Ebook Ini Bakal Membantu Anda Untuk Mengurangkan Tekanan Hidup Dan Pulih Dari Depresi Supaya Dapat Hidup Dengan Lebih Bahagia.
Amaran : Ebook Ini Bukan Untuk Anda Yang Tak Pernah Tertekan Dalam Hidup, Yang Sentiasa Berfikiran Positif, Hidup Bahagia Dan Jiwa Tak Pernah Bergelora…
Banyak perkara yang menekan emosi kita kebelakangan ini sejak ekonomi meruncing. Tekanan mental semakin meningkat dan kesihatan semakin menurun. Banyak kes kemurungan (depression), kerisauan (anxiety) dan kesedihan yang dilaporkan meningkat saban hari pada tahap yang serius.
Sekiranya anda berada dalam keadaan ini, anda sebenarnya tidak keseorangan…
Anda sedang dilanda kemurungan atau depresi. Anda perlu berikhtiar untuk menghilangkan depresi supaya anda boleh menikmati hidup yang bahagia. Masalahnya…
- Kena buang kerja, bisnes lingkup, simpanan habis sampai tak tahu macam mana nak teruskan hidup.
- Anda tidak ada tempat atau orang yang sudi mendengar masalah anda.
- Orang yang terdekat dengan anda pun tak dapat memahami anda.
- Pasangan anda anggap depresi sebagai masalah kecil sahaja.
Sebahagian besar depresi berpunca dari masalah kewangan, tetapi bukan semua. Wang tak boleh memberikan kebahagiaan, tetapi bila ada wang hidup boleh jadi bahagia, asalkan ianya diuruskan dengan betul.
Namun begitu, ada orang yang sudah ada wang, tetapi hidupnya tetap tidak bahagia. Apakah sebabnya? Ebook ini bakal merungkai kekusutan minda anda.
Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?
Dalam ebook ini, kami akan berkongsi dengan anda, langkah demi langkah untuk melawan depresi supaya ia dapat dipulihkan sehingga ia takkan kembali!
Tiada siapa yang menerangkan pada anda bagaimana nak mengatasi depresi – adakah saya benar?
Sebahagian besar masyarakat yang ditimpa depresi tidak pernah ada sesiapa yang menerangkan pada mereka bagaimana sebenarnya untuk mengatasinya.
Dan dalam cara yang sama ianya amat-amat sukar untuk menyediakan resepi yang kompleks tanpa ada ketelitian, penjelasan, langkah demi langkah, ia benar-benar sukar untuk seseorang yang terperangkap dalam ruang depresi untuk melawan penyakit ini dengan jelas, teliti dan penjelasan langkah demi langkah untuk berbuat demikian.
Ketiadaan penjelasan yang sebenar adalah punca utama mengapa ramai orang masih belum dapat membebaskan diri dari depresi mereka dan percaya bahawa untuk berbuat demikian adalah satu perkara yang mustahil.
Siapa Kami Nak Bantu Anda, Adakah Kami Layak?
Nama saya Ikhwan Fahmi – saya adalah pejuang depresi yang pernah berdepan dan mengalami kesakitan ini. Saya melihat depresi sebagai masalah terbesar yang wujud dalam industri kesihatan mental hari ini.
Saya pernah menulis ebook dalam niche pendidikan dan kerjaya yang telah membantu lebih daripada 10,000 orang pembaca di Malaysia sejak tahun 2012.
Saya mengambil inisiatif untuk menulis sebuah ebook untuk memberikan penjelasan, ketelitian, langkah demi langkah yang anda perlukan jadi percaya atau tidak, selepas anda selesai membaca ebook ini, anda akan tahu apa sebenarnya yang anda perlukan untuk mengatasi depresi, dengan beberapa kaedah supaya ia pergi dan takkan kembali lagi!
Setelah meneliti pelbagai sumber bacaan, menganalisis dan membuat rumusan, maka lahirlah ebook “Depresi Bukan Fantasi” khas untuk anda!
Ini Adalah Apa Yang Bakal Anda Pelajari Dengan Membaca Ebook Ini
Erti sebenar depresi – Ebook ini akan membantu anda memahami erti sebenar depresi dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada hidup anda dan orang lain. Anda akan tahu apa punca sebenar depresi dan siapa yang berisiko ditimpa depresi. Anda akan diterangkan erti di sebalik kata-kata yang dituturkan oleh penghidap depresi.
Tanda-tanda dilanda depresi – Ada ketikanya mereka yang ditimpa depresi akan menunjukkan beberapa simptom yang tidak normal. Ebook ini akan menceritakannya pada anda dengan jelas. Ada waktunya, tiada tanda-tanda yang jelas tetapi anda boleh menyiasat menerusi aktiviti harian yang dilakukan oleh mereka. Mengapa anda harus tahu tanda-tanda depresi ini? Boleh jadi insan terdekat dan tersayang dalam hidup anda sedang dilanda depresi dalam diam!
Alasan penghidap depresi – Ada satu alasan yang amat popular dan sering digunakan oleh penghidap depresi untuk menyembunyikan derita mereka dari orang lain. Anda harus bijak mengesan bilakah masanya mereka akan menggunakan alasan ini. Sebaik sahaja rahsia ini terbongkar, usah tuduh mereka sebagai penipu atau pembohong secara melulu. Pasti ada sebab mereka amat berahsia. Alasan ini menyebabkan derita mereka berpanjangan selama bertahun-tahun. Segala yang anda perlu tahu ada dalam ebook ini.
Bagaimana derita depresi disembunyikan – Penghidap depresi amat berahsia sehingga mereka menutup mulut untuk berkongsi cerita dengan orang lain. Ada di antara mereka dilihat sebagai biadap, pemalas, gila, nak perhatian dan melebih-lebih. Tak mungkin mereka bersikap demikian secara tiba-tiba. Kadang-kadang, dengan perkara kecil pun nak sentap!
Apa orang fikir tentang depresi – Adakalanya apa yang orang fikir amat berbeza dengan cara kita berfikir. Ada orang berfikir panjang untuk selesaikan masalah yang pendek, ada orang berfikir pendek untuk selesaikan masalah yang panjang. Begitu juga dengan depresi, ada orang fikir ia adalah masalah biasa dan ada yang fikir ia adalah masalah yang serius. Ada orang fikir, depresi boleh dihilangkan hanya dalam tempoh yang singkat. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun. Dalam ebook ini, anda akan lihat apakah perbezaan yang orang fikir dan apakah fakta depresi yang sebenar.
…Kerana Kami Mahu Bantu Lebih Ramai Orang Untuk Keluar Dari Depresi, Dapat Hidup Dengan Lebih Tenang Dan Bahagia, Bersemangat Dan Kental Untuk Berdepan Dengan Cabaran Hidup!
Satu nikmat yang amat diidam-idamkan dalam hidup setiap insan, hidup bahagia dan mampu berdepan dengan cabaran tanpa rasa gentar! Inilah rahsia yang saya temui sejak sekian lama, dan saya mahu kongsikannya pada anda. Saya tak nak simpan rahsia ini seorang diri.
Saya tak mahu anda menghabiskan banyak masa untuk mencari penyelesaian depresi, trial and error dengan mencari macam-macam solusi tapi tak menjadi. Anda tak perlu bersusah-payah macam saya buat dahulu…
Apa yang bakal saya dedahkan ini amat tinggi nilainya. Tak mustahil hidup anda akan berubah setelah membaca ebook yang saya sendiri tulis dan praktikkan.
Inilah Formula-Formula Yang Nak Kami Kongsikan Kepada Semua Penghidap Depresi Iaitu…
Teknik mengubah pandangan negatif pada diri sendiri – Anda perlu menyokong diri sendiri untuk keluar dari tekanan depresi. Bantuan dari diri sendiri adalah kunci utama untuk kemenangan melawan depresi. Oleh itu saya kongsikan dengan anda beberapa teknik untuk membebaskan diri dari episod depresi.
Teknik membantu penghidap depresi untuk hidup bahagia – Mereka yang ditimpa depresi berada dalam keadaan yang amat tertekan dan serabut. Mereka sangat memerlukan bantuan untuk melepaskan diri dari depresi, tetapi tidak menemui jalan keluar. Tak mungkin mereka dapat melakukannya seorang diri. Oleh itu, anda boleh gunakan strategi yang saya kongsikan dalam ebook ini untuk meringankan beban mereka.
Mengenal pasti kesan buruk depresi pada penghidapnya – Adakah anda tahu, depresi memberi kesan yang buruk kepada mental dan fizikal pada individu? Sehinggakan sekecil-kecil perkara pun menjadi sukar untuk mereka laksanakan. Aktiviti harian mereka terbantut sehingga menyebabkan mereka bertindak seakan-akan orang yang tiada adab. Mengapakah ini semua berlaku? Ebook ini bakal menjawab persoalan anda.
Tindakan tanpa sedar semasa depresi – Semasa depresi melanda, ada beberapa tindakan yang dilakukan oleh penghidapnya tanpa sedar. Boleh jadi ia berlaku pada diri anda atau orang yang terdekat dengan anda. Sekiranya anda dapat mengesan perkara ini dengan lebih awal, anda boleh menyelamatkan mereka dengan lebih awal.
Membezakan stigma pesakit mental dengan pandangan orang ramai – Umumnya, setiap manusia akan berbeza pendapat tentang beberapa perkara termasuklah tentang depresi. Semua orang berhak menyatakan pendapat, namun ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan yang jelas terutamanya perkara yang melibatkan soal kesihatan. Ebook ini akan mengupas apakah perbezaan fakta orang ramai dan fakta yang sebenar mengenai depresi.
Mengapa Anda Harus Memiliki Ebook Ini?
Ebook ini bakal membantu anda pulih dari depresi – Tidak mudah untuk pulih dari depresi. Sebahagian besar dari mereka memilih untuk menyembunyikan derita yang dihidapi daripada menceritakannya kepada orang lain. Biar pun dalam situasi yang gembira, penghidap depresi ini sukar untuk menikmatinya walau pun dalam sambutan perayaan. Orang tengah nak bergembira, tiba-tiba mereka yang berdukacita.
Mengesan depresi pada kanak-kanak – Pada usia yang masih mentah, kanak-kanak turut berisiko untuk ditimpa depresi. Pernahkah anda terfikir mengapa sebahagian besar kanak-kanak tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di sekolah? Adakah anda nak anak-anak kecil yang tidak bersalah ini menderita sehingga menjejaskan masa depan pendidikan mereka? Ebook ini akan mendedahkan tanda-tanda depresi pada kanak-kanak supaya anda dapat membantu mereka keluar dari kebuntuan hidup.
Ikhtiar untuk pulih dari depresi – Sebelum orang lain membantu penghidap depresi menghulurkan bantuan, mereka yang ditimpa depresi itu sendiri harus mencari jalan untuk keluar dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang. Biar pun ada banyak halangan, jalan keluar harus dicari supaya derita dapat dihilangkan. Disertakan himpunan kata-kata positif untuk membantu anda pulih dari depresi dengan segera.
Strategi mendekati penghidap depresi – Tidak mudah untuk mendekati dan membuka bicara mereka yang berdepan dengan penghidap depresi. Tidak boleh memaksa orang yang sedang dalam keadaan tertekan untuk berbicara dengan begitu sahaja. Sebaik-baiknya anda perlu gunakan cara halus dan berhemah agar dapat membuka hati mereka untuk meluahkan rasa. Ebook ini bakal membantu merungkai permasalahan untuk pulih dari depresi.
Bantu orang tersayang pulih dari depresi – Jika insan tersayang seperti pasangan hidup sama ada suami atau isteri ditimpa depresi, ini adalah cabaran yang tak boleh dipandang rendah. Boleh jadi mereka nampak kuat di luar, tapi rapuh di bahagian dalam. Menuduh mereka sebagai lemah dan tidak bersemangat tak akan sesekali menyelesaikan masalah. Lebih memeritkan lagi sekiranya pasangan anda tinggal berjauhan. Ini akan merumitkan lagi keadaan. Oleh itu, anda perlukan ebook ini untuk meleraikan masalah depresi sekaligus memulihkan pasangan anda.
Soalan-soalan yang kerap ditanya
1. Adakah saya akan mendapat buku fizikal?
Tidak, anda hanya akan dapat ebook dalam format PDF sahaja. Link untuk muat turun akan diberi selepas pembayaran disahkan oleh admin.
2. Adakah saya boleh berkongsi ebook ini dengan orang lain?
Ebook ini hanya untuk anda dan pasangan anda sahaja. Jika orang lain mahu memiliki ebook ini, berikan link laman ini kepada mereka.
3. Boleh baca ebook ini guna smartphone atau komputer?
Kedua-duanya boleh.
4. Saya tak menghidap depresi, boleh baca ebook ini ke?
Boleh, anda akan dapat jaga kesihatan mental anda menerusi pembacaan ebook ini.
5. Boleh refund kalau saya tak berpuas hati?
Boleh buat tuntutan dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian. Sila hubungi kami menerusi emel depresibukanfantasi@gmail.com
6. Adakah saya akan pulih dari depresi selepas membaca ebook ini?
Ebook ini adalah panduan asas untuk pulih dari depresi. Tiada jaminan anda akan pulih dari depresi dengan cepat. Sebarang nasihat dan rawatan dari pakar perlu dirujuk untuk maklumat lanjut.