Kesihatan

16 Cara Untuk Tenangkan Diri Anda Bila Hidup Semakin Mencabar

16 cara untuk tenangkan diri anda bila hidup semakin mencabar

1. Berjalan-jalan. Ia dapat membantu untuk melapangkan fikiran anda. Ia memberikan anda perspektif yang berbeza.
2. Manjakan diri. Luangkan masa sehari untuk buat perkara yang anda sukai.
3. Jadi seorang yang pemurah. Berikan sesuatu (sedekah) kepada orang yang anda tak kenali.
4. Minum di kedai kopi atau lepak di tempat yang sibuk. Lihat ragam manusia tanpa sebarang kata.

5. Didik diri sendiri. Selidik apa perkara yang sedang anda hadapi, contohnya depresi. Apa tanda-tanda dan apa kaedah untuk berdepan dengannya.
6. Bersedia dengan tugasan. Sebelum tidur atau awal pagi sediakan senarai kerja yang nak dibuat. Selesaikan satu demi satu.
7. Kekuatan diri. Senaraikan 30 kelebihan dalam diri anda.
8. Terus bergerak. Melangkahlah walau pun setapak demi setapak. Berdiri statik nasib takkan berubah.

 

Hidup diciptakan dengan cabaran untuk mematangkan, bukan menyusahkan.

 

9. Luangkan masa untuk hobi anda. Jika tiada hobi, carilah sesuatu untuk dijadikan hobi.
10. Keutamaan. Dahulukan perkara yang jadi keutamaan. Yang remeh-temeh itu dikurangkan.
11. Tidur yang cukup. Dapatkan waktu tidur yang cukup, dari 6 – 8 jam sehari.
12. Berhibur bagaikan kanak-kanak. Usah terlalu serius atau lurus macam pembaris. Kata Joker “why so serious?”

13. Menangis. Lepaskan emosi yang terpendam, masa mandi atau selepas solat tahajjud.
14. Suara dari dalam. Apa suara yang sering membisik dalam kepala anda? Lupakan suara-suara negatif yang kerap berbunyi.
15. Tulis pendapat anda. Luahkan secara berhemah tentang apa-apa topik pada blog atau laman sosial anda. Ia membantu fikiran anda berkembang.
16. Hidup adalah perjalanan. Anda akan jumpa jalan lurus, jalan bengkang-bengkok, jalan mendaki dan jalan menurun, bukan sekadar Jalan Masjid India sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *