Ada Anak-Anak Yang Jarang-Jarang Menelefon Ibu Bapa

Ada anak-anak yang jarang-jarang menelefon ibu bapa mereka selepas berpindah rumah.

Anak-anak ini bukannya keras hati, akan tetapi mereka berada dalam keadaan “avoidant attachment style”. Ia adalah mekanisme pertahanan yang lahir dari kekecewaan masa silam.

Mereka nampak sangat berdikari, boleh melakukan kerja seorang diri tanpa bantuan orang lain. Jauh di sudut hati, mereka ini amat sensitif.

Walau pun mempunyai ramai kawan, mereka jarang berhubung selepas berpindah ke tempat lain.

 

Ada sebab mengapa ada anak-anak yang menjauhkan diri dari ibu bapa mereka.

 

Bila berdepan dengan konflik, tindakan utama yang menjadi pilihan ialah bukan penyelesaian tetapi berundur dari permasalahan.

Waktu kecil, anak-anak ini kerap diabaikan berulang-kali, dikutuk dan dicemuh serta penderaan emosi.

Mereka sedar dengan lebih awal untuk tidak bergantung pada orang lain, hanya bergantung pada diri sendiri.

Anak-anak ini berdepan dengan cabaran untuk menjalinkan hubungan yang serius dan jarang untuk bercerita kerana risau disakiti sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!