Bisnes

10 Hari 6 Angka Dengan Niche Kerjaya

10 hari 6 angka dengan niche kerjaya

Awal tahun 2016, sekitar bulan Januari, kami di Tim Infokerjaya bersama-sama dengan sahabat JV Infokerjaya bekerjasama untuk jualan ebook Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD M41). Dalam masa 10 hari 6 angka dengan niche kerjaya berjaya dihasilkan. Lebih dari 5,000 pelanggan telah mendapatkan ebook keluaran Tim Infokerjaya.

Bila kami menjual panduan ini dalam bentuk ebook berbayar, ada banyak persoalan yang dilontarkan oleh pembeli. Di antaranya ialah :

Mengapa kami perlu bayar ebook ini, bukanlah lebih baik ianya diberikan percuma?

Mengapa kami perlu beli, sedangkan banyak maklumat boleh di Google?

Modal tulis ebook berapalah sangat, lepas itu jual mahal

 

10 hari 6 angka dengan niche kerjaya
Ada banyak faktor untuk menghasilkan jualan 6 angka dalam masa 10 hari.

 

Untuk pengetahuan anda, kami sendiri sudah bersusah payah menulis, menapis dan merangka nota serta contoh soalan dan jawapan untuk calon-calon PTD M41. Nota yang ditulis perlu dikaji dan disesuaikan dengan keperluan semasa yang berkaitan dengannya. Kami banyak menghabiskan masa untuk membaca dan menulis semula fakta yang diperolehi.

Benar ia bukanlah 100% menepati peperiksaan PTD M41 kerana kami hanya membantu calon calon membuat persediaan. Kami tidak menjual soalan bocor atau soalan ramalan. Jika contoh soalan yang ditulis sama dengan soalan SPA, maka sudah lama SPA akan mengambil tindakan terhadap kami.

Kami sudah kumpul dan ringkaskan nota dan contoh soalan serta jawapan untuk calon PTD M41. Anda yang terlibat dengan peperiksaan PTD M41 hanya perlu tempah dan buat persediaan.

 

Syarikat penerbitan turut jual contoh soalan PTD

Jika anda rajin ke kedai buku, ada banyak syarikat penerbitan yang menjual nota rujukan dan contoh soalan UPSR, PT3 dan SPM yang dijual. Bukan satu penerbit, bahkan lebih dari 10 contohnya Sasbadi, Pelangi, Preston, Longman dan banyak lagi. Ada juga penerbit yang turut menerbitkan buku panduan peperiksaan PTD M41 tetapi hanya dalam kuantiti yang terhad.

Buku rujukan peperiksaan PTD M41 yang dijual di kedai tidak banyak. Untuk menghabiskan stok buku bukanlah satu kerja yang mudah. Sekali ia diterbitkan ambil masa yang lama untuk dihabiskan. Selain dari itu, isi kandungannya belum tentu menepati keperluan semasa yang diperlukan oleh calon-calon peperiksaan PTD M41.

 

Inisiatif Tim Infokerjaya untuk calon PTD M41

Barisan penulis yang berusaha untuk menghasilkan penerbitan berkualiti akan sentiasa mengemaskini kandungan ebook PTD M41 untuk menjaga kualiti dan memastikan ianya dapat membantu calon membuat persediaan. Kami menawarkan jaminan kemaskini untuk tempoh 3 tahun dan pulangan wang untuk setiap pembeli.

Kami memilih untuk menerbitkan panduan peperiksaan PTD M41 dalam bentuk ebook bukan untuk menjimatkan kos. Jika kami hasilkan dalam bentuk buku, maka lebih banyak masa diperlukan untuk mencetak, membungkus dan mengepos buku kepada setiap pembeli yang membuat tempahan. Ini akan melambatkan calon-calon membuat persediaan.

Buku yang dipos dikhuatiri lambat atau tidak sampai kepada pembeli dalam masa yang singkat. Waktu SPA membuat pengumuman calon yan terlibat dengan tarikh peperiksaan mengambil masa kurang dari 2 minggu sahaja. Sebab itu kami sediakan dalam bentuk ebook. Selepas 24 ke 48 jam pelanggan membuat tempahan, kami akan emelkan link untuk ebook tersebut.

 

Tim Infokerjaya turut dikhianati

Ada sesetengah pembeli ebook PTD M41 yang membeli dan berkongsi ebook tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Tidak kurang juga yang sebarkan secara percuma di internet secara berleluasa. Bayangkan anda berpenat lelah menghasilkan filem, tiba-tiba ada orang lain sebarkan secara percuma. Begitulah nasib yang menimpa kami.

Apa pun kami berasa gembira kerana mempunyai agen-agen affiliate yang membantu kami membantu calon peperiksaan PTD M41 mendapatkan rujukan yang diperlukan. Kami memberikan imbuhan kepada mereka yang membantu kami. Bila dikumpulkan keseluruhan hasil jualan, ia mencecah 6 angka. Sebahagian dari hasil ini kami kongsikan dengan agen-agen.

Sebahagiannya pula kami gunakan untuk perbelanjaan syarikat, bayar gaji staf, bil elektrik, bil air, bil internet dan simpanan syarikat untuk masa hadapan. Ya, bisnes ebook ini adalah perniagaan kami. Di masa akan datang, lebih banyak komitmen diperlukan untuk membantu lebih ramai calon-calon peperiksaan PTD M41 dan juga peperiksaan kerajaan yang lain.

 

Jika anda berminat untuk menjana komisyen dengan menjual ebook keluaran kami, sila daftar sebagai ejen affiliate Tim Infokerjaya secara sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *