Bisnes

3 Cara Mudah Jana Wang Dengan USD

3 cara mudah jana wang dengan USD

Ada cara yang mudah untuk mula menjana wang dengan dolar USD.

1. Jadi ejen affiliate. Ini cara yang paling cepat, pantas dan mudah. Anda pergi sahaja ke mana-mana laman affiliate yang menawarkan komisyen dalam USD dan terus mendaftar contohnya di laman Warrior Plus. Dapatkan link affiliate produk dan mulakan promosi anda.

Setiap pembelian yang dilakukan menerusi link anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Tawaran yang menarik ini pasti akan memudahkan anda untuk mula menjana wang dalam USD. Anda boleh terus bermula kerana tiada bayaran dikenakan. Hanya perlu daftar dan buat promosi.

2. Jadi pemilik produk. Anda hasilkan produk digital seperti ebook atau video yang boleh dijual di internet dan letakkan di Warrior Plus. Dengan menjadi pemilik produk, anda akan mendapat lebih banyak pendapatan setiap kali pelanggan membeli produk anda. Cara ini lebih menguntungkan anda jika dibandingkan sebagai affiliate.

3. Jual produk ke pasaran antarabangsa. Cari apa-apa barang yang mempunyai banyak permintaan dan jual di pasaran yang menggunakan mata wang USD. Jika tiada produk sendiri, boleh buat bisnes dropship USD. Tanpa produk sendiri pun masih boleh buat duit.

 

3 cara mudah jana wang dengan USD
Pendapatan dalam USD boleh dijadikan simpanan yang banyak jika ditukar kepada RM.

 

2 tips jana wang dengan USD

1. Cari niche mudah jual. Bisnes internet anda bermula dengan mencari niche yang ada permintaan. Lebih bagus lagi jika ianya mempunyai permintaan yang amat tinggi. Usah jual produk secara mengkhinzir buta kerana ia hanya akan merugikan masa anda. Sama seperti jika anda nak promosikan produk dari Warrior Plus.

Anda perlu kaji apa niche yang mudah hendak dijual dan boleh memberikan hasil yang lumayan. Salah pilih niche akan memudaratkan anda. Masa sudah terbuang, kos iklan yang anda laburkan tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Oleh itu, saya nak bongkarkan rahsia yang anda boleh terokai dari Warrior Plus iaitu :

  • Tips untuk kenali niche yang popular di Warrior Plus.
  • Kenali niche yang boleh buat komisyen lumayan.
  • Strategi cari prospek yang lapar tetapi berduit untuk beli produk.
  • Jimatkan masa berfikir nak pilih produk apa untuk dipromosikan.

 

2. Tips promosi produk. Bisnes affiliate untuk jana wang dengan USD perlukan promosi. Tanpanya anda akan gagal. Anda akan ditunjukkan teknik promosi yang sudah terbukti dan berjaya dilakukan walau pun tiada senarai emel prospek sekali pun. Anda juga akan dikongsikan promosi tanpa menggunakan Facebook Ads.

Apa yang anda perlu lakukan ialah menggunakan 2 komponen utama dalam Facebook. 2 komponen ini amat mudah tetapi jarang dipedulikan sehinggalah ianya diuji dan berkesan. Anda tak perlu keluarkan sebarang kos untuk menjalankannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *