7 tips jimat belanja musim perayaan
Musim perayaan ada banyak tawaran membeli-belah dari pelbagai perniagaan. Bermula dengan makanan, pakaian, kenderaan termasuklah pinjaman kewangan. Menjelang Hari Raya Aidilfitri contohnya, ramai masyarakat sudah mula membuat persiapan untuk menyambutnya tidak lama lagi. Di sini ada 7 tips jimat belanja musim perayaan yang boleh dijadikan panduan.
1. Buat senarai barang yang nak dibeli. Susun berapa bajet yang perlu dikeluarkan. Keluarkan senarai barang yang tidak perlu. Di sini anda sudah boleh rancang berapa wang yang perlu disediakan.
2. Tinggalkan kad kredit. Bawa wang tunai atau debit kad semasa membeli belah. Bawa wang cukup-cukup sahaja.
3. Guna kad kredit yang berdiskaun. Ada sebahagian syarikat penyedia kad kredit yang menawarkan rebet dan pulangan tunai. Tetapi bukan semua. Semak kembali syarat-syarat yang diberikan oleh setiap penyedia perkhidmatan kad kredit.
4. Beli seawal mungkin. Ada yang mahu membeli di malam menjelang raya untuk dapat potongan harga yang lebih murah. Namun belum tentu saiz atau warna yang anda mahukan ada pada waktu itu. Belilah pada waktu orang tidak ramai seperti waktu pagi. Anda juga lebih selesa untuk membuat pilihan.
5. Kaji harga barang yang nak dibeli. Lihat di mana kedai yang memberikan harga yang jauh lebih rendah. Cari senarai harga barang keperluan di antara pasaraya-pasaraya yang berhampiran. Pastikan anda dapatkan maklumat diskaun sebanyak yang boleh.
6. Beli barang basah dalam kuantiti sedikit. Usah beli terlalu banyak barang basah atau barang makanan mentah sehingga menyebabkan ia rosak. Bila sudah rosak, sudah tentu tak boleh dimasak dan dimakan lagi. Beli barang basah di kedai yang tidak cuti terlalu lama.
7. Masak sendiri. Menu untuk makan bagi hidangan berbuka puasa boleh disediakan di rumah. Ikut kreativiti masing-masing. Resepi banyak didapati di internet, blog, Facebook dan tak termasuk WhatApps yang kawan-kawan suka kongsi lagi. Biskut raya, kuih raya, ketupat, lemang, lontong dan lain-lain boleh dimasak sendiri.
Usah lupa perayaan Hari Raya Aidilfitri ini bukan untuk bermegah-megah dan membazir. Ia untuk meraikan kejayaan ibadah puasa sebagai umat Islam. Usah berbelanja melebihi bajet.
Jika anda nak belajar buat duit masa perayaan, sila rujuk artikel 5 produk laku keras musim raya sekarang.