7 tips pengurusan hutang secara pantas
Hutang tidak boleh diselesaikan sekelip mata. Namun ianya boleh diuruskan secara berperingkat. Senaraikan hutang-hutang yang anda miliki dan lihat yang mana harus diselesaikan dahulu. Ini bergantung kepada pendapatan yang anda miliki.
1. Baca kondisi wang. Jumlahkan pendapatan dan belanja anda untuk tempoh sebulan. Kurangkan belanja yang tidak perlu dan potong langganan yang tidak wajib seperti siaran televisyen berbayar.
Gunakan wang yang terkumpul untuk membiayai hutang anda.
2. Rancang hapuskan hutang. Kurangkan hutang yang mempunyai caj faedah yang tinggi seperti kad kredit.
3. Praktikkan rancangan. Ambil masa untuk melaksanakan program yang sudah direncanakan biar pun ianya mengambil masa yang lama. Letakkan target untuk menyelesaikan kesemua hutang yang ada, misalnya 3 tahun. Bayar hutang dengan konsisten supaya anda mempunyai rekod pembayaran yang baik.
4. Ubah tabiat makan. Jika sebelum ini banyak makan di restoran, belajar untuk memasak dan makan di rumah. Pada waktu rehat bekerja, makan di kedai makan yang jauh lebih murah dari makan di restoran.
5. Ubah tabiat berbelanja. Beli barang yang perlu sahaja, bukan yang anda mahu. Pilih pakaian yang berjenama biasa daripada yang berjenama mahal. Jika anda gemar bercuti di tempat-tempat mahal, tukarlah percutian anda ke tempat yang biasa.
6. Cari sumber pendapatan lain. Anda boleh cari kerja yang lebih baik dari segi bayaran gaji atau membuat kerja tambahan seperti kerja berdasarkan bayaran jam atau buat bisnes di malam hari. Perlu diingat bahawa kerja tambahan atau bisnes tersebut tidak mengganggu kerja pertama anda.
7. Nasihat bertauliah. Nasihat terbaik datang dari mereka yang berpengalaman dalam menguruskan kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Mereka akan memberikan cadangan yang terbaik dengan situasi anda seperti membuat pengurangan faedah kad kredit dan lain-lain.
Anda harus ingat, hutang wajib dibayar walau dalam apa jua situasi. Hutang adalah tanggung jawab anda. Usah biarkan orang yang anda tinggalkan menjadi mangsa untuk menanggung segala beban yang anda tinggalkan. Jadi sebelum membuat hutang, fikirkanlah kesannya untuk hari ini dan hari yang akan datang.
Jika anda serius untuk menghapuskan hutang, rujuk panduan urus hutang secara profesional dengan segera.