Kesihatan

Bagaimana Nak Jadikan Rasa Kecewa Sebagai Kekuatan Kita?

Bagaimana nak jadikan rasa kecewa sebagai kekuatan kita?

Saya pernah menjual di internet dan berdepan dengan banyak kegagalan. Setiap kali gagal, saya akan mula salahkan orang lain. Robert Kiyosaki memberitahu bahawa hanya orang lemah sahaja akan bertindak demikian.

 

Bagaimana nak jadikan rasa kecewa sebagai kekuatan kita?
Memang pedih apabila hidup dalam kekecewaan. Andai kita bijak, kita boleh jadikan ia sebagai sumber kekuatan.

 

Untuk berjaya menjual, saya perlu berdepan dengan rasa kecewa. Oleh itu, nasihat di bawah ini boleh membantu kita memanfaatkan rasa kecewa sebagai pengajaran :

1. Bersedia untuk kecewa. Menjangka untuk dikecewakan tidak bermakna kita pasif atau pun seorang yang kalah. Ia merupakan cara bagi mental dan emosi bersedia dengan perkara yang tak diduga yang tidak kita ingini.

Dengan cara ini kita boleh bertenang dan mengawal diri bila ada perkara yang kita majikan tidak berhasil. Kita boleh berfikir dengan baik dalam keadaan tenang.

2. Cari penasihat untuk kongsi masalah. Bila ada permasalahan berlaku, penasihat atau mentor boleh menenangkan kita dengan memberikan tips dan nasihat supaya jalan penyelesaian dapat dicapai.

Mungkin kita tahu banyak perkara, akan tetapi kita bukannya tahu tentang segala-galanya.

3. Berdamai dengan diri sendiri. Belajar untuk terima kelemahan di sebalik kekuatan diri. Cari ruang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kemahiran diri.

4. Tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Kita akan menjumpai ramai orang yang mempunyai pendapat yang berbeza.

5. Cari lingkungan yang serasi. Tidak semestinya ramai, tapi perlu ada. Tidak selalu berjumpa, tapi sentiasa berhubung. Jika berbisnes dalam bidang servis, maka perlu ada kumpulan bisnes yang sama-sama dalam servis.

6. Bukan kerja kita untuk baiki orang toksik. Kita hanya perlu rawat bahagian hati yang tercalar akibat perangai toksik mereka.

Orang toksik ibarat hujan. Kita tak boleh hentikan hujan. Kita hanya perlu bawa payung untuk melindungi diri dari kebasahan.

7. Baiki pendapatan & kewangan. Ingatlah bahawa memiliki lebih dari 1 pendapatan adalah bonus. Cari pendapatan lain sebagai sokongan kepada gaji bulanan.

Ada simpanan, boleh dijadikan belanja kecemasan, deposit untuk beli rumah dan pergi menunaikan haji.

Jika tak tahu bagaimana nak mula, boleh tekan hutang WhatsApp sekarang :

–> saya nak baiki pendapatan & kewangan <–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *