Kewangan

7 Tips Penting Beli Kapal Layar Mewah

7 tips penting beli kapal layar mewah

Bagi mereka yang berkemampuan, memiliki kapal layar mewah adalah satu kepuasan. Dengan kapal layar tersebut mereka boleh bersiar-siar di lautan sambil menikmati keindahan panorama seperti pemandangan matahari terbenam. Di sini saya sertakan 7 langkah beli kapal layar mewah untuk pengetahuan anda.

Bukan semua orang mampu memiliki kapal layar kecuali mereka yang benar-benar mampu berdasarkan kekayaan yang dimiliki, berpendidikan formal dan bercita-cita untuk mengembangkan bisnes. Jika gaya hidup atau karier anda boleh membantu untuk memiliki kapal layar mewah, panduan ini amat sesuai untuk anda.

Tips membeli kapal layar mewah ini boleh membantu anda merancang kos dan langkah-langkah membeli kapal layar.

 

7 tips penting beli kapal layar mewah
Kapal layar boleh jadi tempat untuk anda bercuti dan merehatkan fikiran.

 

1. Keinginan, pendapatan dan gaya hidup

Menghiburkan rakan dan keluarga anda dengan kapal layar anda adalah satu perkara yang mengkagumkan. Bergantung pada rancangan anda, meluangkan masa di kapal layar di destinasi idaman anda boleh menjadi kayu pengukur kepada jenis kapal layar yang anda mahu miliki.

Jadi bagaimana anda membuat keputusan? Adalah bijak untuk anda meluangkan sedikit masa di atas kapal layar, meski pun anda tidak pernah melakukannya sebelum ini. Dari situ anda boleh berfikir mengenai keselamatan dan penyelenggaraan kapal layar.

Dengan menerima jemputan pelayaran dari rakan bisnes, anda sebenarnya dapat belajar apakah jenis kapal layar yang sesuai untuk anda. Mungkin anda suka kapal layar yang kecil dan mudah untuk dipandu, atau anda mahukan sesuatu yang lebih besar dengan pengalaman pelayaran yang mewah.

Jawab soalan-soalan di bawah sebelum anda mengambil keputusan untuk memiliki kapal layar :

  • Apa yang saya akan buat dengan kapal ini, untuk bisnes, keseronokan atau kedua-duanya?
  • Adakah anda akan tinggal dan bekerja dalam kapal layar sekali-sekala?
  • Siapa yang akan menemani anda? Berapa ramai tetamu yang anda mahu bawa bersama?
  • Berapa panjang kapal layar yang terbaik?
  • Di mana anda nak bersiar-siar dengan kapal layar tersebut? Berapa kelajuan dan jarak yang anda perlukan.
  • Di mana anda nak simpan kapal layar tersebut?
  • Adakah saya perlukan krew untuk kapal layar?

 

2. Tahu kemampuan untuk memiliki kapal layar

Berapa harga kapal layar yang mampu anda miliki? RM500,000 atau RM5 juta? Ia bergantung kepada bajet anda. Perkara yang terbaik untuk anda lakukan ialah membuat tinjauan kepada penjual-penjual kapal layar yang ada. Pertimbangkan faktor-faktor seperti panjang, tahun ia dibina dan harganya.

Saiz kapal layar amat penting untuk pelaburan anda. Kapal layar yang lebih kecil lebih banyak di pasaran dan anda akan menjumpai kapal yang lebih sesuai dengan bajet dan apa yang anda inginkan. Periksa kapal layar yang memiliki panjang 40 ke 50 kaki untuk membuat perbandingan dengan model yang lebih besar. Lebih besar kapal layar anda, lebih banyak ruang untuk dimiliki, lebih ruang untuk berehat dan berseronok disertakan dengan kelengkapan yang mewah.

Satu lagi faktor yang harus anda fikirkan ialah model kapal layar tersebut dengan nilai yang boleh anda dapat bila ia dijual semula. Secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada harganya.

Memiliki kapal layar ibarat membeli kereta mewah yang terkini. Jika anda mampu untuk membayar dengan harga penuh, belilah secara tunai. Jika anda perlukan pembiayaan untuk kapal layar tersebut, sediakan wang pendahuluan sebanyak 20% hingga 40% dan ansuran selama 10 ke 20 tahun.

Berikut adalah faktor yang harus diperhatikan untuk melengkapkan pengembaraan kapal layar anda :

  • Insurans – lindungi kapal layar anda dengan insurans kerana ia menjadi keperluan bila anda memohon pembiayaan dari bank. Bergantung kepada kapal layar anda, ia mungkin menjadi rumah kedua untuk mendapat potongan cukai.
  • Pendaftaran – anda perlu daftarkan kapal layar anda bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Anda boleh berbincang dengan wakil jualan kapal layar anda untuk mendapatkan maklumat pendaftaran kapal layar dengan lebih lanjut.
  • Simpan – sebelum membuat tempahan, fikirkan dahulu di mana anda nak simpan kapal layar tersebut. Usah risau kerana anda boleh pilih lokasi yang menyediakan ruang untuk menyimpan kapal layar dengan kadar sewa yang munasabah.
  • Kajian – cari mereka yang boleh membantu anda membuat pilihan sebelum membeli kapal layar. Secara tidak langsung, anda boleh memilih kapal layar yang terbaik mengikut citarasa anda. Anda boleh dapat harga yang terbaik dengan kelengkapan yang diinginkan.

 

3. Kualiti dan rekaan kapal layar

Bahagian yang paling menarik bagi kebanyakan pemilik kapal layar ialah proses rekaannya. Jika anda yang mencipta rekaan sendiri, anda pasti akan melawat tempat kapal layar dibina untuk melihat ia dibina dan dipasang. Proses ini boleh memakan masa berbulan-bulan sehingga bertahun, terutamanya di tempat pemasangan kapal layar yang popular.

 

4. Pengurusan dan penyelenggaraan kapal layar

Saiz kapal layar anda menjadi faktor yang menentukan bagaimana anda menjaga dan menguruskannya. Anda harus bijak membuat perbandingan dari beberapa faktor yang disenaraikan di bawah :

1. Jaga sendiri dengan staf yang jaga. Bila anda membuat keputusan untuk mengambil staf atau krew, anda boleh bertanya kepada rakan-rakan lain yang berpengalaman tentangnya. Fikirkan staf yang bagaimana anda mahukan. Berapa ramai staf yang perlukan untuk memastikan perjalanan kapal layar tersebut? Adakah jumlah tersebut termasuk staf makanan dan chef?

2. Kos minyak kapal layar. Kos minyak bergantung kepada jenis kapal layar yang anda miliki. Tiada siapa yang mahu membayar lebih kos minyak termasuk pemilik kapal layar.

 

5. Lokasi simpanan kapal layar

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tempat kapal layar berlabuh dan disimpan perlu difikirkan oleh pemilik kapal layar. Adakah anda akan simpan kapal layar berhampiran dengan tempat tinggal anda? Atau anda memilih untuk mencari tempat yang boleh disewa? Jika anda mempunyai tempat simpanan peribadi atau rakan yang mempunyai ruang simpanan, itu lebih baik lagi.

Anda perlu ambil kira soal kedalaman air dan perkara yang berkaitan jika mempunyai kapal layar yang panjang. Elakkan daripada melalui jambatan yang rendah atau apa-apa halangan yang boleh menjejaskan kapal layar anda.

 

6. Gunakan khidmat ejen berpengalaman

Minta bantuan ejen kapal layar yang berpengalaman untuk memilih kapal layar yang terbaik untuk anda. Mereka boleh membantu anda untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kemampuan dan citarasa anda sekaligus membeli kapal layar yang betul. Jika anda menghasilkan rekaan yang khusus, ejen tersebut harus menemani anda ke tempat kapal layar dibina untuk pemeriksaan berkala supaya ianya siap mengikut rekaan yang dimahukan.

Salah satu tugasan yang perlu anda lakukan ialah berunding dengan ejen jualan kapal layar untuk mendapatkan nilai yang terbaik dan menjalankan urus niaga dengan dokumen dan perjanjian dengan betul. Penjual kapal layar akan membayar komisyen kepada ejen mereka untuk setiap kapal layar yang terjual, oleh itu pastikan ejen tersebut menjalankan tugasnya dengan baik. Langkah ini penting bagi mengelakkan masalah yang tidak diundang dalam proses pembelian.

Ejen jualan kapal layar bekerja untuk beberapa syarikat yang menjual kapal layar baru. Biasanya mereka menerima tempahan kapal layar pra-milik selain dari kapal baru. Oleh itu berhati-hatilah jika ada ejen yang menawarkan janji manis kerana ada di antara mereka yang menjual kapal layar yang dikitar semula. Carilah ejen yang benar-benar menawarkan jualan kapal layar yang benar-benar baru.

 

7. Nilai jualan semula kapal layar

Kapal layar bukanlah pelaburan, ia adalah pilihan gaya hidup. Nilai kapal layar akan menyusut. Oleh itu, pertimbangkan untuk membeli kapal layar bersaiz kecil untuk bermula sekiranya anda bercadang untuk menjualnya semula. Nilai kapal layar bergantung kepada 3 faktor di bawah iaitu :

  • Kualiti keseluruhan kapal layar sejak dibina dan disiapkan.
  • Bagaimana kapal layar tersebut diselenggara sepanjang masa.
  • Keadaan pasaran semasa kapal layar dihasilkan.

 

Jika anda mampu menjualnya semula, mungkin anda boleh mendapat sedikit keuntungan. Harus diingat bahawa kapal layar anda sama seperti kereta, ia mempunyai susut nilai. Mencari kapal layar memerlukan anda untuk berjumpa dengan ramai ejen kapal layar. Belajar bagaimana mereka berjaya membantu pelanggan.

Sebaik sahaja anda bertemu dengan ejen yang sesuai, minta supaya mereka boleh meluangkan masa untuk anda bagi menyenaraikan senarai pelanggan sebelum ini. Anda boleh menghubungi mereka untuk merasai bagaimana rasa puas hati mereka selepas memiliki kapal layar dari ejen tersebut. Melihat bagaimana kepuasan pelanggan-pelanggan terdahulu boleh mendatangkan rasa puas hati dengan pencapaian ejen kapal layar tersebut.

Belayar adalah pilihan yang boleh memberi kepuasan dan prestij kepada individu. Anda boleh mula mencari pengalaman untuk belayar dengan memilih laman seperti servis dari Airbnb. Di situ anda boleh memilih kapal layar untuk disewa dengan pakej yang menarik.

Bila anda bercadang untuk membeli kapal layar, ia bukan sekadar transaksi kewangan. Anda akan masuk ke dalam kumpulan individu yang mahukan sedikit rehat, cabaran dan privasi di atas air.

Jika anda benar-benar mahu memiliki kapal layar mewah yang pertama bagi memenuhi impian, sila hubungi saya sekarang juga di talian 017-4802045 (Ikhwan) sebagai langkah pertama. Saya bersama dengan pasukan membantu merealisasikan impian tersebut.

Kami amat menghargai kepercayaan anda untuk mengiringi anda menuju ke fasa impian anda yang seterusnya, memiliki sebuah kediaman mewah di atas air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *