Tong tong duit yang membawa padah
Saya hampir lupa tentang perkataan tong tong yang bermaksud berkongsi. Teringat satu kisah yang lalu berkait rapat dengan tong tong duit yang membawa padah.
Awal bulan September 2014 yang lepas, saya dan Tim Infokerjaya sibuk menguruskan penerbitan ebook kami untuk jawatan Penguasa Kastam W41. Kami mendapat maklumat dari pembaca bahawa peperiksaan online Penguasa Kastam akan diadakan dalam masa yang terdekat.
Bersengkang mata siapkan ebook
Jadi kami berkampung di pejabat lebih kurang 3 hari untuk memenuhi permintaan pembaca yang memerlukan panduan yang berkaitan. Nota dan contoh soalan yang kami sediakan bukan soalan bocor atau soalan ramalan, ia tidak lebih daripada sebuah persediaan.
Sebaik sahaja ebook kami siap dan diedarkan, ada beberapa individu yang mengambil kesempatan untuk tong tong bagi memilikinya. Lebih keji lagi apabila ada yang menjualnya kembali dengan harga yang lebih rendah. Untung masuk poket sendiri.
Ada yang terlepas, ada yang kami jumpa dan beri amaran. Sampai satu peringkat, kami letakkan tanda amaran di dalam ebook supaya ianya tidak diedarkan secara tidak sah. Kebanyakannya bersetuju untuk tidak berbuat demikian lagi.
Itu yang berjaya dikesan, yang tak dapat dikesan mungkin sudah diedarkan ke forum-forum dan group chat. Kerjasama yang diberikan oleh pembaca dan sahabat affiliate benar-benar kami hargai. Ada satu group chat dari WhatApps yang berjaya dipatahkan daripada terus tong tong.

Akhirnya group chat dibubarkan
Setelah sekian lama memerhati, saya menelefon admin group chat tersebut dan memberi kata dua, bubar atau gusar. Gusar kalau sanggup hadapi tindakan undang-undang. Beliau setuju untuk menutup group chat tersebut.
Penat lelah kami berbaloi apabila calon-calon yang mendapatkan rujukan tersebut dapat membuat persediaan yang rapi. Ramai yang menghantar emel pujian kerana lulus dalam peperiksaan tersebut. Ada juga sebahagian calon yang gagal tetapi berterima kasih kepada kami kerana membantu mereka menghadapi peperiksaan.
gua cuma mampu sabar ajelah.
dari zaman kat wangcyber dulu..sampai la hari ini.
Tetap masih ada manusia tong-tong ni..
titan recently posted…Komisen ke 35 dari Ashadee.com
Sedikit sebanyak kita dah tahu siapa yang jadi tok penghulu tong-tong ni.
Tanam dalam diri, tidak sesekali kita bocorkan atau sharekan apa yang telah kita dapat (ebook) dengan menderma untuk mangsa2 banjir dan tidak mengambil kesempatan dengan menjual kembali. Jaga hak milik penerbit yang bersusah payah menulis ebook atau video tersebut. Harap maklum.
sensasi2020 recently posted…10 Rahsia Dapatkan Buffered Earning Nuffnang
Ya, mereka dah korbankan aset bisnes untuk bantu orang yang dalam kesusahan.
Kita dah nampak sikap orang yang suka mengambil kesempatan di sebalik keikhlasan orang lain.
tak patut sungguh..
Muaz Faris recently posted…Patutkah saya beli senarai Emel?
Tergamak mereka merampas hak mangsa mangsa banjir
Semoga mereka insaf
cikgu naman recently posted…Vitamin Shaklee Bukan Sahaja Bagus Untuk Kesihatan
ambil untung atas angin lah ni.. dia beli bukan nak baca tapi eli nak niaga balik..
ema recently posted…Cara Tukar Hak Milik Kereta
Nak duit cepat memang macam tu perangainya.
penat nak tilik satu persatu group whatsapp tersebut.hehe
duniafarisya recently posted…Apa Azam 2015 Awak?
Penat sebab dalam masa yang sama nak approve sales 🙂
haha Tong tong yer…..jangan jadi tong kosong sudah.
jaymiee recently posted…Lawatan ke Muzium dan Kota Lukut
Jimat tapi mudarat.
macam-macam cara diaorang ni, orang kita juga…. harap yg lain tak buat dah.
Denaihati recently posted…Tragedi Charlie Hebdo kerana menghina Rasulullah
Mudah-mudahan mereka dapat ambil pelajaran 🙂
orang zaman sekarang ni kerja nak senang je. Nak ilmu kenalah berhabis sikit.
MNH recently posted…DUNIA AKHIR ZAMAN : ULAMAK DIGANTUNG, ARTIS KOREA DIJUNJUNG!!!
Setuju dengan En Titan. Orang macam ni tetap akan ada.
Harap sesama IM dapat alert dan info kepada pihak yang
berkenaan 🙂
deeno recently posted…Apakah Sifat Usahawan Terbilang
Semoga ia tak berulang lagi.
Orang nak untung cepat memang macam tue.
Rezeki tak berkat memang tak ke mana pun.
Hidup ada karma.
AZENI AHMAD recently posted…Jepun Sebagai Destinasi Perlancongan Utama
Kalau dia orang buat dekat orang lain, esok lusa atau akan datang menimpa mereka semula.
Tak dapat ilmu berkat kalau cikgu tak redha sebab tu orang macam ini hidupnya tak senang…
Ain Ridzuan recently posted…ANUGERAH JUARA LAGU KE 9 CALIPH BUSKERS