Tips untung pelaburan hartanah
Semua orang tahu dengan istilah melabur, iaitu mengeluarkan sebahagian sumber untuk tujuan tertentu bagi memberi sesuatu pulangan. Hartanah pula merupakan sebuah aset yang dinilaikan atau diperdagangkan sama ada dengan rumah mahupun tanah. Kedua-duanya mampu memberikan statistik angka yang menarik.
Industri pelaburan hartanah bukanlah suatu perkara yang baru sebenarnya. Ia mula dilihat berkembang seawal tahun 2000. Pada ketika itu, tidak ramai yang menyedari tentang potensi besar bidang pelaburan hartanah ini. Namun begitu, pemilikan tanah mahupun rumah pada ketika itu sudah dilihat meningkat dari semasa ke semasa.

Hartanah aset yang menguntungkan
Boleh dikatakan orang yang hidup zaman pasca kemedekaan dilihat banyak memiliki hartanah. Itu sudah terbukti banyak harta pusaka nenek moyang kita yang pada hari ini berganda-ganda nilainya berbanding dahulu.
Menerajui bidang pelaburan hartanah pada hari ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Bukan sahaja nilai hartanah yang semakin mendadak, malah wujudnya banyak persaingan. Daripada syarikat mahupun ejen hartanah, masing-masing berusaha memastikan mereka mencapai jualan yang disasarkan.
Hartanah bukan untuk orang kaya sahaja
Bidang hartanah bukan sahaja dipelopori oleh satu golongan sahaja, malah peluang ini sememangnya terbuka luas sama ada kita berada di tepi pantai, di tengah bandar, di kawasan kampung dan lain-lain lagi. Semuanya memberikan nilai tidak kira sama ada ia tinggi mahupun rendah.
Nilai hartanah yang susut tidak mustahil boleh meningkat tinggi malah berlaku juga sebaliknya. Penilaian nilai hartanah bergantung kepada keadaan persekitaran dari segi struktur kawasan, kemudahan awam, dan lain-lain lagi. Semakin banyak kemudahan yang terdapat di sesebuah kawasan, semakin tinggi nilainya. Kita bermain dengan banyak hipotesis.
Punca nilai hartanah menyusut
Antara punca nilai hartanah merudum jatuh antaranya disebabkan sebagai contoh, kawasan berkenaan terdedah kepada bahaya tanah runtuh seperti yang terjadi di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Selain itu, faktor keselamatan awam yang terdedah kepada aktiviti jenayah juga turut diambil kira.
Tentulah, siapa yang mahu tinggal di kawasan yang berisiko dengan nyawa kita. Tambah lagi, kegagalan pihak pemaju membuat penyelenggaran berkala menyebabkan para pemilik aset menanggung kerugian dari segi nilai.
Walaubagaimanapun, bagi menceburi bidang hartanah ini, seseorang itu memerlukan melaburkan wang dalam nilai angka yang agak besar. Hal ini berikutan, pelaburan jenis hartanah memerlukan kita bermain bukan setakat dengan enam angka sahaja, malah ia juga mencecah sehingga ketujuh angka. Angka-angka ini menunjukkan simbol kekayaan yang membolehkan seseorang itu bergelar jutawan.
Namun demikian, bidang hartanah ini sentiasa terdedah kepada risiko bahaya. Antaranya jika seseorang itu gagal dalam menjelaskan ansuran bayaran kepada pihak bank secara berkala, alamatnya rumah yang dimilikinya bakal dilelong.
Secara kesimpulannya, pelaburan hartanah merupakan satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan modal secara maksima bergantung kepada usaha dan ilmu kita. Bertanyalah kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang hartanah supaya anda boleh memiliki hartanah yang boleh dijadikan aset pelaburan.
pelaburan yg menguntungkan.
musadun recently posted…Cara Semakan Saman JPJ dan PDRM Online Dan SMS
hartanah memang menguntungkan, tapi kena ada ilmu juga
Raihanah recently posted…Tips Jadi Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri
Hartanah memang menguntungkan tetapi kena pandai cari port dan juga kena tahu siapa pemajunya
Noriza Abdul Rahman recently posted…Wanita Punyai HB Rendah Semasa Hamil: Jangan Pandang Remeh!
Salah beli, rugi sendiri.
Pengetahuan mengenai hartanah amat penting.
Lebih-lebih lagi jika kita sebagai pembeli kali pertama.
Banyak perkara yang perlu diambil kira.
Hidayah Azman recently posted…TESTIMONI SET MENGANDUNG PREMIUM SHAKLEE BANTU NAIKKAN HB IBU MENGANDUNG
Kos guaman, kos dokumen dan kos lain-lain kena ambil kira untuk hartanah.
teringin nak melabur.
tapi belum sampai masa lagi. heeeee
Datin Tyka recently posted…Datin Tyka Ke Ni?
samalah, belum masanya. insyaAllah tahun depan
raihanah recently posted…Diabetes Penyebab Masalah Buah Pinggang
Pilih yang paling mudah dan murah untuk pelaburan hartanah.
Hartanah memang tidak dinafikan antara pelaburan yang menguntungkan. Setiap pelaburan ada risikonya. Dan risiko tu boleh dikurangkan dengan ILMU.
JMR recently posted…Sambut Hari Lahir Isteri di Atmosphere 360 Revolving Restaurant KL Tower
Silap labur, hartanah boleh jadi lebur.