8 sebab saya kahwin lewat
Dalam kalangan adik-beradik, saya merupakan orang yang berkahwin pada usia 30 tahun. Ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum berkahwin. Bermacam-macam pandangan yang saya terima dari keluarga dan saudara-mara. Apa pun yang mereka katakan, saya ada alasan yang tersendiri. Berikut ialah 8 sebab saya kahwin lewat.
1. Faktor pendidikan. Selepas tamat SPM, saya diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap diploma dan ijazah. Masa yang saya laburkan adalah lebih kurang 5 tahun. Habis belajar lewat, maka tempoh saya bekerja juga agak lewat. Saya mahukan calon isteri yang mempunyai kelulusan yang seperti saya.
Perkara ini amat saya titik beratkan sebagai satu motivasi kepada anak-anak saya di suatu hari nanti. Jika ibu bapa mereka mampu belajar hingga ke tahap ini, saya mahu mereka mencapai tahap yang lebih baik daripada kami.
2. Pendapatan yang tinggi. Memiliki latar belakang akademik yang tinggi sudah pasti mengharapkan pulangan pendapatan yang tinggi. Perkara ini bukan berlaku dalam sekelip mata. Ia perlu dicapai menerusi kemahiran dan pengalaman kerja. Dengan pendapatan yang tinggi, saya boleh gunakannya untuk membayar wang pinjaman pelajaran.
Selain itu, saya juga boleh memberikan belanja poket untuk ibu bapa setiap bulan dan menyimpan untuk belanja perkahwinan. Namun sayangnya pendapatan saya pada tahun pertama dan kedua bekerja tidak memberangsangkan kerana saya berkhidmat dengan syarikat swasta yang tidak stabil dan bayaran gaji yang saya terima tidak setimpal dengan kelulusan yang saya miliki.
3. Takut dengan perkahwinan. Saya takut untuk berkahwin. Saya datang dari keluarga yang bercerai. Pandangan negatif dari masyarakat sekeliling menambahkan lagi rasa takut yang sedia ada. Pandangan takut saya mula berubah selepas saya ditawarkan belajar ke sebuah IPTA dan yang paling menggembirakan keluarga saya adalah 4 dari 5 orang adik-beradik saya sudah menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.
Pandangan negatif masyarakat sekeliling sudah mula berubah. Anak-anak yang berasal dari keluarga normal pula yang menjadi masalah, lari dari rumah, terlibat dengan lumba haram dan menjadi penagih dadah. Kejayaan kami adik-beradik mula membuka mata masyarakat yang selalu memandang rendah pada kami.
4. Kurang daya penarik. Daya tarikan dalam diri saya memang kurang. Saya tidak banyak bercakap. Kerana saya bercakap perkara yang perlu sahaja. Saya lebih banyak bercakap dalam perkara-perkara pokok berbanding dengan perkara-perkara ranting. Saya juga orang yang kurus. Berat badan saya adalah berat badan yang ideal bagi seorang wanita!
Saya makan seperti orang lain, cuma kadar metabolisma badan saya sangat tinggi. Jika dilihat dalam keluarga, badan saya mengikut susuk tubuh datuk sebelah bapa saya yang memiliki rangka badan yang kecil.
5. Kecewa dengan cinta yang lepas. Saya juga bercinta seperti orang biasa. Biasanya setiap percintaan itu berakhir begitu saja. Ada yang putus kerana hasutan dari orang lain. Ada juga cinta yang tidak serasi. Jika anda pernah mengalami perkara yang sama seperti saya, anda boleh faham situasi ini.
6. Mahu cemerlang dalam kerjaya. Saya memilih untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Bermula sebagai seorang pereka grafik dengan bayaran gaji diploma, kini saya menjadi salah seorang tenaga pengajar di sebuah institusi kemahiran swasta di Shah Alam, Selangor yang sudah berusia lebih 50 tahun.
Sebahagian mentaliti ibu bapa dan masyarakat mahukan calon suami yang terbaik untuk anak mereka. Ini ditambah pula dengan mentaliti masyarakat kini, sebahagian daripada mereka memandang tinggi pada kerjaya dan sebahagian yang lain memandang pada pangkat dan harta.
7. Masih mencari yang sudi menerima dan memahami. Faktor yang paling popular untuk saya jadikan alasan. Bukan mudah untuk untuk mencari pasangan yang sudi menerima baik dan buruk saya, kelebihan dan kekurangan saya. Saya tak mahu yang terlalu cantik dan terlalu mewah. Cukup sekadar yang sudi memahami tugas dan tanggung jawab yang saya pikul sebagai seorang pendidik. Ada masa lapang dan ada masa sibuk.
Sanggup menghadapi susah dan senang bersama. Kebanyakan wanita yang pernah berkawan dengan saya, mereka lebih banyak meminta untuk difahami, tetapi tidak mahu mencuba untuk memahami. Apabila saya sudah menjumpai calon yang sesuai, satu lagi faktor akan muncul.
Calon yang dijumpai itu adalah terbaik di mata saya dan saya ingin menjadikannya sebagai pasangan hidup, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya bukanlah pilihan dan bukanlah calon impiannya. Saya tidak perlukan yang sempurna kerana hala tuju sempurna itu adalah tugas saya untuk membimbing calon pilihan saya. Saya bukan orang dalam kategori soleh tetapi saya sedang berusaha ke arah itu.
8. Belum bersedia dari segi kewangan. Alasan biasa yang saya beri jika ditanya bilakah akan berkahwin. Tidak ada simpanan wang yang cukup. Kereta dan rumah masih belum ada. Pergi kerja pun naik motor. Nasib baik ada motor, kalau naik bas lagi haru. Kena bangun awal pagi untuk keluar rumah. Silap-silap tertinggal bas sudah lewat pergi kerja. Kerja sudah hampir 5 tahun tapi wang habis begitu saja.
Beli komputer riba, beli basikal dan barang-barang keperluan semasa. Kerja pula tidak stabil. Pernah kerja dengan majikan yang memiliki rekod kewangan yang buruk. Pernah berniaga tetapi tidak ada hasil yang boleh dibanggakan. Semua jenis perniagaan sudah saya ceburi, jualan langsung, jualan berbilang tingkat dan program-program perniagaan yang lain.
Memang penat kerana saya mengejar sesuatu yang tidak ada hasil. Tapi usaha itu wajib. Tanpa usaha kejayaan takkan datang begitu sahaja. Semangat hidup saya mula konsisten selepas menghadiri beberapa seminar perniagaan dan keusahawanan. Saya memilih untuk menjadi seorang usahawan separuh masa bukan untuk kaya, tapi untuk mencari sumber kewangan kedua selepas kerjaya utama saya sebagai seorang tenaga pengajar grafik.
Bagaimana saya bermula?
Saya bertemu dengan ramai usahawan yang hebat-hebat seperti Jamaludin Bahari, Mohd Azrul, Muaz Hadi, Rahman Basri dan Gobala Krishnan. Diari usahawan mereka bermula daripada zero to hero. Minda saya mula berubah apabila mengenali perniagaan secara affiliate. Affiliate ialah salah satu kaedah perniagan yang tidak memerlukan kos yang tinggi, cukup sekadar sebuah komputer dan talian internet.
Anda hanya perlu mendaftarkan nama dan maklumat diri untuk memulakan perniagaan ini tanpa apa-apa bayaran. Kemudian anda bertindak sebagai wakil penjual bagi pemilik produk yang dipromosikan. Dengan konsep affiliate, saya berjaya mendapatkan 80% belanja perkahwinan yang sepatutnya saya simpan selama 5 tahun. Keajaiban ini saya berjaya capai dalam masa kurang dari 30 hari!
Perniagaan affiliate akan lebih hebat jika anda faham tentang rahsia bisnes informasi. Dengan maklumat ini, saya berjaya memahami masalah pelanggan dan membantu mereka menyediakan informasi yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah. Contoh paling mudah pada tahun 2014, saya dan sahabat berganding bahu untuk menyediakan ebook persediaan peperiksaan Penguasa Kastam W41.
Kami berjaya membantu lebih 4,000 pembaca untuk membuat persiapan peperiksaan dengan membekalkan nota, contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41, contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan contoh soalan Ujian Psikometrik. Kesemua contoh soalan disertakan dengan jawapan dan jalan kerja untuk memudahkan rujukan.
Hasilnya, kami bersama-sama dengan agen affiliate berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM300,000 dalam masa kurang dari 7 hari.
Saya sudah berhenti kerja
Saya berhenti kerja makan gaji dengan syarikat orang diakhir tahun 2013. Kini saya makan gaji dengan syarikat sendiri. Banyak perbezaannya kerja dengan syarikat orang dan syarikat sendiri. Di antaranya ialah tempat kerja yang fleksibel, waktu kerja boleh pilih sendiri dan boleh susun jadual kerja sendiri. Jika anda mahu meniru cara saya, anda boleh baca panduan bisnes informasi di sini.
Anda tak perlu jadi pakar, anda hanya perlu tahu masalah pelanggan dan bantu mereka selesaikan masalah. Barulah mereka dengan rela hati menghulurkan wang sebagai tanda penghargaan kerana menyediakan maklumat yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.