6 sebab mengapa anda perlukan ejen kapal layar
Dengan adanya portal di internet, kapal layar mendapat lebih banyak pendedahan kepada prospek yang sedang mencarinya. Bukan sekadar melihat, malah kapal layar boleh ditempah serta-merta. Walau bagaimana pun, keputusan yang silap bakal memberi kesan buruk kepada wang dan emosi anda.
Oleh itu anda perlukan nasihat dari ejen atau broker kapal. Berikut adalah 6 sebab mengapa anda perlukan ejen kapal layar untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat sebelum membuat sebarang pembelian kapal layar.
1. Ejen kapal layar lebih komited untuk bantu anda. Bayangkan anda menerima panggilan telefon dari seseorang, menjawab soalan dan menetapkan temu janji. Ia adalah tugas yang memerlukan komitmen penuh kerana prospek akan beredar sekiranya ejen tidak memberi kerjasama yang pantas. Jika anda berhubung dengan ejen kapal layar yang komited, anda akan dapat jimatkan banyak masa dan berdepan dengan banyak masalah.
2. Bukan mudah untuk berunding. Setiap individu berharap dapat menjalankan urusan jual beli dengan proses yang mudah. Ada sesetengah individu tidak berminat untuk mendapatkan nasihat ejen kerana mereka lebih gemar berurusan terus dengan penjual kapal layar yang dianggap lebih telus.
Malangnya, proses ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin anda sebagai pembeli meminati sesebuah kapal layar, tetapi penjual kapal layar tidak menunjukkan minat untuk melayan anda.
Oleh itu, ejen kapal layar adalah orang tengah yang paling tepat untuk membantu menyampaikan mesej anda. Biarkan urusan rundingan yang rumit diselesaikan oleh pihak yang profesional.
3. Bukan semua orang minat kertas kerja. Ejen kapal layar yang berpengalaman berurusan dengan kontrak yang ditetapkan oleh penjual kapal layar. Anda sebagai pembeli pasti perlukan kontrak jualan/belian yang melindungi dan memastikan anda mendapat jaminan dan kepuasan semasa membeli kapal layar yang diimpikan. Ejen kapal layar yang berpengalaman tahu bagaimana untuk menggunakan kontrak tersebut bagi membantu anda.
4. Ejen kapal layar ternama tidak berbohong. Ini adalah reputasi ejen kapal layar. Mereka tidak akan buat sesuatu yang boleh menjatuhkan reputasi kerana urusniaga jual beli kapal layar ini bergantung pada rujukan dan belian dari pelanggan sedia ada. Ejen kapal layar ini akan sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan untuk mendapatkan maklum balas yang positif.
Jika prospek atau pelanggan berasa curiga, sudah pasti mereka akan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Berita buruk yang tular dengan cepat pasti akan menjejaskan periuk nasi ejen tersebut.
5. Bukan semua perkara dipandang remeh. Ada individu yang berfikir boleh terus beli kapal layar tanpa melalui ejen. Mereka tak nak melibatkan ejen untuk jimatkan kos dan sekadar meletakkan bajet mengikut harga kapal layar di pasaran. Ia nampak seperti perkara yang betul, tapi ia boleh menjadi langkah yang salah.
Harus diingat, tanpa pengalaman menjual, proses jual beli kapal layar akan menjadi lebih rumit dan sukar lebih-lebih lagi tanpa ada sebarang pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu pilihlah ejen kapal layar supaya mereka boleh membantu dan memberi nasihat yang betul pada anda.
6. Pengetahuan kapal layar yang betul. Membeli kapal layar perlukan pengetahuan asas seperti pendaftaran, insurans dan visa. Ejen kapal layar yang berpengalaman akan memastikan anda mendapat maklumat yang tepat untuk anda.
Sesetengah kapal layar terpakai memerlukan sedikit sentuhan sebelum ia dijual kepada pelanggan. Ejen kapal layar akan memastikan ianya menepati kepuasan pelanggan sebelum diserahkan kepada pelanggan.
Kesimpulan
Kewujudan portal di internet memudahkan lagi urusan untuk anda membeli kapal layar yang anda idam-idamkan. Namun begitu, ia bukanlah semudah membeli komputer atau telefon bimbit secara online. Anda perlukan ejen profesional yang boleh membantu anda membeli kapal layar yang sudah pastinya memerlukan sejumlah wang yang besar.
Jika anda tercari-cari ejen untuk memiliki kapal layar idaman anda, terus hubungi saya di talian 017-4802045 (Ikhwan). Saya dan pasukan akan berusaha untuk membantu anda memiliki kapal layar yang anda idamkan dengan sebaik yang mungkin.