Kerjaya

8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

8 bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) termasuklah merancang, mentadbir, mengurus dan mengawalselia hampir setiap perkara yang melibatkan aktiviti kerajaan. PTD diibaratkan sebagai pemimpin kepada keseluruhan kementerian dan jabatan-jabatan utama serta pentadbiran beberapa buah kerajaan negeri.

Dari perspektif tugas, PTD bertanggungjawab sebagai penggubal dasar, pemikir dan perancang strategik, perunding khidmat nasihat dan pelaksana dasar-dasar kerajaan.

Seorang PTD M41 berpeluang untuk berbakti sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan pegawai kedutaan di luar negara selain dari gaji, elaun dan imbuhan yang lumayan.Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik berkhidmat untuk kerajaan Malaysia, bukan bekerja untuk parti politik. Terdapat 8 skop tugas yang dipertanggung jawabkan kepada seorang PTD iaitu :

  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Pentadbiran Tanah, Daerah dan Kerajaan Tempatan
  • Perancangan dan Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara
  • Pengurusan Sumber Kewangan
  • Pengurusan Sumber Ekonomi

 

8 bidang tugas pegawai tadbir diplomatik
Tidak mudah untuk jadi PTD andai tidak faham dengan tugas yang diamanahkan.

 

Contoh bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

1. Bahagian Polisi Sektoral 1, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

Di bahagian ini, tanggung jawab yang diberikan ialah untuk menggubal, mengkaji semula dasar dan strategi pembangunan sektoral industri keluli dan besi, getah dan kayu, industri berasaskan makanan dan pertanian serta kimia dan keluaran petroleum.

Selain itu, bahagian ini turut bertanggung jawab untuk mengenal pasti dan membangunkan bidang-bidang baru, profil berkaitan industri, memberi input dan merumuskan standard bagi industri-industri tempatan serta membuat penilaian kesan perdagangan pelbagai hala bagi kumpulan industri.

 

2. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Tanah Hulu Langat

Bahagian ini dipertanggung jawabkan untuk menjalankan tugas pentadbiran kakitangan, pengeluaran mesin dan permit, pentadbiran am, urusan bayaran duti pindah milik hartanah dan perjanjian, kutipan bayaran rumah kos rendah dan menguruskan majlis rasmi di peringkat daerah.

 

3. Bahagian Protokol, Kementerian Luar Negeri

Di Bahagian Protokol, tanggung jawab yang dilaksanakan termasuklah sebagai penyelaras dan penasihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan protokol antarabangsa bagi kerajaan Malaysia, menjalankan aktiviti pengesahan diplomatik dan acara-acara rasmi Malaysia, menguruskan khidmat sokongan untuk seluruh lawatan rasmi dan negara-negara luar ke Malaysia serta mengeluarkan hak-hak istimewa dan imuniti untuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan kedutaan-kedutaan luar negeri menurut Konvensyen Vienna.

 

4. Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW)

Unit Gerakan Desa Wawasan – Menyelaras dan memantau program dan dasar Gerakan Desa Wawasan serta menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Kedah dan Pahang.

Dasar dan Pembangunan Wilayah – Menyelaras maklum balas mesyuarat utama kementerian, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Wilayah Persekutuan dan Sabah, mengurus Dasar-Dasar Makro dan Sektoral KKLW serta menyelaras dan memantau sektor pembangunan wilayah dan tanah.

Maklumat Makro, Pengkorporatan dan Penswastaan – Menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Pulau Pinang dan Sarawak, mengurus maklumat dan data untuk RMK-8 dan RMK-9, menyelaras dan memantau sektor pembasmian kemiskinan serta menyelaras Rancangan Fizikal Negara.

Dasar Sosial dan Pembangunan Manusia – Pusat hal ehwal wanita, pusat hal ehwal orang asli, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Kelantan dan Perak serta menyelaras dokumen dan memantau sektor pembangunan manusia.

Pensyarikatan dan Ekonomi Luar Bandar – Menyelaras dan memantau program Bakti Desa, menyelaras dan memantau ekonomi luar bandar, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Terengganu dan Johor serta menyelaras perjumpaan Menteri dengan badan bukan kerajaan.

Penilaian dan Pembangunan Prasarana – Bertempat di pusat kajian-kajian kementerian, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Melaka dan Selangor, menyelaras perancangan kerja untuk 3 bulan dan laporan tahunan bahagian, mengurus hal ehwal pentadbiran bahagian serta menyelaras dan memantau sektor pembangunan infrastruktur.

Hal Ehwal Antarabangsa dan ICT–Berpusat di CIRDAP, AMRDPE, AARDO dan PREP-SOMRDPE, pusat untuk organisasi antarabangsa, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Perlis dan Negeri Sembilan, menyelaras pembiayaan dan bantuan daripada institusi kewangan antarabangsa serta menyelaras dan memantau sektor ICT.

 

Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Temuduga adalah proses terakhir yang perlu dijalani oleh calon-calon PTD sebelum diserap dalam jawatan tetap yang dikendalikan oleh SPA. Urusetia PAC akan mewujudkan satu pangkalan data markah untuk menilai calon semasa PAC dijalankan. Senarai nama yang mendapat penilaian tertinggi akan dipanggil ke temuduga bagi memasuki perkhidmatan PTD.

 

Pelantikan Pegawai Tadbir Diplomatik

Calon-calon yang melepasi proses temuduga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai PTD.

 

Senarai jawatan yang disandang oleh PTD M41

Menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) memerlukan anda bersiap sedia untuk ditugaskan ke mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan di Malaysia. Setiap tugasan dan cabaran yang bakal dihadapi pastinya berbeza-beza. Berikut ialah senarai jawatan yang disandang oleh PTD M41 apabila bertugas nanti.

 

Jawatan-jawatan yang disandang oleh PTD M41

Ketua Setiausaha Negara
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

 

Kedutaan

Duta/Pesuruhjaya Tinggi
Timbalan Duta/Pesuruhjaya Tinggi
Menteri Penasihat
Penasihat Kedutaan
Setiausaha Pertama
Setiausaha Kedua

 

Di Peringkat Kementerian

Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Setiausaha
Setiausaha Bahagian
Ketua Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha

 

Di Peringkat Jabatan

Ketua Pengarah
Timbalan Ketua Pengarah
Pengarah
Timbalan Pengarah
Ketua Penolong Pengarah
Penolong Pengarah

 

Di Peringkat Negeri

Setiausaha Kerajaan Negeri
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
Ketua Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha

 

Di Peringkat Daerah

Pegawai Daerah
Ketua Penolong Pegawai Daerah
Penolong Pegawai Daerah

 

Di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

Yang Dipertua (YDP)
Timbalan Yang Dipertua (TYDP)

 

Rujukan Ujian Psikometrik PTD M41

Untuk melayakkan anda menjadi seorang PTD, anda haruslah melepasi ujian psikometrik. Buat rujukan sekarang menerusi pautan Panduan Ujian Psikometrik PTD M41 sekarang juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *