Kesihatan

9 Tabiat Yang Biasa Dilakukan Oleh Orang Positif

9 tabiat yang biasa dilakukan oleh orang positif

1. Bangun awal setiap hari dengan idea yang menakjubkan. Bangun awal akan membantu tubuh jadi segar Dan membuat kerja-kerja yang produktif. Ini adalah rahsia jadi sihat dengan kos yang rendah.
2. Meraikan kehidupan. Anda hidup dengan cara anda berfikir. Anda boleh hidup dengan cara berfikir yang positif atau negatif sepanjang masa. Berfikirlah secara terbuka berbanding dengan minda tertutup.
3. Hargai kehidupan yang sempurna. Hidup takkan selalunya indah. Usah biarkan perkara kecil membantutkan kegembiraan anda. Anda ada pilihan untuk terus terluka atau sembuh dengan segera.
4. Berdepan dengan cabaran. Bukan semua cabaran direka untuk melemahkan anda, bahkan untuk membentuk kekuatan diri anda. Hidup ini takkan selesa sepanjang masa.
5. Tidak pernah berhenti belajar. Setiap hari ada ruang untuk anda menimba Dan mempraktikkan ilmu. Tiada istilah terlewat untuk mengambil langkah berubah pada perkara yang tidak berhasil. Hari yang cerah datang selepas hari yang suram.
9 tabiat yang biasa dilakukan oleh orang positif
Tabiat yang kita lakukan hari ini akan mencorakkan masa depan diri sendiri.
6. Belajar terima kebenaran. Pahit untuk menerima tapi itu hakikat. Kenapa perlu bergelumang dengan kepalsuan untuk hidup selesa? Jika gaji RM2,000 sebulan usah belanja seperti gaji RM20,000.
7. Penuhi keutamaan diri. Sebelum beri ubat pada sakit orang lain, pastikan diri sendiri sihat dahulu. Bahagiakan diri sendiri sebelum bahagiakan orang lain.
8. Buat orang lain tersenyum. Tolong pegang daun pintu semasa keluar dari sesuatu tempat. Belajar dari cara jurujual untuk mendekati pelanggan.
9. Cari lingkungan positif. Penuhi waktu dengan kawan yang boleh memberi semangat, mendengar masalah dan bertukar-tukar fikiran. Kawan yang negatif usah ditinggalkan, hanya letakkan sempadan kerana satu hari nanti mungkin mereka akan berubah fikiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *