4 langkah buat dropship USD7 ribu seminggu
Ramai yang sudah mula buat dropship USD, jadi saya nak kongsikan 4 langkah buat dropship USD7 ribu seminggu atau RM28,000 seminggu. Nampak mudah kan? Tapi baca dahulu 4 langkah buat dropship USD ini sebelum anda buat apa-apa keputusan.
Bisnes dropship USD ini boleh digerakkan dengan laman ecommerce anda sendiri. Semakin hari, semakin ramai orang yang suka untuk membeli belah di internet. Sejak Covid-19 melanda, ramai orang sudah mula takut-takut untuk keluar rumah. Tak pasal-pasal nanti terkena jangkitan corona virus.
Ini waktu untuk anda ambil peluang untuk buat duit dengan dropship USD. Ianya mudah sahaja, jadi baca betul-betul 4 langkah di bawah :
1. Cari pembekal di laman AliExpress. Ia ibarat shopping complex untuk anda borong terus dari kilang, jadi anda akan dapat harga yang betul-betul rendah.
2. Bina laman web guna Shopify. Muat naik gambar-gambar produk, buat kempen pengiklanan dan masukkan ayat-ayat untuk menjual, selesai.
3. Jalankan iklan Facebook Ads. Masukkan target negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Canada dan mana-mana Negara yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa kebangsaan.
4. Uruskan tempahan. Bila ada pelanggan tempah barang, hantarkan pesanan terus kepada pembekal. Mereka akan uruskan tempahan dari pembungkusan, penghantaran dan lain-lain sampai selesai.
Jadi apa sebenarnya kerja anda?
Cari produk yang mudah dijual, buat laman web, buat kempen iklan dan tunggu jualan masuk. Jangan risau atau rasa susah, sebab kami akan tunjukkan panduan yang anda boleh gunakan sebagai rujukan.
Untuk anda yang baru nak mula, panduan ini memang sangat-sangat sesuai. Sangat berbaloi kalau anda mula belajar dari sekarang. Boleh jadi gaya hidup anda akan berubah lepas buat dropship USD.
Terus dapatkan panduan untuk anda belajar memulakan bisnes dropship USD.