Kesihatan

Tips Tambah Berat Badan Untuk Si Kurus

Tips tambah berat badan untuk si kurus

Mereka yang bertubuh kurus seperti saya pastinya ada cita-cita untuk menaikkan berat badan. Sebab yang paling utama ialah dengan berat badan yang cukup boleh menstabilkan diri saya lebih-lebih lagi bila lori lalu di sebelah. Kalau berat badan tak cukup boleh goyang. Baiklah biar saya kongsikan  tips tambah berat badan untuk si kurus.

1. Badan anda perlukan kalori surplus. Tenaga dari bekalan makanan perlu melebihi tenaga yang dibakar.

2. Amalkan senaman angkat berat berkualiti. Angkat berat boleh membantu badan anda membesar.

3. Anda terlalu aktif. Berat badan anda sukar bertambah jika anda banyak mengamalkan senaman kardio atau aktif dalam larian. Aktiviti anda yang aktif perlu selari dengan pengambilan kalori makanan yang sentiasa ditingkatkan.

4. Risau lemak bertambah. Susah untuk menaikkan berat badan jika tiada lemak. Tambah dahulu, lemak boleh disingkirkan kemudian.

5. Salah senaman. Lupakan senaman kardio kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi lebih kurus.

6. Usaha tidak berterusan. Menambah berat badan perlukan komitmen seperti mereka yang mahu turunkan berat badan, ia perlukan disiplin dan konsisten.

7. Terlebih senaman bebanan. Rehatkan otot selama 48 hingga 72 jam selepas angkat berat. Beri ruang untuk otot berehat dan pulih semula.

8. Bergantung pada makanan tambahan. Tidak boleh makan dan tunggu berat badan naik, sertakan dengan senaman untuk membantu tubuh anda sihat dan berat.

9. Kurang protein. Otot hanya akan membesar dengan bantuan protein. Anda perlu pilih sumber protein yang sesuai dengan tubuh badan anda.

 

 tips tambah berat badan untuk si kurus
Untuk kekal sihat, usah abaikan makanan yang berkhasiat.

 

Produk terbaik untuk menambah berat badan

Saya diberikan peluang untuk mencuba produk baru M-Gainer yang dikeluarkan oleh syarikat Sifu Nutrition (anak syarikat Sifu FB Ads) yang diasaskan oleh Jamaluddin Bahari. Dalam masa sebulan, saya akan dipantau oleh staf beliau, Nasrul Izad untuk setiap pertambahan berat badan setiap minggu.

Ia adalah minuman yang perlu diambil sekurang-kurangnya 2 kali sehari, waktu pagi dan sebelum tidur. Hanya perlu tambah air sejuk dan 3 skop M-Gainer. Gongcangkan ia hingga larut dan terus minum. Ia juga boleh dicampur dengan susu kambing, susu tepung dan pisang untuk hasil yang lebih cepat.

 

8 thoughts on “Tips Tambah Berat Badan Untuk Si Kurus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.