Bila kali terakhir kau bagi duit pada mak dan ayah?
Barangkali kita pernah berasa susah kerana menghadapi cabaran kewangan yang getir dalam hidup. Bila diingat balik, boleh menitik air mata. Maklumlah mereka yang besarkan kita. Dari kecil sampai besar, sampai masuk universiti. Masa mula-mula nak kerja pun mereka yang bantu kita.
Lepas habis belajar, dapat kerja dan gaji, boleh hulur duit setiap bulan pada mak dan ayah. Bila sudah kahwin, aku masih boleh beri lagi cuma tak banyak macam dulu. Harga barang selalu naik, nilai wang semakin turun. GST yang wujud jadi punca barang naik harga. Hidup aku mula dilanda tekanan.

Belanja meningkat duit tersekat
Memanglah mak dan ayah tak bising, tapi mereka faham situasi anak-anak mereka. Adakalanya nak menghulur tapi takut belanja kita tak cukup. Nak bayar hutang PTPTN, sewa rumah, minyak kereta dengan yuran sekolah anak lagi. Belanja bertambah bila anak pun sama-sama bertambah.
Anak baru dua orang tapi kos sekolah, kos pakaian dengan makan tak sama macam belanja 10 tahun lepas. Dulu saya sekolah belanja 30 sen, hari ini RM5.00 pun belum tentu cukup. Kadang-kadang terlepas juga nak bagi belanja pada mak dan ayah. Nak bagi belanja isteri pun tak mampu.
Pakai dulu duit simpanan mak
Sedih. Ada sekali ibu minta simpankan duit dalam akaun dia. Aku masukkan dulu dalam akaun sendiri. Ada sekali aku terpakai. Bukan pakai sikit, tapi pakai semua. Niat nak bayar sikit-sikit. Ada sekali mak telefon bagitahu, akaun bank dia tak ada duit. Kelam kabut aku keluarkan duit dalam akaun nak bayar balik.
Mak tak bising sebab dia ada cakap, pakailah dulu kalau nak. Tapi aku malu, sebab tak bagitahu awal-awal. Adik-beradik lain boleh bagi belanja, tapi dia orang pun ada komitmen, tak bolehlah nak harap dia orang, aku sebagai anak pun kena bertanggung jawab.
Bisnes merosot fikiran kusut
Bisnes yang aku buat tak selamanya untung. Ada masanya belanja bisnes lagi tinggi dari belanja keluarga. Nak bayar sewa pejabat, gaji pekerja dengan bil elektrik pun rasa perit. Pelanggan yang membeli tak selalunya ramai. Rasa nak berputus asa memang ada, sampai nak kerja makan gaji balik.
Satu hari, aku jumpa Nazri. Dulu dia buat bisnes simkad. Dia ada ajak aku buat sekali tapi aku tolak dengan macam-macam alasan. Aku jumpa dia balik sebab dia asyik lepak di rumah. Kadang-kadang pergi bercuti. Ada sekali dia pergi umrah guna duit tajaan dari bisnes simkad dia.
3 tahun dia buat bisnes simkad. Tapi dalam 3 tahun itulah aku tak nak jumpa dia. Tapi dia bagus. Dia buat biasa saja dengan aku. Semua yang aku tanya, dia jawab dengan baik dan ikhlas. Dia betul-betul nak tolong aku.
Itu cerita lama.
Aku terhutang budi dengan Nazri. Aku hidup macam biasa. Duit belanja untuk isteri, anak, mak dan ayah aku boleh hulur macam mula-mula kerja dulu. Sekarang duduk rumah sendiri, tak sewa macam dulu. Kereta pun beli yang besar sikit, baru selesa nak bawa berjalan.
Yuran sekolah anak, hutang PTPTN dengan duit bercuti pun bayar guna duit komisyen bisnes simkad. Betul kata Nazri, kalau nak buat terus. Mula-mula kena buat sebagai active income, bila sudah lama buat passive income akan datang.
Bukan itu saja, ilmu yang Nazri itu boleh guna pada bidang bisnes lain, tak semestinya bisnes simkad. Kalau nak cari prospek, nak buat jualan dan promosi pun boleh guna. Ilmu tersebut dinamakan sebagai ilmu bisnes pendapatan pasif.
Ini adalah contoh ayat promosi bisnes simkad. Pembaca akan nampak lebih kepada sharing berbanding hard-selling. Untuk belajar bina pendapatan pasif 4 kali ganda, sila rujuk artikel buat duit dalam USD.
Alhamdulillah tak pernah miss n hope berterusan..
antara resepi nak berjaya dalam hidup, berilah duit pada mak ayah..sikit pun tak apa, ada keberkatam
Suriya Majid recently posted…Turunkan Bacaan Creatinine 21 Hari, Dari 1189 ke 558
alhamdulillah saya tak pernah miss bagi parents.
raihanah ahmad recently posted…Selamatkan Buah Pinggang Dari Darah Tinggi
alhamdulillah saya tak pernah miss bagi parents. hasil kerja sendiri
raihanah ahmad recently posted…Selamatkan Buah Pinggang Dari Darah Tinggi
Semoga dimurahkan rezeki untuk menghadiahkan ibubapa hasil kerja setiap bulan
Noriza Abdul Rahman recently posted…Aduh! Sakitnya Kepala Sampai Rasa Nak Ketuk dengan Hammer
Pakai dulu duit simpanan mak tu yg tak tahan.Nak2 plak dia ckp duit dia takda. Ha! Haru hihi …
Iskandar Suhaimi recently posted…🤩Cari Tempat Team Building Best Kat Perak? Cuba Gopeng!
Untuk anak, ibu bapa sanggup bekorban apa sahaja,
Sanggup berlapar untuk bawa anak makan sedap,
Sanggup recycle baju raya, supa anak bajunya ada tiga,
Sanggup hutang member asal anak duit poketnya cukup,
Seorang ibu/bapa boleh besarkan 7 anak,
7 orang anak belum tentu akan boleh menjaga seorang ibu/bapa.
Wan recently posted…Buka Akaun SSPN-i Online Untuk Memudahkan Anak Memohonan PTPTN?