Usahawan internet susah nak jadi jutawan
Untuk jadi kaya dalam masa setahun memang sukar. Nak simpan wang berjuta-juta dalam akaun bank kurang dari 5 tahun pun semput. Sebab itu usahawan internet susah nak jadi jutawan dalam sekelip mata. Dengan memilih kerjaya sebagai internet marketer di pasaran Malaysia bukan jalan yang tepat kecuali jika dijalankan bersama seminar dan bengkel.

Jadi ejen affiliate belum tentu kaya
Setakat jual ebook dan menjadi ejen affiliate pun tak menjanjikan status seorang jutawan. As Aziz yang sudah 8 tahun terlibat dengan internet marketing pun beritahu ia bukan perkara yang mudah. Beliau sendiri sudah jual banyak ebook, buat jualan 5 angka, buat servis autoresponder, hosting dan laman web, dan menjadi internet marketer sejak 2009.
Jika jualan produk dalam internet marketing sedang mencanak, gunakan keuntungan dari situ untuk membina bisnes yang lain. Sebahagian besar anak muda yang jadi jutawan kurang dari setahun banyak menjual produk kosmetik, fesyen dan kecantikan dengan hanya menjual dalam pasaran Malaysia.
Jadi apa tindakan anda untuk jadi kaya?
Di antara perkara yang diperlukan untuk menghasilkan jualan ialah menerusi database. Ia boleh dikumpul menerusi Facebook Ads dan Google Adwords. Database yang diperolehi boleh disimpan dalam autoresponder. Dengan pemasaran emel, anda boleh jalankan follow-up.
Jika anda benar-benar mahu jadi jutawan sebagai usahawan internet, dapatkan dahulu 10,000 database. Dari situ jual produk yang boleh berikan keuntungan sebanyak RM100. Jika kesemua prospek membeli, anda boleh dapat RM1,000,000 dengan cepat.
Kalau hanya 50% sahaja yang membeli, anda masih boleh dapat RM500,000. Selebihnya anda boleh follow-up dengan pemasaran emel. Jika 25% sahaja yang membeli, anda masih boleh dapat RM250,000.
Belajar kumpul database dari sekarang
Jika anda hanya mampu mengumpul 1,000 database, usah khuatir kerana anda masih ada peluang untuk mengumpul lebih banyak database di masa akan datang. Usah terburu-buru nak jadi jutawan kerana apa yang lebih penting adalah membina database yang berkualiti dan boleh menghasilkan jualan.
Belajarlah untuk mengumpul database menerusi platform Google Ad kerana boleh membantu anda mendapatkan prospek dengan cepat dalam masa yang singkat.
nak jadi usahawan internet kena rajin explore. banyakkan pergi kursus utk lebih banyak pendedahan
nikkhazami recently posted…Ulasan Filem Lady Bird
Inilah yang saya terfikir semasa cuba kembali dalam dunia mencari pendapatan. Setiap bidang memang ada yang kaya tidak kira ejen affiliate, bisnes, pelaburan, kerja, tapi saya suka ingatkan diri saya tentang graf bell curve.
Yang berjaya mungkin satu dua orang saja.
Naziman Azlye recently posted…6 Tempat Percutian Menarik di Bangkok
Semoga kita jadi golongan yang berjaya, walau pun sedikit jumlahnya.
bila tak berusaha keras susah untuk nak jadi jutawan macam abang nara, abang amir hasan atau anda sendiri
jalan dan makan recently posted…Resep Soto Betawi Ala Hotel
Kena buat marketing ke luar negaralah. Dapat USD melalui clikcbank ke, dropship ke, ebay ke DLL. Walau susah tidak mustahil untuk jadi jutawan.
ahmadyani recently posted…Ingat 6 Point Penting Jika Dipanggil Temuduga Kerajaan
Betul, buat affiliate USD boleh dapat komisyen berlipat ganda.
Terus buat blog dalam English tuan Ahmad Yani. Market lebih luas tetapi persaingan juga tinggi. Jika betul market, niche dan audience memang boleh dapat pendapatan lebih di luar negara.
ZAINI recently posted…6 Amalan Terbaik di Bulan Ramadhan Bersama Keluarga