100 hari melawan depresi secara perlahan-lahan
Sebelum anda memulakan bacaan, ingin saya maklumkan bahawa artikel ini adalah sebahagian dari terapi diri saya untuk merawat depresi. 100 hari melawan depresi secara perlahan-lahan ini saya tulis berdasarkan rujukan dari orang lain dan pengalaman saya sendiri.

Hari pertama melawan depresi : Soalan Emas Yang Boleh Ditanya Pada Diri Sendiri Untuk Mengatasi Fikiran Negatif.
Setiap kali anda berdepan dengan fikiran negatif, kerisauan atau rasa tiada harapan, ada soalan ringkas untuk anda tanyakan pada diri sendiri yang biasanya akan memberikan hasil ajaib.
“Jika orang yang saya kasihi berada di tempat saya, patutkah saya memberitahu fikiran negatif yang sedang saya hadapi di saat ini pada mereka?”
Alasan kepada teknik ringkas ini boleh menjadi begitu kuat kerana bertanya pada diri sendiri mendatangkan kesan seperti menjarakkan anda dari fikiran sendiri dan melihat ia dari sudut yang berbeza. Apabila anda melakukan perkara ini, anda akan selalunya sedar bahawa anda sedang berkeras dengan diri sendiri.
Sebagai contoh :
- Sahabat anda tidak cemerlang dalam peperiksaan yang dihadapinya, adakah anda fikir bahawa dia bodoh dan tidak akan dapat pekerjaan yang baik? Sudah pasti anda takkan berfikir sedemikian dan anda takkan membuat kesimpulan yang sama pada diri anda sendiri.
- Sama seperti sahabat anda yang tak dapat memasuki universiti kerana tidak cemerlang dalam pelajaran seperti anda. Adakah nasib beliau lebih buruk hanya kerana bekerja dengan kelulusan yang tidak sama seperti anda? Oleh itu, anda tak seharusnya membuat kesimpulan pada orang lain dengan sewenang-wenangnya jika anda meletakkan situasi itu pada diri sendiri.
Kami berharap strategi ini dapat membantu anda untuk bersikap adil dan baik pada diri anda sendiri.
Hari kedua melawan depresi : teknik kesedaran 5-4-3-2-1 untuk menenangkan diri
Untuk bermula, duduk atau berbaring di tempat yang selesa dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Tarik nafas menerusi hidung dan lepaskan menerusi mulut. Fikirkan perkara-perkara yang disenaraikan di bawah :
- 5 perkara yang anda boleh lihat. Sebagai contoh, meja di depan anda, lukisan cantik di dinding, butang magnet di peti sejuk, langit biru di langit dan dedaun hijau pada pokok.
- 4 perkara yang anda boleh rasa. Sebaik sahaja anda boleh menyentuh 5 benda yang boleh dilihat. Sementara anda menarik nafas menerusi hidung dan melepaskan menerusi mulut, upayakan untuk mencari 4 perkara yang anda boleh rasa contohnya kerusi yang menahan berat badan anda, pakaian yang sedang anda pakai, karpet lembut di bawah kaki anda atau helaian rambut yang jatuh di dahi anda.
- 3 perkara yang anda boleh dengar. Seterusnya, senaraikan 3 perkara yang boleh anda dengar. Contohnya kicauan burung, jarum jam berdetik dan bunyi kanak-kanak bermain di taman permainan.
- 2 perkara yang boleh anda bau. Cari 2 perkara yang boleh anda hidu baunya. Untuk lebih mudah, cari bau-bauan yang anda gemari seperti bau minyak wangi dan bau aroma kopi yang dibancuh panas.
- 1 emosi yang boleh dirasa. Fikirkan 1 emosi yang boleh anda rasai. Contohnya anda boleh ingat kembali saat-saat indah semasa bercuti di tepi sungai atau tepi pantai.
Latihan ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, tetapi ia benar-benar efektif untuk mengasingkan anda dengan fikiran negatif serta emosi sekaligus menenangkan diri anda.
Strategi ini amat membantu sehingga ia tular pada tahun 2018 dan sudah dikongsikan lebih dari 1.5 juta kali semasa ia ditulis di Facebook!
Semoga strategi ini dapat membantu anda untuk rasa lebih aman dan tenteram.
Hari ke 3 melawan depresi : punca utama rendah keyakinan diri (apa yang anda perlu buat tentangnya)
Sekiranya anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, perlu kita akui bahawa ia adalah masalah yang sukar untuk ditangani. Ada sebahagian dari pengalaman silam turut menyumbang kepada depresi anda.
Kami di sini mahu membantu anda. Dalam artikel ini, kami mahu anda lakukan 3 perkara penting seperti di bawah :
- Membantu anda untuk memahami punca mengapa anda mempunyai keyakinan diri yang rendah.
- Menerangkan apa yang tak patut anda buat untuk meningkatkan keyakinan diri.
- Menerangkan apa tindakan yang akan berhasil.
Punca utama anda mempunyai keyakinan diri yang rendah adalah kerana di dalam minda, anda membandingkan diri anda dengan orang lain adalah contohnya :
- Anda fikir bahawa anda tidak sebijak orang lain.
- Anda tidak mempunyai wang yang banyak seperti orang lain.
- Anda fikir penampilan diri anda tidak menarik seperti orang lain.
Dalam erti kata lain, keyakinan diri anda menjadi rendah kerana anda meletakkan kebijaksanaan, wang dan penampilan sebagai perkara-perkara yang bernilai dan anda tidak mempunyai kelebihan tentang perkara tersebut.
Dipercayai bahawan di masa silam, anda banyak berdepan dengan maklum balas yang negatif dan buruk.
- Jika anda berkeyakinan rendah kerana tidak sebijak orang lain, mungkin di masa silam anda pernah dituduh sebagai bodoh kerana tidak percayakan anda atau anda tidak berjaya seperti orang-orang di sekeliling anda.
- Jika anda berkeyakinan rendah kerana tidak mempunyai wang yang banyak seperti orang lain, orang membuat jenaka mengenai anda, adakalanya anda menghabiskan masa yang lama di media sosial sehingga ternampak percutian idaman yang tak mampu untuk anda tunaikan.
- Jika anda berkeyakinan rendah kerana penampilan anda tidak menarik seperti orang lain, boleh jadi di masa silam anda pernah dikritik kerana paras rupa anda tidak seindah model atau bintang filem.
Bukan itu sahaja, selepas anda menerima respon atau perbandingan negatif, anda mula berfikir dengan negatif sehingga mengatakan “semua orang lebih baik dari aku”, “aku ditakdirkan gagal” dan “aku memang takkan menang”. Akibatnya, keyakinan diri anda mulai menurun hingga sekarang…
Bagaimana nak selesaikan masalah rendah keyakinan diri?
Bila anda memiliki keyakinan diri yang rendah beranding dengan orang lain, adalah sesuatu yang biasa bila anda terperangkap dalam fikiran bahawa anda mampu menjadi orang yang lebih baik lagi. Kemudian tiba-tiba anda akan rasa sayang pada diri sendiri lalu berasa ianya amat baik sekali. Contohnya adalah seperti di bawah :
- “Kalau saya jadi sangat kurus kemudian saya akan jadi sangat menarik macam orang lain dan memiliki keyakinan yang sangat tinggi, jadi itulah yang akan saya lakukan!”.
- “Saya rasa lebih baik tentang diri sendiri jika saya buat lebih banyak wang dari orang lain, jadi saya akan mula bekerja 15 jam sehari untuk menjadi jutawan!”
Walau bagaimana pun ianya menjadi seakan-akan suram kerana :
- Pertama, jika anda mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana membandingkan diri dengan orang lain, tidak kira bagaimana anda bekerja keras sekali pun, akan ada orang yang sentiasa lebih baik berbanding anda.
- Kedua, jika anda mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana membandingkan diri dengan orang lain, kemudian anda mencapai sesuatu pada tahap yang sempurna, dan membuatkan anda mula mencari makna sebenar erti sebuah kesempurnaan. Ini akan membuatkan anda mengejar target yang baru, atau anda akan mencari aspek yang berbeza untuk mula membuat perbandingan yang lain. Akhirnya, anda akan tetap memiliki keyakinan diri yang rendah kerana sebab yang baru.
Cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah ini dan membina kembali keyakinan diri anda
Untuk menambah baik keyakinan diri sehingga dapat bertahan untuk jangkamasa yang panjang, apa yang anda perlukan ialah berhenti membuat perbandingan negatif dengan orang lain. Anda harus belajar bagaimana untuk mengesahkan keyakinan diri anda dan menyayangi diri sendiri berdasarkan faktor dalaman yang boleh anda kawan contohnya :
- Sayangkan diri anda kerana anda jujur.
- Sayangkan diri anda kerana anda baik hati.
- Sayangkan diri anda kerana anda ibu bapa yang diperlukan.
- Sayangkan diri anda kerana anda melayan orang lain dengan rasa hormat.
- Sayangkan diri anda kerana anda hadir untuk menyokong rakan disaat mereka memerlukan.
- Sayangkan diri anda kerana anda orang kuat yang tak pernah putus asa, walau pun depresi sentiasa mencuba untuk melemahkan anda.
Bukan seperti orang lain yang lebih kurus dari anda atau bukan seperti orang lain yang membuat duit lebih banyak dari anda. Untuk menggunakan contoh ini, hanya anda yang boleh mengawal bagaimana baiknya diri anda, bagaimana jujurnya anda dan bagaimana anda sebagai ibu bapa yang diperlukan.
Sekiranya anda boleh mempraktikkan perkara yang anda hargai, anda akan sentiasa berasa bagus tentang diri anda tanpa mengira apa yang orang lain lakukan dalam hidup mereka.