Sony Adalah Pencetus Teknologi Tetapi…

Sony adalah pencetus teknologi tetapi…

1. Sony mencipta Walkman (permainan muzik kaset) pada 1979 dengan jualan 400 juta unit. Pada 2001, Apple melancarkan iPod sekaligus mendominasi lagu dalam bentuk digital.

2. Sony mencipta cakera padat bersama Philips pada 1982, kemudian berkembang DVD & Blu Ray. Kemunculan syarikat Apple, Netflix, Microsoft & Amazon memperkenalkan tayangan terus ke televisyen & telefon pintar, sekaligus melenyapkan teknologi Sony.

3. Sony menambah baik teknologi bateri lithium pada 1991 & menjadi nadi kuasa telefon pintar, komputer riba & kereta elektrik. Kemunculan Tesla, Samsung, Panasonic & CATL menguasai rantaian bekalan lithium. Sony tersingkir.

 

sony adalah pencetus teknologi tetapi...
Walkman ini adalah salah satu produk terlaris keluaran Sony.

 

4. Telefon pintar Sony bukan calang-calang. Kamera dengan resolusi tinggi, teknologi muzik & kalis air tersingkir dengan dominasi Apple & Samsung.

5. Sony terkenal dengan TV Trinitron, tetapi lambat untuk berkembang kepada LED & OLED. Kini Samsung & LG sudah mendahului pasaran.

6. Satu-satunya produk mantap Sony ialah PlayStation, dengan nilai pasaran $50 bilion. Sony mengawal penuh peranti, platform & peminat PlayStation. Di sini ekosistem dikuasai Sony sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!