Kewangan

5 Kesilapan Orang Muda Beli Hartanah

5 kesilapan orang muda beli hartanah

Anak muda yang baru melibatkan diri dalam pelaburan hartanah perlukan panduan yang betul. Banyak kesilapan yang terjadi menyebabkan kerugian wang dan masa yang berlaku. Ada 5 kesilapan orang muda beli hartanah yang direkodkan oleh Amir Syahir, seorang anak muda yang berpengalaman dalam bidang kewangan.

 

5 kesilapan orang muda beli hartanah
Boleh dikatakan ramai orang buat silap semasa membeli hartanah, bukan setakat orang muda sahaja.

 

1. Beli rumah tak kira kemampuan. Ramai anak muda yang gelojoh semasa nak membeli rumah. Dengan ilmu yang cetek, mereka membeli hartanah dalam pembinaan tanpa deposit. Keputusan dibuat tanpa menilai bajet yang perlu dikeluarkan.

2. Pinjaman bersama. Rumah pertama yang dibeli dengan pinjaman bersama (joint loan), maka ia sudah merugikan margin pembiayaan 90% untuk rumah pertama dan kedua. Jika mengikut syarat sekarang, rumah ketiga hanya mendapat 70% pembiayaan.

3. Rumah pertama atas RM500,000. Biar pun anda mampu bayar rumah bernilai RM500,000 namun ia akan memburukkan Debt Service Ratio (DSR) anda. Pinjaman untuk rumah yang seterusnya akan menjadi sukar. Rumah yang bernilai untuk pelaburan biarlah bernilai RM200,000 ke bawah.

4. Rumah untuk didiami. Cari rumah untuk pelaburan dahulu sementara masih bujang, belum ada tanggungan anak dan isteri. Bila dapat kerja dengan gaji yang lebih baik barulah beli rumah untuk didiami. Rumah impian anda mungkin lebih mahal harganya, jika beli awal-awal maka rosaklah DSR anda. Jika ada rumah pelaburan sekurang-kurangnya anda ada pendapatan pasif.

5. Real Property Gain Tax (RPGT). Dikenali sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah. RPGT yang dikenakan dalam tempoh 5 tahun pertama agak tinggi. Jadi jika anda mahu menjual hartanah anda, pastikan ia melebihi tempoh 5 tahun supaya kadar RPGT berkurangan sekaligus mendapat lebih banyak keuntungan dalam jualan rumah atau tanah anda.

RPGT dicaj berdasarkan tempoh tahun 5 tahun iaitu tahun pertama sebanyak 30%, tahun ke 2 sebanyak 30%, tahun ke 3 sebanyak 30%, tahun ke 4 sebanyak 20% dan tahun 5 sebanyak 15%. Tahun ke 6 dan tahun-tahun seterusnya tidak dikenakan RPGT.

Ini merupakan sebahagian dari kesilapan yang kerap dilakukan oleh anak muda. Tanpa panduan yang betul, ia berlaku tanpa sedar sehingga 5 kesilapan ini melarat kepada orang lain. Kongsikanlah ilmu dari artikel ini kepada orang lain supaya ia tidak akan berulang lagi khususnya mereka yang baru berkecimpung dalam bidang hartanah. Jika anda serius nak memiliki hartanah idaman, baca artikel tips mendapatkan deposit rumah sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *