15 kerja sampingan untuk warga kota
Kenapa perlu ikat perut? Ada banyak peluang untuk anda buat duit tepi atau duit sampingan tanpa perlu berhenti kerja. Boleh iklankan dalam blog, Facebook, WhatApps Status & WhatApps Group dan banyak lagi. Di bawah ini, saya sertakan 15 kerja sampingan untuk warga kota pilih dan praktikkan.
1. Ejen affiliate
Affiliate adalah satu teknik buat duit di internet yang paling mudah. Biasanya affiliate menawarkan produk-produk digital seperti ebook atau video. Anda hanya perlu mendaftar dan mendapatkan link untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Urusan penghantaran link produk akan diuruskan oleh penganjur.
Dalam affiliate, komisyen diperolehi secara Pay Per Lead (PPL) dan Pay Per Sale (PPS). PPL hanya perlukan anda membawa prospek untuk mendaftar di laman web untuk mendapat komisyen. Biasanya komisyen yang bakal anda dapat ialah RM1 hingga RM5 untuk seorang prospek.
Bagi PPS, ada perlu membuat jualan untuk mendapat komisyen. Kadar komisyen bermula dengan 40% hingga 50% dari harga produk. Jika produk digital yang dijual berharga RM100, maka kadar komisyen anda ialah RM40 atau RM50.
Affiliate mempunyai komisyen 1 level sehingga 2 level. Jika anda mempunyai seorang downline, anda berpeluang untuk menikmati komisyen yang dihasilkan oleh downline tersebut. Sebagai contoh, ada program affiliate yang menawarkan komisyen RM100 pada level 1 dan RM50 pada level 2. Bila anda buat jualan dan dapat komisyen RM100, anda berpeluang untuk mendapat komisyen RM50 jika downline anda berjaya membuat jualan.
Anda boleh sertai program affiliate yang menawarkan komisyen sehingga 50% ini.
Anda perlu mendaftar dahulu di laman tersebut sebelum diberikan akses untuk menjana komisyen affiliate.
2. Ejen dropship
Dropship tidak jauh bezanya dengan affiliate. Jika affiliate melibatkan produk digital, dropship pula melibatkan jualan produk fizikal. Anda hanya perlu ambil tempahan produk dari pelanggan dan maklumkan kepada penganjur dropship.
Kadar komisyen untuk setiap jualan adalah 30% hingga 50% bergantung kepada harga produk. Ada tak perlu beli dan simpan produk untuk menjadi ejen dropship. Tugas anda hanyalah melakukan promosi dan membuat jualan.
Boleh pilih untuk buat
3. Ejen produk kecantikan
Hari ini ada banyak produk kecantikan yang dihasilkan untuk wanita dan lelaki. Sebut sahaja jenama tempatan atau luar negara, berbagai produk kecantikan dari hujung kaki sampai hujung rambut boleh didapati di pasaran.
Untuk penjagaan wajah sahaja, ada krim pencuci muka, krim siang dank rim malam. Belum masuk penjagaan rambut dan menghilangkan parut. Peluang untuk buat duit sebagai agen produk kecantikan terbuka luas tanpa had bagi sesiapa yang bijak mengambil peluang.
Untuk menjadi agen produk kecantikan, anda perlu beli beberapa unit produk sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan.
4. Ejen produk kesihatan
Seperti produk kecantikan, produk kesihata turut memiliki kelebihan yang tersendiri. Dengan mengambil kira penyakit-penyakit yang ada di Malaysia seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti dan sebagainya, produk-produk kesihatan boleh dijual dengan mudah. Anda hanya perlu cari mereka yang mengalami masalah kesihatan dan kongsikan kelebihan produk pada mereka.
Selain itu, produk untuk warga emas turut mendapat permintaan. Sebagai contoh, gel untuk melegakan sakit lutut, sakit belakang dan menambah tenaga menjadi fenomena. Dengan produk produk seperti ini membantu mereka beribadah dengan tenang.
Untuk menjadi agen produk kesihatan, anda boleh ambil tempahan dahulu. Selepas pelanggan membuat pembayaran, barulah anda pergi ke stokis untuk mendapatkan stok. Kemudian barulah anda hantarkan kepada pelanggan.
5. Ejen takaful
Menjadi agen takaful bukanlah mudah. Anda perlu memilih produk perlindungan untuk pelanggan dengan jujur tanpa mengharapkan komisyen semata-mata. Sebaik sahaja anda menjadi agen takaful, anda akan mendapat akses ke pelbagai jenis produk makanan dengan jumlah komisyen yang sudah pastinya lumayan.
Jika seseorang pelanggan sudah bersetuju untuk menyumbang dalam takaful, komisyen yang bakal anda terima boleh mencapai tempoh 6 tahun. Ini bermakna dalam masa 6 tahun akan ada pendapatan pasif anda setiap bulan selagi ada bayaran sumbangan dari pelanggan.
6. Berniaga di waktu malam
Lepas balik kerja,anda boleh pilih untuk membuka booth di mana-mana tempat yang strategik bagi menjual barang. Contoh paling mudah ialah buka meja di tepi pintu masuk bank. Biasanya mereka yang berniaga pada waktu ini menawarkan aksesori seperti tali pinggang, dompet, topi dan sebagainya.
Selain itu, ada yang memilih untuk menjual makanan seperti burger atau roti John. Peluang untuk mendapatkan pelanggan amat cerah kerana ada sahaja orang yang keluar malam untuk membeli makanan atau ada yang baru sahaja keluar dari pejabat selepas kerja lebih masa.
7. Bisnes berbilang tingkat
Bisnes jualan langsung atau berbilang tingkat ini amat popular kerana ia boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah industri ini boleh melahirkan ramai jutawan segera kerana aktiviti merekrut downline berjalan dengan rancak.
Selain mendapat untung dengan jualan produk, wang juga diperolehi dengan setiap pendaftaran downline yang baru. Lebih menarik lagi komisyen yang terhasil oleh jualan yang dihasilkan oleh setiap downline menyumbang kepada pendapatan pasif upline mereka.
Di antara insentif syarikat berbilang tingkat kepada peserta mereka ialah hadiah wang tunai, kereta dan percutian ke luar negara kepada mereka yang berjaya mencapai target yang ditetapkan. Namun begitu anda harus berhati-hati kerana ada syarikat yang sekadar mencipta produk untuk memenuhi syarat sahaja.
Syarikat dengan produk yang tidak mempunyai manfaat hanya akan dapat bertahan sebentar sahaja kerana orang yang mendaftar sekadar mahu buat untung, bukan kerana mahu menggunakan produk yang dijual.
8. Jual barang di internet
Bagi anda yang kesuntukan masa untuk berniaga di jalanan, anda boleh pilih platform internet untuk berjual beli. Di sini anda boleh jual pakaian, makanan kering, produk kecantikan atau produk kesihatan dan sebagainya. Pilih platform yang kerap dikunjungi pengguna seperti Mudah, Lelong, Ebay dan laman sosial seperti Facebook.
Biasanya, di laman sosial Facebook memang ramai pengguna. Di sini juga menjadi lubuk duit kepada mereka yang berniaga. Anda yang baru nak bermula boleh gunakan profil peribadi untuk buat promosi.
Jika anda terlalu sibuk dengan kerja pejabat, anda boleh gunakan iklan berbayar iaitu Facebook Ads atau FB Ads.
9. Memandu dengan E-Hailing
Ada banyak syarikat e-hailing yang menawarkan peluang untuk anda buat duit dengan kereta di bandar. Dengan memandu kereta secara sambilan atau sepenuh masa, anda akan mendapat komisyen setiap hari. Tanpa memohon permit teksi dan menghadiri kursus, anda boleh memohon untuk menjadi pemandu kurang dari 3 hari.
Pendapatan memandu dengan e-hailing tiada had, bergantung kepada kemampuan anda untuk memandu. Biasanya anda boleh dapat tidak kurang dari RM700 seminggu jika memandu sepenuh masa. Jika memandu sepenuh masa, anda berpeluang mendapat lebih dari RM1,000. Kadar tambang Uber berbeza mengikut waktu, kawasan dan jenis kereta yang dipandu.
Jika anda memandu kereta biasa, ia dicaj pada kategori asas. Jika anda memandu kereta bersaiz besar seperti MPV, kadar cajnya tinggi sedikit kerana berada dalam kategori pertengahan. Jika anda memandu kereta premium, maka cajnya lebih tinggi.
Bagi ada yang memiliki kereta keluaran tahun 2009 dan ke atas, anda layak memohon. Kereta model lama seperti Kancil, Kenari, Kelisa, Wira dan Waja atau yang berusia lebih dari 10 tahun tidak boleh memohon.
Untuk memandu dengan e-hailing, anda boleh gunakan kereta seperti Viva, Myvi, Bezza, Alza, Saga, Persona, Preve, Suprima, Exora dan Perdana yang mempunyai 4 pintu. Kereta 2 pintu tidak dibenarkan.
10. Konsultan media sosial
Jika anda mempunyai kemahiran untuk menguruskan akaun media sosial seperti mengemaskini status di Facebook Page atau gambar di Instagram, anda boleh memberi nasihat atau servis kepada pemilik-pemilik laman berkenaan bagaimana nak membuat posting yang berkesan, bagaimana nak tingkatkan engangement dan sebagainya.
Anda boleh mencadangkan bilakah waktu yang sesuai untuk membuat iklan atau memberi hadiah percuma kepada fans atau follower. Anda boleh tawarkan servis menulis copywriting untuk Facebook Ads, Post Engagement dan sebagainya. Satu servis letakkan RM300 hingga RM500. Bila dapat pelanggan dari syarikat besar, boleh caj sehingga 4 angka.
11. Menulis artikel
Jika anda boleh menulis dengan baik pada kadar 500 hingga 700 patah perkataan, maka jari jemari anda boleh membantu anda buat duit dengan menulis artikel untuk orang lain. Bergantung kepada tajuk atau niche yang diminta oleh pelanggan, anda boleh caj RM50 hingga RM150 untuk satu artikel.
Untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan, iklankan kerja menulis artikel ini di portal-portal seperti Mudah, Lelong dan blog supaya anda boleh mendapat lebih banyak kerja sekaligus mendapat banyak bayaran. Sekurang-kurangnya, anda iklankan di profil Facebook.
12. Menulis blog
Untuk mendapatkan sebuah blog, anda boleh gunakan platform yang percuma sebagai permulaan. Dengan platform Blogspot atau WordPress, blog anda boleh dimulakan dalam masa kurang dari 15 minit. Dari situ anda belajar untuk menulis artikel-artikel yang bermanfaat dan memberi faedah kepada orang lain.
Blog anda boleh mendatangkan pendapatan dalam beberapa cara. Salah satunya ialah dengan menawarkan servis review atau memberi ulasan untuk produk-produk atau servis-servis seperti makanan, restoran dan hotel. Di sini anda boleh caj RM300 untuk satu review. Dengan blog juga anda boleh menjana pendapatan dengan Google Adsense.
Selain itu, blog anda boleh menjadi lubuk duit dengan meletakkan artikel yang berkaitan dengan affiliate, produk kecantikan, produk kesihatan, jual barang di internet dan sebagainya. Jika anda kekurangan idea untuk menulis artikel, anda boleh rujuk blog-blog lain untuk mendapatan idea bagi mengisi artikel baru dalam blog untuk masa yang akan datang.
13. Penasihat kewangan
Untuk menjadi penasihat kewangan yang bertauliah, anda haruslah berdaftar secara sah di mana-mana agensi kewangan yang diiktiraf kerajaan. Tugas dan tanggung jawab anda ialah mendapatkan ilmu kewangan yang betul sebelum memberi nasihat kepada orang lain.
Anda perlu belajar menganalisa masalah kewangan orang lain sebelum memberi sebarang cadangan. Selain itu, anda perlu bijak mencadangkan saluran-saluran pelaburan saham atau unit amanah yang memberi pulangan positif.
14. Perunding hartanah
Menjadi seorang perunding hartanah tidak perlukan syarat minimum. Kerja ini ada hasil komisyen mengikut jualan atau sewaan rumah. Jika anda menjual rumah berharga RM300,000 maka komisyennya ialah 3% atau RM9,000. Jumlah ini akan dikongsi bersama anda dengan agensi sebagai contoh anda dapat 70% atau RM2,700 dan agensi dapat 30% atau RM300.
Oleh itu, anda boleh usahakan untuk menjual 3 unit rumah sebulan yang sama nilai dengan RM300,000 dan anda akan dapat RM8,100 sebulan. Nak lebih banyak komisyen, anda boleh belajar jual rumah yang lebih tinggi harganya. Mulakan secara sambilan sahaja.
15. Servis grafik atau laman web
Jika anda memiliki idea dan kemahiran untuk menghasilkan kerja grafik yang baik, membina laman web, ini adalah peluang anda. Mulakan dengan mengambil servis buat logo, brosur, katalog atau paling kurang kad bisnes. Ia mungkin nampak kecil tetapi bermulalah dari kecil untuk membina portfolio.
Dari situ kembangkan bisnes anda kepada upah membina laman web, e-commerce dan blog. Ya, upah bina dan pasang blog pun boleh mencecah RM300 paling minimum. Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak dapat buat duit dengan cara ini.