Tips pujuk pasangan yang berbeza minat
Sebenarnya, ada cara yang tersendiri untuk memujuk suami masing-masing supaya memiliki minat yang sama contohnya dalam bidang hartanah. Saya kongsikan tips pujuk pasangan yang berbeza minat ini yang ditulis berdasarkan pembacaan di laman sosial.
Pada mulanya seorang isteri ini yang menguruskan hal ehwal hartanah bersendirian. Hanya hal-hal berkaitan membaiki rumah sahaja diserahkan pada suaminya. Jika respon suami perlahan, isteri perlu asak dengan tekanan sehinggalah suami berjaya ditundukkan.

Cara berkesan memujuk suami
Suami perlu diberikan psikologi, paksa ke kelas hartanah, beli dan baca buku hartanah, ikut ke lawatan tapak dan tunjukkan gambar-gambar rumah yang cantik dari laman seperti Mudah.my. Jika suami tidak juga menyokong, maka isteri perlu bersusah payah pada awalnya.
Buat semua perkara, cari penyewa sendiri, jaga aliran tunai rumah sewa dan bantu ketika suami dalam kesusahan. Masa itulah suami akan buka mata. Paling tidak isteri perlu berterus terang bahawa semua usaha ini untuk masa depan keluarga, bukan untuk diri sendiri.
Semuanya untuk masa depan keluarga
Lama-kelamaan suami akan jemu dan akan bantu beri sokongan. Suami akan belajar dan menyampaikan ilmu yang dipelajari pada orang lain. Sukar jika keluarga sendiri tidak menyokong. Bergerak perlahan dan beritahu ini semua untuk masa hadapan keluarga.
Bila ilmu sudah dikenali dengan kemahiran mengurus, dari situ suami dan isteri perlukan keserasian untuk bekerja dalam kumpulan. Bergaduh suami dan isteri adalah asam garam rumah tangga. Ia bukan perkara yang asing. Jangan sampai emosi isteri terusik hingga meruntuhkan rumah tangga yang sekian lama terbina.
tolenransi amat pentin g dlam kehidupan suami isteri
perlu belajar trik ini meski selama ini saya jarang berbeza dengan istri
jalan jalan recently posted…5 Tempat Wisata di Dieng yang rugi bila tidak di Kunjungi
Kena ada inovasi dalam menjaga keharmonian rumah tangga.
kadang minat tak sama ni yang melengkapkan antara pasangan. bertolak ansur dan sabar..insyaallah semua berjalan lancar 🙂
thehaikal recently posted…Sertai Prgram Affiliate Ini Dan Menangi Hadiah Lumayan Lebih RM5000 (Iphone 8, Macbook Air, Lumix DMC-G85)
Benar, minat yang berbeza boleh jadi titik persamaan.
Ilmu akan membezakan kita terhadap banyak perkara dalam kehidupan dunia dan akhirat
Mama Hakim recently posted…Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!