9 cara dapatkan deposit rumah
Untuk mendapatkan 10% deposit rumah, ada 9 cara dapatkan deposit rumah seperti yang dikongsikan oleh Amir Syahir. Selain deposit rumah, ada beberapa lagi kos perbelanjaan yang anda perlu ambil kira seperti kos peguam, kos dokumen dan lain-lain. Jadi sediakanlah sekurang-kurangnya wang 15% dari harga rumah.
1. Pinjaman peribadi. Pastikan pinjaman rumah anda lulus dahulu baru buat pinjaman peribadi. Jika anda buat pinjaman peribadi dahulu, ia akan meningkatkan Debt Service Ratio (DSR) anda.
2. Pinjam dari keluarga. Pinjam wang dari ibu bapa atau adik-beradik. Tiada faedah dikenakan seperti bank tapi sudah pinjam jangan lupa bayar.
3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Gunakan wang KWSP dari Akaun 2. Boleh keluarkan sepenuhnya dari situ dalam masa 14 hari. Rujuk cawangan KWSP yang berhampiran untuk maklumat lanjut.
4. Pinjaman lebih tinggi. Biasanya dipanggil mark up loan. Anda kena berpakat dengan tuan rumah untuk jual rumah yang lebih rendah dari harga pasaran.
5. Rumah dalam pembinaan. Insentif pemaju seperti skim rumah tanpa deposit, diskaun belian awal dan rebet pembelian. Sediakan wang untuk tempah rumah sahaja.

6. Simpanan bulanan. Gaji kerja anda usah dihabiskan. Asingkan 10% hingga 20% untuk disimpan.
7. Insentif rumah pertama. Skim rumah pertama menawarkan pembiayaan sehingga 100%. Jadi anda sudah tidak perlu bimbang dengan bayaran deposit rumah.
8. Pembiayaan ASB. Mohon pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM100,000 dengan ansuran bulanan RM600. Jangan ambil dividen selama 3 tahun. Biarkan ia berganda. Selepas 3 tahun anda akan dapat anggaran RM27,800 selepas batalkan pinjaman. Anda boleh belajar kumpul deposit dengan pembiayaan ASB hari ini juga.
9. Buat bisnes. Dengan bisnes anda belajar untung dan rugi. Belajar dengan orang yang sudah berjaya. Belajar untuk buat untung bermula dengan RM1,000 kemudian RM10,000 sampailah anda boleh gunakan formula tersebut untuk mendapatkan RM100,000 hingga RM1 juta.
Jika ada tuan rumah yang perlukan wang dengan cepat kerana terdesak, rumah miliknya berkemungkinan ditawarkan dengan harga yang lebih rendah untuk mendapatkan wang. Jika anda tak ambil tindakan untuk mengumpul wang deposit dari sekarang, maka anda sendiri yang akan rugi.
bagus tips ni tuan
Raihanah Ahmad recently posted…Detox Bantu Tingkatkan Kesihatan
menarik jugak cara yg no 8..gn loan asb…
cik tom recently posted…Kelebihan dan Keburukan Main Kutu
Boleh diguna pakai tak untuk buat deposit rumah kedua?
Rasanya untuk rumah pertama sahaja, akaun 2 juga boleh guna untuk kurangkan pinjaman rumah jika ada.
Kami dulu memang buat pinjaman dengan keluarga untuk cukupkan deposit..syukur ada bantuan dari keluarga
Noriza Rahman recently posted…Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya
Tips yang sangat berguna. KWSP tu nak buat renovation pun boleh.
Wan Syahida recently posted…Detoks Perut dan Usus Daripada Toksin dan Sisa Makanan Dengan Herb-Lax.
Betul, ada banyak kegunaan Akaun 2 KWSP.
Dalam bab membeli rumah ni…bab deposit ini saja yang selalu menjadi masalah pembeli rumah. Bayar ansuran bulan-bulan tiada hal punya.
ahmadyani recently posted…Bolehkah Menjadi Kaya Bila Berbisnes Ebay?
Kena usaha keras, cari deposit dengan berbisnes.
Mereka yang baru bekerja setelah tamat belajar kena kumpulkan duit gaji dulu sebagai deposit membeli rumah bukan beli kereta.
Ketika mula kerja, umur masih muda…apa insentif, pinjaman dan sebagainya agak mudah sikit.
McYanni recently posted…8 Panduan Bagaimana Cari Kerja Yang Sesuai
Benar, cari deposit rumah dulu.
Bangunan pejabat boleh sewa, sebab ia lebih mahal dari harga rumah.