Kerjaya

Perkara Yang Saya Baru Tahu Pada Usia 40an Yang Saya Harap Dapat Diketahui Pada Usia 25 Tahun

Perkara yang saya baru tahu pada usia 40an yang saya harap dapat diketahui pada usia 25 tahun

1. Perlu bermula serta-merta. Ini adalah hidup anda, usah hadapinya dengan sambil lewa.

2. Persekitaran anda amat penting. Duduk dengan orang yang toksik akan melemahkan anda tidak kira berapa hebat sekali pun semangat anda. Pilih persekitaran yang betul dan positif.

3. Sedia untuk berubah. Setiap masa akan ada keadaan yang tak dijangka. Berubah untuk adaptasi setiap keadaan mudah atau susah.

4. Banyakkan membaca buku. Baca dan buat, baca dan praktik supaya teori menjadi praktikal, bukan sekadar sembang kencang.

5. Utamakan diri sendiri. Pastikan gelas anda penuh dahulu, baru anda isi gelas lain. Sediakan wang simpanan untuk diri anda sebelum orang lain ‘simpan’ wang anda.

 

perkara yang saya baru tahu pada usia 40an yang saya harap dapat diketahui pada usia 25 tahun
Perkara yang saya baru tahu pada usia 40an yang saya harap dapat diketahui pada usia 25 tahun ini penting untuk anda ketahui.

 

6. Usah berhenti belajar. Setiap hari teknologi berubah. Anda meninggalkan orang lain, atau orang lain tinggalkan anda.

7. Risiko adalah sebahagian dari kehidupan. Setiap perkara yang anda lakukan ada risikonya, baik kecil atau pun besar.

8. Wang boleh membeli kebahagiaan. Wang boleh jadi alat untuk anda berasa kenyang dan gembira. Adakah anda nak biarkan anak-anak anda makan roti sahaja sedangkan pendapatan anda boleh menyajikan mereka nasi berlauk?

9. Anda perlukan ketidakselesaan. Berada dalam zon selesa amat melalaikan kerana ia akan menjauhkan anda dari kegigihan untuk berusaha.

10. Kegagalan adalah proses kejayaan. Tiada orang dilahirkan terus berjaya, mereka menempuhi kegagalan dahulu sebelum tiba di destinasi kejayaan. Sebelum anda mendapat RM20,000 sebulan anda perlu bekerja dengan gaji RM2,000 dahulu.

Anda boleh belajar untuk jana pendapatan RM5,000 – RM20,000 sebulan di sini :
http://www.wasap.my/60146488765/buatduitUSD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *