Pereka

Tips Peperiksaan Online Pereka B41 Dan B17

Tips peperiksaan online pereka B41 dan B17

Sekarang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sudah memasukkan kerjaya Pereka ke dalam peperiksaan online. Keputusan ini dibuat pada Julai 2015 dan makluman sudah pun dikirimkan kepada calon-calon yang layak menduduki peperiksaan online pereka B41 dan B17. Jika dilihat dengan jawatan Pereka, ia amat sinonim dengan Pereka Grafik.

Pereka merupakan jawatan yang dikategorikan dalam perkhidmatan Bakat dan Seni, jadi seorang Pereka harus mengetahui bidang senilukis dan senireka. Pemikiran yang kreatif dan inovatif amatlah diperlukan kerana kerja-kerja yang bakal dijalankan melibatkan terjemahan perkataan kepada satu bentuk hasil seni yang mampu menyampaikan mesej untuk berkomunikasi.

Jika dilihat dari pengalaman saya sebagai seorang Pereka Grafik di sektor swasta, seorang Pereka Grafik akan diberikan tugas untuk menghasilkan perkakas promosi seperti brosur, katalog, buku sisipan, kad jemputan acara, banner, bunting, majalah, pelekat dan rekabentuk lain yang akan dimaklumkan oleh pihak majikan dari masa ke semasa. Ia bergantung kepada syarikat yang mengambil anda bekerja.

Selain dari item bercetak, item seperti persembahan montaj, video dan pembentangan multimedia juga ada ditugaskan kepada saya. Oleh itu sebagai seorang Pereka Grafik, anda haruslah bersedia dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan berkaitan yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebenarnya, perisian bukanlah faktor utama dalam senireka tetapi daya kreativiti yang mampu memikat pengguna.

 

tips-peperiksaan-online-pereka-b41-dan-b17
Pereka mempunyai masa yang terhad untuk memikirkan konsep kerja kerana berhadapan dengan dateline.

 

Peperiksaan online pereka B41 dan B17

Bagi panduan peperiksaan online pereka B41 dan B17, anda yang terpilih harus ada persediaan mengenai Pengetahuan Am tentang bidang Pereka itu sendiri. Semestinya ia berkait rapat dengan bidang Pendidikan Seni atau Senilukis dan Senireka. Anda perlu membuat ulang kaji dengan mencari sumber yang mempunyai tajuk berkaitan dengan peperiksaan online pereka B41 dan B17.

 

Cabaran sebagai seorang Pereka sektor awam dan swasta

Sebagai seorang Pereka di sektor awam mahu pun swasta, cabaran dalam menunaikan kerjanya mempunyai persamaan. Mengapa saya berani katakan begitu? Setiap Pereka perlu menyiapkan setiap tugasan yang diamanahkan sebelum tiba tarikh akhir atau lebih popular dengan nama dateline. Ada sesetengah Pereka memanggilnya sebagai deadline. Kalau kerja tak siap matilah jawabnya!

Oleh itu anda perlu mengejar tarikh tersebut supaya dapat menyiapkan kerja dengan lebih awal. Sama ada anda fokus betul-betul semasa waktu bekerja atau perlu kerja lebih masa. Masuk pejabat pagi, keluar petang, kemudian datang semula ke pejabat untuk sambung kerja hingga tengah malam baru balik. Esok pagi kena datang kerja semula seperti biasa.

Adakalanya kerja sudah siap, tetapi ada pertukaran maklumat, gambar dan bahagian tertentu dalam tugasan kerja anda. Jadi mahu atau tidak kena datang ke pejabat untuk mengemaskini maklumat. Tindakan anda haruslah pantas, lebih-lebih lagi apabila melibatkan item yang perlu dicetak. Harus difahami proses percetakan mengambil masa. Oleh itu kerja anda haruslah serius tanpa ada kesilapan.

 

Peperiksaan online Pereka

Salah satu panduan peperiksaan online Pereka yang saya cadangkan ialah dari sebuah laman yang dimiliki oleh Tim Infokerjaya. Mereka komited untuk membantu calon-calon peperiksaan awam untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan online termasuklah Pereka. Anda yang terlibat dengan temuduga boleh mendapatkan panduan temuduga kerja kerajaan sekarang.

16 thoughts on “Tips Peperiksaan Online Pereka B41 Dan B17”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.