UberDOST beri lelaki ini RM20 ribu
Bagaimana nak buat duit dengan UberDOST? Sebelum itu, anda perlu tahu apa itu UberDOST. Ia bukanlah sekadar sebuah aplikasi. Anda boleh gunakan UberDOST sebagai alat untuk menambahkan pendapatan. Tugas anda adalah menjemput rakan untuk memandu bersama Uber. Siapa sangka, UberDOST beri lelaki ini RM20 ribu hanya dengan berbuat demikian.
Sebaik sahaja rakan anda mendaftar dengan Uber, mereka dipanggil sebagai Uber Partner. Selepas melengkapkan pemanduan sebanyak beberapa kali, Uber akan memberikan anda komisyen. Kaedah buat duit dengan UberDOST ini pastinya akan mengubah persepsi anda tentang Uber.
Pertama sekali anda perlu ada aplikasi UberDOST dalam telefon pintar anda. Cari sahaja di Google Play. Perkara yang paling penting ialah anda perlu berdaftar dengan Uber. Selepas akaun anda diaktifkan, anda boleh terus akses ke akaun UberDOST. Rujuk pada gambar di bawah.
Anda boleh gunakan UberDOST untuk menjana pendapatan sampingan. Selagi ada telefon dan liputan internet, anda boleh jemput rakan anda dengan mengisikan ruangan emel atau nombor telefon. UberDOST tidak mengenakan sebarang caj untuk servis ini, ianya percuma! Jika anda kurang selesa menggunakan telefon, anda boleh menjemput rakan menerusi komputer.
Berapa yang saya dapat untuk setiap jemputan?
Mari buat pengiraan mudah. Setiap jemputan yang diterima oleh rakan anda akan memberi peluang komisyen bernilai RM200. Sebaik sahaja rakan anda menamatkan perjalanan sebanyak 50 kali, RM200 tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Jika anda boleh mengajak 10 orang rakan sehari, dalam sebulan anda boleh mendapat seramai 300 orang rakan. Potensi pendapatan anda ialah RM60,000!
Mungkin tidak semua dari rakan anda yang berjaya menamatkan perjalanan yang ditetapkan. Tetapi jika ada 30 orang rakan yang berjaya memandu sebanyak 50 kali, anda masih berpeluang untuk mendapat RM6,000. Jumlah tersebut sudah cukup besar untuk anda. Dengan wang tersebut, anda boleh gunakan untuk dilaburkan ke tempat lain seperti hartanah, unit amanah, bisnes atau belanja ibu bapa setiap bulan. Oleh itu anda tidak boleh berputus asa mempelawa rakan anda untuk memandu bersama Uber.
Di mana nak cari rakan untuk sertai Uber?
Hari ini anda ada banyak kemudahan untuk mencari maklumat. Sesetengah orang lebih gemar untuk membuat iklan di Facebook Group, Facebook Page, Google Ads dan forum untuk merekrut pemandu baru. Anda boleh memilih apa sahaja medium selagi ia tidak mengganggu peribadi orang lain. Jadi carilah kaedah yang betul untuk mendapatkan Uber Partner yang baru.
Cara berkesan rekrut Uber Partner
Apakah kaedah yang paling tepat untuk cari Uber Parner yang baru? Anda boleh mula mencari mereka di internet atau paling mudah di Facebook. Anda perlu kumpul data pelanggan seperti emel dan nombor telefon. Anda perlu kenali siapakah prospek anda, di mana mereka berada, apakah minat mereka dan bagaimana mereka boleh menjadi Uber Partner di bawah anda.
Ikuti langkah di bawah untuk mula rekrut rakan Uber Driver anda.
Wah Uber benar-benar menarik perhatian!
Ani Haryani recently posted…10 Keunikan Ibu Pejabat Shaklee, Pleasanton
Ya, siapa yang tak nak buat duit dengan hanya rekrut pemandu Uber 🙂
Terbaik…recruit partners pun dapat duit…
Syoknya
wah banyak dapat
raihanah ahmad recently posted…Vivix Shaklee: Penjelasan Dari Ketua Saintis Shaklee
Tawaran yang menarik..
Ada kawan ajak saya jadi pemandu uber..
Cabarannya tiada kereta dan tidak sula bekerja driver..
Apa perlu buat.. Jadi blogger jelah.
mrhanafi recently posted…Talian Celcom Ada Gangguan Perkhidmatan
meh baca entri pasal pengalaman ube kt blog sy ye
Satu lagi peluang buat duit geli-geli kan. Mana tahu ada rezeki dengan hanya promot uberdost je.
20 ribu perrr bisa beli berapa teh tarik dengan nasi lemak itu bang
jalan jalan recently posted…Membangun Rumah Minimalis