Hartanah

Tips Penting Bila Beli Sebidang Tanah

Tips penting bila beli sebidang tanah

Saya bercadang untuk membeli sebidang tanah suatu hari nanti. Maklumlah tanah sekarang sudah mahal. Kalau nak dibandingkan dengan harga hartanah lagi mahal. Jadi saya tulis tips penting bila beli sebidang tanah ini sebagai panduan di masa akan datang. Ianya saya dapat dari sahabat saya, Jusni Hashim. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang hartanah dan tanah.

Menurut beliau, ketelitian untuk beli tanah perlu lebih berhati-hati. Jika diperhatikan dengan harga rumah teres 2 tingkat dengan ukuran 20 x 70 kaki yang dijual di bandar, harganya paling kurang RM500,000 dan ke atas. Komitmen bulanan yang perlu dikeluarkan juga lebih dari RM2,000. Bayar selama 30 – 40 tahun sehingga tua.

 

tips-penting-bila-beli-sebidang-tanah
Sebelum beli tanah, periksa dahulu status tanah tersebut.

 

Kenapa beli tanah bukan hartanah?

Pilihan untuk tinggal di kawasan rumah kos rendah atau apartment agak gusar kerana sukar nak cari parkir kereta. Ada cita-cita nak tanam pokok bunga dan sayur kalau ada laman di rumah. Oleh itu, membeli sebidang tanah pertanian dengan 1 nama menjadi pilihan. Walau bagaimana pun tanah pertanian hanya boleh didirikan bangunan yang tidak lebih dari 1/5 keluasan tanah tersebut.

Ada sebahagian individu memilih untuk membeli 1 ekar tanah pertanian. Status tanah ditukar kepada bangunan dan dibahagikan kepada bahagian lot untuk banglo. Lot banglo yang sudah dipecahkan kini boleh menebus harga beli tanah pertanian, bayaran premium tambahan untuk menukar syarat kepada bangunan dan bangle miliknya sendiri. Kiranya tanah dan rumah beliau dapat secara percuma.

 

Zoning dalam pembelian tanah

Dalam urusan pembelian tanah, maklumat zoning boleh dirujuk pada rancangan tempatan daerah. Maklumat tersebut boleh dibeli dari Pihak Berkuasa Tempatan mengikut kawasan tanah tersebut. Pembangunan tanah di kawasan tersebut perlu mengikut zoning yang telah ditetapkan. Sekiranya anda mahu mendirikan rumah, zoning tanah tersebut mestilah zon kediaman, bukan zon industri.

Jika anda nak mendirikan kilang, disarankan anda membeli tanah di kawasan zon industri. Jika dibeli atas zon kediaman ia akan mengambil masa dan kos. Ia tertakluk kepada keputusan kerajaan sama ada hendak menukar atau mengekalkan status tanah tersebut.

3 thoughts on “Tips Penting Bila Beli Sebidang Tanah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.