Usah berhenti kerja sebab nak buat bisnes
Belajar buat bisnes secara sampingan dulu, usah berhenti kerja sebab nak buat bisnes terus. Belajar jual produk yang ada permintaan. Belajar buat komisyen dengan affiliate atau dropship. Belajarlah menjual menggunakan blog, pemasaran emel dan laman sosial.
Mana satu teknik pemasaran yang paling berkesan? Tiada satu pun yang pasti kecuali anda sudah buat eksperimen dengan teknik-teknik menjual yang pernah dipraktikkan oleh usahawan-usahawan lain.
Belajar buat komisyen yang setara dengan gaji bulanan anda. Jika tak mampu, cari kawan yang boleh bantu anda menjual. Menjadi solopreneur atau one-man-show memang mencabar, atau lebih tepat lagi meletihkan sebab kena buat banyak perkara.
Untuk memudahkan bisnes berjalan lancar, cari kawan yang boleh bersama-sama membangunkan bisnes tersebut. Buat perjanjian bertulis sebagai bukti kesungguhan. Bergerak dalam kumpulan lebih stabil dari berjalan sendirian.

Jadi bila masanya untuk berhenti kerja?
Puaskan dahulu kerja makan gaji, beli rumah, ambil takaful dan labur dalam unit amanah. Bila komisyen atau bisnes sampingan anda setara dengan gaji bulanan anda, carilah seorang mentor yang boleh membantu anda membuat keputusan dengan baik.
Belajar untuk bercampur dengan mereka yang sudah ada bisnes atau jaringan usahawan untuk memastikan anda berada dalam kelompok yang betul. Nasihat dari pemain bisnes jauh lebih tulen berbanding dengan mereka yang tak pernah buat bisnes.
Jika anda sudah membuat keputusan untuk berbisnes sepenuh masa, anda perlu ingat tiada lagi zon selesa seperti kerja dahulu. Usaha anda akan meningkat 200%. Ilmu ketap bibir perlu dipraktik supaya anda lebih fokus dalam bisnes.
Dalam bisnes, anda dikira bekerja dengan syarikat sendiri. Belajar untuk ambil gaji supaya tidak mengganggu aliran kewangan syarikat. Satu perkara yang perlu diingat bila sudah berbisnes, wang RM3,000 dari bisnes tidak sama nilainya dengan gaji RM3,000 semasa kerja dahulu.
Masih belum bersedia untuk bisnes
Jika anda masih belum bersedia untuk berbisnes sepenuh masa, buatlah secara sampingan dahulu. Banyak lagi jalan dan strategi untuk mencipta kekayaan walau pun masih bekerja. Boleh pilih untuk jadi ejen affiliate, ejen takaful atau ejen unit amanah atau ejen dropship.
Kesenangan yang dilihat oleh usahawan hari ini adalah hasil daripada susah payah mereka terdahulu. Hari ini merekat dilihat ada di rumah semasa orang lain bekerja, tetapi satu masa dahulu mereka masih bersengkang mata berusaha semasa orang lain melelapkan mata.
Jika anda benar-benar serius untuk belajar buat duit, carilah panduan yang boleh membantu anda menjana pendapatan tanpa mengabaikan kerja yang sedia ada. Anda boleh mula belajar buat duit dengan affiliate sebagai permulaan. Terus klik link di bawah untuk bermula.
->>klik sini untuk dapatkan panduan buat duit dengan affiliate<<-
Jangan mudah ambil risiko di zaman ekonomi yang tidak menentu ini
Khairul Zamri recently posted…Balung Herbal Teh
paling kesian yang masuk pelaburan itu ini sampai beratus ribu..pelik plak..haha
reezluv recently posted…Belajar Memanah Di Ipoh
fikir sedalam-dalamnya seblum buat keputusan… dalam ekonomi skarang ni….
Wan Syahida recently posted…Dulu Saya Pernah Benci, Tapi Kemudian Saya Jadi Suka
Bisnes ni ambil masa nak berjaya dan stabil.. dan nak maintain stabil tu kena usaha juga..
Mana lagi ekonomi tak menentu.. seeloknya jangan ambil risiko
dedauncomel.com recently posted…Antara Sebab Kenapa Adam dan Hawa Saling Melengkapi..
Risiko orang berhenti kerja ialah aliran tunai dalam tangan terhad kecuali ada income pasif..
Sekiranya hutang bulanan tinggi lebih bagus makan gaji..
Kecuali dah terpaksa atau takwa yang tertinggi.. Pasti ada rezeki yg terbuka di mana mana
Hero Borneo recently posted…10 Tip Usahawan Dari Tony Fernandez
Kalau masih belum bersedia nak hadapi risiko baik tak payah lagi.. Hehe.. kecuali terpaksa berhenti kerja macam saya.. haha
Hafizul recently posted…Roti Tempayan Cheese Tarik Terbaik Kota Bharu