Kesihatan

6 Tips Mencari Rasa Bersyukur Bila Banyak Perkara Serba Tak Kena

6 tips mencari rasa bersyukur bila banyak perkara serba tak kena

Pernah rasa kecewa, patah hati dan tiada motivasi dalam hidup? 6 tips mencari rasa bersyukur bila banyak perkara serba tak kena mungkin boleh memulihkan semangat anda seperti sediakala.

1. Cari kesyukuran ketika berdepan dengan orang yang sukar. Bila anda berurusan dengan orang yang cerewet, banyak bunyi & karenah yang menjengkelkan, ingat semula bahawa anda masih ada orang yang positif untuk berurusan dengan anda.

2. Cari kesyukuran ketika rasa nak merungut. Bila ada banyak kerja yang nak diuruskan, ingat semula ketika tiada kerja untuk dilakukan. Biar susah buat kerja daripada susah tak ada kerja.

3. Cari kesyukuran ketika rasa nak meletup. Di pejabat sudah banyak kerja, balik rumah, anak buat sepah macam tongkang pecah. Ingat semula ketika belum ada anak, rumah kemas & teratur tapi tiada gelak tawa anak bergembira.

4. Cari kesyukuran bila terlepas peluang kerja. Mudah dikata, sukar dilaksana. Pernah kami terlepas projek dengan agensi kerajaan, hikmahnya Allah jauhkan kami dengan staf kerajaan yang korup.

5. Cari kesyukuran bila ditimpa sakit. Sudah diuji dengan kesakitan, bagaimana mahu sabar? Sukar tapi ada hikmah yang perlu digali. Jika ditimpa sakit demam, bersyukur kerana sakit itu masih ada peluang untuk sembuh semula.

6. Cari kesyukuran ketika kehilangan keluarga. Sakit untuk digambar, perit untuk dilakar. Hilang ahli keluarga, pedihnya tak terkata. Sedih bertahun-tahun belum tentu akan hilang.

Orang yang hilang, hanya memori sahaja akan terbayang. Jalan yang indah, pasti cabarannya tidak mudah. Perginya mereka, mengajar kita untuk menghargai peluang yang Allah beri kerana menghantar orang baik untuk menjadi peneman dalam hidup. Allah sudah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 2,
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun,”.

 

6 tips mencari rasa bersyukur bila banyak perkara serba tak kena
Kehilangan salah seorang ahli keluarga memang menyakitkan rasanya.

 

5 sikap yang boleh menjemput rasa gembira

1. Berani. Anda boleh keluar dari zon selesa, berdepan dengan cabaran & menahan kesakitan dalam hidup.
2. Sabar. Belajar untuk menerima hakikat bukan 100% perkara boleh dikawal. Belajar untuk terima perkara yang tak diduga.
3. Bersyukur. Kira berapa banyak nikmat yang sudah diterima sejak dahulu. Rasa syukur boleh menenangkan diri untuk bertindak dengan rasional.
4. Berkasih sayang. Lebih banyak menghargai berbanding membenci seperti sikap orang toksik & narsistik.
5. Kemaafan. Berdendam hanya akan menambah rasa sakit hati. Terpenjara dalam duka hanya akan menambah derita. Lepaskan dendam kesumat kerana anda berhak hidup bahagia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *