Kerjaya

11 Cara Untuk Membetulkan Pasangan Tanpa Mencederakan Emosi

11 cara untuk membetulkan pasangan tanpa mencederakan emosi

Mana-mana pasangan yang sudah berkahwin pasti akan diuji. 11 cara untuk membetulkan pasangan tanpa mencederakan emosi ini boleh membantu anda untuk merapatkan kembali hubungan yang sudah renggang.

1. Rendahkan suara. Usah jerit padanya. Dia bukan anak kecil. Mungkin ada waktunya dia bersikap seperti kanak-kanak tetapi anda perlu menegur dengan nada yang minima.

2. Lakukan dengan kasih sayang. Tegur sebab sayang bukan marah sebab sayang. Pasangan anda manusia seperti anda. Dia juga buat silap seperti anda.

3. Usah kritik depan orang ramai. Menegur pasangan di khalayak ramai hanya akan merendahkan maruahnya. Setiap orang ada ego tersendiri. Ada keyakinan diri yang mudah terguris. Boleh tegur dengan cara bisikan atau pegang pada bahunya.

4. Hentikan ayat “Apa-apa sajalah yang suami/isteri nak”. Suami bukan bos dan isteri juga bukan. Setiap tindakan perlu dibincangkan dan dirancang bersama-sama. Jika pasangan sudah cucikan pakaian, anda bantu dia melipat atau gosok pakaian.

5. Puji pencapaian pasangan. Hargai apa yang pasangan anda lakukan biar pun sekadar mengemas dan menghias rumah. Setiap penghargaan akan merapatkan lagi hubungan.

 

11 cara untuk membetulkan pasangan tanpa mencederakan emosi
Anda berkahwin untuk bahagia selamanya, bukan untuk berpisah.

 

6. Usah bergaduh depan anak. Menegur pasangan di depan anak-anak boleh menghilangkan rasa hormat pada orang tuanya, lebih-lebih lagi bila anda meninggikan suara. Jika anda tak hormat pada pasangan, anak-anak akan hilang hormat pada orang tuanya.

7. Usah tegur sambil marah-marah. Menjerit, memaki, menengking dan memecahkan barang hanya akan mengeruhkan keadaan. Luka yang terguris akan sembuh tapi takkan menghilangkan parutnya.

8. Elakkan membandingkan pasangan dengan orang lain. Niat nak menegur akhirnya mengguriskan hati. “Jiran sebelah beli sofa baru”, “Orang lain bisnes sampai Sdn Bhd, awak terhegeh-hegeh dengan Enterprise” dan “Dari dulu kahwin sampai sekarang masih tak berkembang”. Ingat, pasangan anda tak sama dengan orang lain. Ingat semula kenapa dia pilih anda dan masih setia bersama anda.

9. Usah ungkit kisah lama. Tak anda sebab untuk ulang semula luka yang lama. Kenapa anda nak ungkit semula kisah lalu jika pasangan anda tak ungkit? Perkara yang sudah berlalu, biarkan sahaja. Usah gali semula kisah yang sudah berkubur. Ulang-ulang kisah lama hanya akan menjarakkan hubungan sedia anda.

10. Tegur dalam keadaan aman. Sesetengah pasangan memilih untuk menegur pasangan untuk memanaskan keadaan dan kemarahan sudah berada di puncak. Sebahagian pasangan agak memilih untuk mendengar. Rendahkan nada anda ketika menegur.

11. Hulurkan tangan untuk membantu. Bantu pasangan anda dalam aktiviti seharian seperti mengemas rumah, cuci pinggan dan basuh pakaian. Usah biarkan pasangan anda melakukan kerja-kerja harian sendirian. Anda kahwin dengan mereka bukan untuk dijadikan hamba. Hargai usaha pasangan untuk mengharmonikan rumah tangga.

Layari laman di bawah untuk hidup dengan lebih bahagia :
https://ikhwanfahmi.com/akhirnya-terbongkar/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *