Mengira cukai pendapatan adalah tanggung jawab diri sendiri. Audit cukai akan dijalankan oleh salah satu lembaga yang digeruni di Malaysia iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang jauh lebih popular dari Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Penapisan Filem.
Tips mudah failkan cukai E-Filing sudah bermula sejak 1 Mac 2017 yang lalu bagi Tahun Taksiran 2016. 30 April 2017 ialah tarikh akhir untuk anda yang tidak mendapat pendapatan bisnes manakala 30 Jun 2017 untuk anda yang mempunyai pendapatan bisnes. E-Filing boleh dimulakan dengan langkah di bawah :
1. Mendaftar E-Filing menerusi portal LHDN bagi yang masih belum membuat pendaftaran.
2. Himpunkan dokumen berkaitan contohnya Borang EA.
3. Susun perbelanjaan yang layak diberikan pengecualian cukai, pastikan anda menyimpan resit dan bukti bayaran yang telah dibuat.
4. Log masuk ke dalam sistem E-Filing.
5. Isikan informasi peribadi atau kemaskini perkara yang berkaitan contohnya alamat surat-menyurat dan akaun bank.
6. Isikan informasi seperti gaji dan pendapatan tambahan seperti rumah sewa dan royalti yang anda terima. Anda yang berniaga harus sediakan rekod untung rugi untuk dijadikan rujukan.
7. Isikan jumlah belanja yang layak mendapat pengecualian cukai. Rujuk dalam sistem yang disediakan untuk melihat jumlah maksima yang dibenarkan.
8. Isikan jumlah bagi Potongan Cukai Berjadual (PCB) sekiranya ada.
9. Isikan jumlah zakat yang telah dibayar semasa tahun 2015 untuk mendapatkan rebet berserta resit.
10. Tunggu sistem membuat kiraan cukai yang perlu anda jelaskan.
11. Cetak rekod anda sama ada PDF atau di kertas untuk rujukan.
12. Hantar rekod tersebut menerusi sistem E-Filing.
13. Jelaskan bayaran cukai menerusi perbankan internet atau di bank sebelum 30 April sekiranya ada.
14. LHDN akan memulangkan lebihan cukai sekiranya ada menerusi akaun bank anda.

Sama-sama, mudah untuk dipraktikkan.
bagus info ni, sangat penting efiling ni
raihanah recently posted…Promosi Shaklee Sempena Hari Malaysia 2017
dah lama juga saya tak kena cukai…
semenjak akhir ini…
income laju sahaja menurun..
mrhanafi recently posted…Tahniah Jurulatih eUsahawan Sarawak Edisi Kenyalang 2017
Mengharap banyak zakat dikeluarkan untuk tahun 2016 ni supaya lebihan ada semasa memfailkan e-filing nanti
Noriza Rahman recently posted…Serlahkan Keanggunan Wanita bersama Set Kecantikan Kulit Berseri
Tak perlu nak beratur panjang di pejabat LHDN.
tak payah beratur.. terima kasih
nikkhazami recently posted…Menu Best di Hayaki Cafe
tq info. Lepasni bolehlah buat online kat rumah
semakkini recently posted…Tempat-Tempat Menarik di Sabah