Bisnes

Usah Berhenti Kerja Sebab Nak Buat Bisnes

Usah berhenti kerja sebab nak buat bisnes

Belajar buat bisnes secara sampingan dulu. Belajar jual produk yang ada permintaan. Belajar buat komisen dengan affiliate atau dropship. Belajarlah menjual menggunakan blog, pemasaran emel dan laman sosial.

Mana satu teknik pemasaran yang paling berkesan? Tiada satu pun yang pasti kecuali anda sudah buat eksperimen dengan teknik-teknik menjual yang pernah dipraktikkan oleh usahawan-usahawan lain.

Belajar buat komisyen yang setara dengan gaji bulanan anda. Jika tak mampu, cari kawan yang boleh bantu anda menjual. Menjadi solopreneur atau one-man-show memang mencabar, atau lebih tepat lagi meletihkan sebab kena buat banyak perkara.

Untuk memudahkan bisnes berjalan lancar, cari kawan yang boleh bersama-sama membangunkan bisnes tersebut. Buat perjanjian bertulis sebagai bukti kesungguhan. Bergerak dalam kumpulan lebih stabil dari berjalan sendirian.

 

usah berhenti kerja sebab nak buat bisnes
Usah berhenti kerja sebab nak buat bisnes. Anda tak tahu apa cabaran yang akan datang nanti. Baca artikel ini sebelum anda buat keputusan.

 

Jadi bila masanya untuk berhenti kerja?

Puaskan dahulu kerja makan gaji, beli rumah, ambil takaful dan labur dalam unit amanah. Bila komisyen atau bisnes sampingan anda setara dengan gaji bulanan anda, carilah seorang mentor yang boleh membantu anda membuat keputusan dengan baik.

Belajar untuk bercampur dengan mereka yang sudah ada bisnes atau jaringan usahawan untuk memastikan anda berada dalam kelompok yang betul. Nasihat dari pemain bisnes jauh lebih tulen berbanding dengan mereka yang tak pernah buat bisnes.

Jika anda sudah membuat keputusan untuk berbisnes sepenuh masa, anda perlu ingat tiada lagi zon selesa seperti kerja dahulu. Usaha anda akan meningkat 200%. Ilmu ketap bibir perlu dipraktik supaya anda lebih fokus dalam bisnes.

Dalam bisnes, anda dikira bekerja dengan syarikat sendiri. Belajar untuk ambil gaji supaya tidak mengganggu aliran kewangan syarikat. Satu perkara yang perlu diingat bila sudah berbisnes, wang RM3,000 dari bisnes tidak sama nilainya dengan gaji RM3,000 semasa kerja dahulu.

 

Masih belum bersedia untuk bisnes

Jika anda masih belum bersedia untuk berbisnes sepenuh masa, buatlah secara sampingan dahulu. Banyak lagi jalan dan strategi untuk mencipta kekayaan walau pun masih bekerja. Boleh pilih untuk jadi ejen affiliate, ejen takaful atau ejen unit amanah atau ejen dropship.

Kesenangan yang dilihat oleh usahawan hari ini adalah hasil daripada susah payah mereka terdahulu. Hari ini merekat dilihat ada di rumah semasa orang lain bekerja, tetapi satu masa dahulu mereka masih bersengkang mata berusaha semasa orang lain melelapkan mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *