15 tindakan kecil untuk terus kekal cergas
1. Basuh muka & tangan. Tindakan ringkas membersihkan dua bahagian ini boleh memberikan rasa segar untuk memulakan kerja semula.
2. Tukar stokin. Bau peluh kaki boleh mengganggu perhatian anda. Takkan anda nak pakai stokin yang sama lebih dari sehari.
3. Telefon ibu bapa atau kawan baik. Berbual dengan mereka yang mengambil berat tentang anda boleh meleraikan kekusutan minda yang terikat sekian lama.
4. Mengeliat. Bila anda rasa tertekan, bangun dan buat senaman ringkas.
5. Berpakaian segak. Pilih baju & seluar yang jarang anda pakai untuk keluar berjalan-jalan. Takkan nak pakai baju Pagoda memanjang.
6. Dengar muzik. Cari muzik santai yang anda gemari. Sekurang-kurangnya ia boleh meniupkan semangat anda.
7. Bernafas sedalam-dalamnya. Cara ini boleh mengurangkan tekanan dan menambah jumlah oksigen dalam badan.
8. Keluar rumah. Hidup udara segar di luar rumah atau pejabat. Jalan-jalan sambil lihat pemandangan. Usah hisap rokok, nanti nazak poket anda.

9. Bersihkan hidung. Tersumbat sebelah pun susah nak bernafas.
10. Tinggalkan manusia pontianak. Orang toksik yang suka membunuh semangat, sampai anda rasa letih dan lesu. Energy vampire ini boleh buat kawan sekejap-sekejap sahaja.
11. Buat masakan ringkas. Cari menu ringkas untuk anda masak. Tak perlu rumit, cukup sekadar campak-campak di kuali sahaja.
12. Selesaikan urusan tertunggak. Bayar hutang yang ada, biar aman dan lapang fikiran atau siapkan projek yang tertangguh sekian lama.
13. Bantu orang lain. Tolong pegang daun pintu kaca atau buka pintu lif untuk orang lain.
14. Senaraikan pencapaian terkini. Dalam masa 60 saat, ingat kembali apa yang anda sudah capai sehingga ke hari ini.
15. Setiap hari adalah permulaan baru. Setiap kali bangun tidur, anda ada pilihan untuk memperbaiki tahap anda sekarang.