Kewangan

5 Tips Untuk Anda Merancang Kewangan Semasa Krisis

5 tips untuk anda merancang kewangan semasa krisis

Dalam artikel kali ini, kami nak kongsikan 5 tips untuk anda merancang kewangan semasa krisis. Maklumlah, boleh dikatakan semua orang terkesan dengan kegawatan ekonomi. Pendapatan bulanan yang diperolehi sudah tak sama macam dulu-dulu.

Ada orang yang dah hilang kerja, terpaksa berniaga untuk cari pendapatan. Tak siapa tahu bila pandemik ni akan tamat. Oleh itu, anda rancanglah kewangan dengan sebaik yang mungkin.

 

5 tips untuk anda merancang kewangan semasa krisis
Rancang wang dari sekarang, atau wang anda akan hilang tanpa jejak.

 

1. Lihat duit masuk dan duit keluar. Pastikan anda tahu aliran tunai supaya tak berbelanja pada perkara yang tak perlu. Beli barang yang betul-betul perlu sahaja. Bukan kedekut, tapi kali ni anda kena berkira!

2. Wujudkan simpanan kecemasan. Usahakan untuk simpan duit 3 – 6 bulan gaji untuk digunakan masa terdesak nanti. Mungkin susah nak buat, tapi nak tak nak anda kena sediakan untuk kepentingan anda. Saya akan tunjukkan caranya di akhir artikel ni nanti.

3. Hentikan semua bisnes yang tak untung. Kalau anda ada buat bisnes yang beroperasi dalam keadaan rugi, hentikan. Usah bakar duit terlalu lama, anda perlu bina saluran pendapatan yang lain. Buang isu sentimental dan sayang pada bisnes yang tak mendatangkan pendapatan.

4. Bina bisnes yang ada tunai segera. Banyak bisnes yang gulung tikar sebab tak boleh bertahan. Ada juga bisnes baru yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Ada masalah yang boleh jadi duit untuk orang lain. Cari peluang baru yang boleh anda gunakan untuk buat duit.

5. Tambah ilmu baru. Masa pandemik ni banyak melahirkan usahawan baru yang boleh buat duit sekelip mata. Salah satu sebabnya ialah mereka belajar dan buat ilmu bisnes yang dipelajari. Sebab itu mereka boleh dapat hasil yang lumayan.

Kami akui, pandemik ni dah banyak menyukarkan kita untuk bergerak dan bekerja macam dulu, tapi kita harus bijak untuk kawal kewangan diri sendiri. Mudah-mudahan anda boleh belajar sesuatu dari artikel ini.

Kalau anda tak berapa pasti macam mana nak mulakan bisnes dan buat promosi, sila lihat sekarang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *