Senarai 53 Blog Menarik Untuk Blogwalking dan Dilawati
Betul tu.. kalau nak lebih , bisnes kena pikir jangka panjang..
seelok-eloknya jangan ambil untung untuk tempoh 1 tahun.
gunakan keuntungan untuk
1) Simpanan luar jangka
2) untuk menambah produk
3) Promosi
inshallah boleh ditingkatkan bisnes kita
bukan mudah bisnes sepenuh masa ni. time kita belum naik orang memang tak nampak. bila naik semua orang pandang.
raihanah ahmad recently posted…Kesihatan Kardiovaskular Terbaik Melalui Landmark Study
Cabaran bisnes datang dan pergi, ada masa mudah dan sukar.
Susah dahulu, senang kemudian.