Tips pakai kereta sport mewah Ford Mustang
Siapa tak nak pakai kereta sport? Contoh paling mudah ialah kereta Ford Mustang. Nak pakai kereta sport yang mewah kena tengok pada kemampuan kewangan masing-masing. Abe Nazz ada kongsikan tips pakai kereta sport mewah Ford Mustang supaya anda dapat mempertimbangkan nak pakai kereta impian yang mahal ini.

Kenapa pilih Ford Mustang?
Ford Mustang ini masuk dalam kereta ekslusif, jarang dilihat dan jadi kebanggaan pemiliknya. Biasanya, kereta seperti ini dimiliki oleh pendiri bisnes yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Kereta yang berkuasa 5.0 liter ini pasti mempunyai tarikan yang tersendiri.
Kalau betul-betul nak pakai kereta Ford Mustang, belilah kereta yang terpakai dan memiliki jarak perbatuan yang rendah. Bayar deposit RM150,000 atau separuh dari harga kereta. Buat pembiayaan untuk 9 tahun, jadi ansuran bulanan tak lebih dari RM1,800.
Kereta jenis ini bukan untuk dipandu setiap hari. Cukup sekadar dipandu untuk majlis tertentu atau hujung minggu. Kalau setiap hari bawa pergi kerja, boleh kering poket jawabnya. Carilah kereta lain untuk dipandu.
Kos untuk membela sebuah Ford Mustang
Kena ingat, cukai jalan dan insurans RM20,000 setahun. Anda kena cari RM1,700 sebulan untuk tanggung kos ini. Anda juga perlu sediakan RM30,000 untuk kos alat ganti. Kelebihan kereta ini terletak pada sewaannya. Ahli bisnes MLM, penerbit drama dan jurufoto dengan kadar RM2,500 sehari.
Strategi untuk miliki Ford Mustang
Boleh dikatakan ramai orang tak mampu untuk membela kereta jenis ini. Namun begitu masih ada jalan bagaimana untuk memiliki kereta idaman ini. Setidak-tidaknya anda perlukan RM4,000 sebulan untuk menjaga Ford Mustang. Oleh itu, anda dicadangkan untuk mewujudkan tabung-tabung seperti :
- Lebihan sewa dari 10 buah rumah apartment
- Simpan RM1 juta dalam Dana Bon Islamik
- Komisen takaful dari pelanggan yang mencarum RM12,000 sebulan
- Komisen perunding unit amanah RM4,000 sebulan
- Buat komisen jualan di Shopee RM4,000 sebulan
Tak mustahil untuk anda pandu sebuah kereta sport mewah seperti Ford Mustang. Anda berhak memiliki kereta idaman, cuma sediakanlah wang yang cukup untuk mendapatkannya.
Belum pernah terfikir lagi nak pakai kereta mewah macam ni… Tapi kalau ada lebihan rezeki yang terlalu banyak, tak mustahil boleh pakai kereta ni…
Anuar recently posted…Syukur Alhamdulillah…. Dapat Bonus Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019