Kewangan

7 Tips Bijak Urus Kewangan Untuk Dipraktikkan

7 tips bijak urus kewangan untuk dipraktikkan

 

7 tips bijak urus kewangan untuk dipraktikkan
Usah tumbangkan kewangan anda dengan teknik pengurusan yang kurang efektif.

 

1. Mencapai impian kewangan. Semua insan ada impian. Nak kahwin, beli kereta, beli rumah, buat bisnes dan mampu biaya pendidikan anak-anak. Selain keperluan, ada impian yang dikehendaki seperti rumah besar, kereta mewah, bersiar-siar di luar negeri, memiliki telefon pintar terkini dan komputer terbaru berbanding orang lain.

2. Kawal belanja. Pembaziran dapat dielakkan bila ia dikawal, diurus dan dipantau dengan baik. Anda perlu bijak bezakan keperluan dan kehendak.

3. Elakkan berhutang. Beli barang secara tunai dan elakkan membuat hutang yang boleh menyusutkan gaji bulanan anda seperti membeli perabot dengan ansuran bulanan. Berhutang untuk membeli rumah dan disewakan semula pula boleh membantu menambahkan pendapatan anda.

4. Tangani inflasi. Inflasi akan terjadi bila harga barang dan servis sentiasa meningkat. Ini akan memberi kesan seperti kenaikan kos sara hidup. Untuk menghadapi inflasi, anda boleh belajar menyimpan emas atau membuat pelaburan kewangan di unit amanah atau saham yang berpotensi untuk berkembang.

5. Berdepan dengan krisis ekonomi. Ekonomi ibarat cuaca, ada hari cerah ada hari mendung. Ia tidak boleh dijangka tapi boleh dihadapi. Sama ada sedia atau tidak, anda sendiri perlu wujudkan persediaan. Contoh paling mudah ialah simpanan wang 3 hingga 6 bulan dari wang gaji.

6. Dana kecemasan. Kereta boleh rosak bila-bila masa. Cuma wang yang diperlukan tak dapat dijangka. Oleh itu simpang wang untuk menghadapi kecemasan. Tidak semestinya untuk baiki kereta, tapi untuk baiki rumah dan dana simpanan bagi perbelanjaan di luar jangkaan. Salah satu alternatif dana kecemasan ialah dilindungi dengan takaful. Jika anda ditakdirkan sakit, kemalangan atau masuk hospital, takaful boleh membantu membiayai kos perubatan anda. Jika anda mahu bina pendapatan tambahan, adalah pilihan utama yang terbaik.

7. Aspek rohani. Jangan dilupa ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara anda. Usah lupa hantar belanja bulanan pada ibu bapa yang sudah banyak berjasa. Bantu adik-beradik yang masih belum bekerja. Tunaikan solat dan zakat serta bersedekah pada mereka yang memerlukan. Anda tidak akan miskin dengan berkongsi kekayaan dengan orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *