Kewangan

Tips Pelaburan Untuk Tempoh 5 Tahun

Tips pelaburan untuk tempoh 5 tahun

Melabur merupakan satu aktiviti yang mudah kerana anda hanya perlu letak wang dan biarkan wang tersebut berkembang. Namun begitu ilmu pengetahuan pelaburan yang dikongsikan oleh Amir Syahir boleh membantu anda memaksimumkan pulangan pelaburan contohnya di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Berikut ialah perkongsian yang dipetik dari status Facebook beliau.

 

tips-pelaburan-untuk-tempoh-5-tahun
Wang akan susut nilainya, tapi sebelum ia susut kembangkanlah semakmaksima yang mungkin.

 

Gabungan ASB dan ASB2

Buat permohonan pembiayaan ASB sebanyak RM200,000. Bayaran bulanan dianggarkan RM1,200 dan tahunan RM14,400. Selepas setahun, jumlah dividen yang diterima pada kadar 7.25% ialah RM14,500.

Kemudian mohon pembiayaan ASB2 pada ansuran RM1,100 dan setahun RM13,200 dengan menggunakan dividen yang diterima dari ASB. Baki RM1,300 yang ditolak dari RM14,500 – RM13,200 sebagai belanjawan atau simpanan.

Pembiayaan ASB perlu dijelaskan seperti biasa setiap bulan manakala ASB2 dijelaskan dengan dividen ASB. Cukup setahun, ASB2 akan mula memiliki dividen sendiri. Jika dividen ASB2 ialah 7%, bakal dividen yang bakal diperolehi ialah RM14,000.

Ansuran ASB2 lebih rendah dari ASB, maka ansuran bulanan ASB2 bayar guna wang sendiri dan ansuran ASB dijelaskan dengan dividen ASB2. Ulang langkah ini sehingga mencapai tempoh 5 tahun.

Biarkan dividen ASB berkumpul dan gunakan dividen ASB2 untuk bayar ansuran ASB.

Biarkan dividen ASB berkumpul dan gunakan dividen ASB2 untuk bayar ansuran ASB. Dalam bahasa mudahnya, dividen ASB untuk bayar bulanan ASB2 dan selepas setahun dividen dari ASB2 bayar ansuran bulanan ASB. 5 tahun selepas itu, batalkan pinjaman yang telah anda buat dan hasilnya adalah seperti di bawah :

ASB1
Dividen terkumpul (48 bulan) ialah RM 62,100
Prinsipal (60 bulan) ialah RM15,800

ASB2
Dividen tahun terakhir ialah RM14,000
Prinsipal (48 bulan) ialah RM12,300

Jumlah keseluruhan ialah RM104,200

 

Boleh beli kereta tunai dengan ASB

Dividen terkumpul di ASB dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2. Dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun.

Dapat RM104,200 hanya 5 tahun? Ia bersamaan dengan anda menyimpan RM1,736.67 sebulan selama 5 tahun. Itu tak dikira lebihan dividen RM1,300 pada tahun pertama lagi. Boleh beli Honda HR-V! Sekarang sudah tahu kenapa orang kata jangan beli kereta dulu atau pun beli kereta murah dulu kan. Tapi orang bijak dia tak beli kereta mewah, dia melabur dalam hartanah pula. Buat deposit beli rumah. Jana lagi aliran tunai tambahan. Ramai orang yang bertanya, ada duit dalam ASB tunai RM50,000 dan ada yang RM20,000. Tapi tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh.

Itu baru 5 tahun. Kalau layan sampai habis pembiayaan ASB dan ASB2 tak ke jutawan? Dah pencen nanti tak payah kerja. Akhir kata, fahamilah potensi pelaburan. Naik turun adalah asam garam pelaburan. ASB sesuai untuk pelabur suka risiko rendah. Fahami kekuatan kewangan kita, buat kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang. Belajar cara melabur dalam ASB sekarang juga.

7 thoughts on “Tips Pelaburan Untuk Tempoh 5 Tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.