10 Tindakan Konsisten Untuk Terus Kekal Hidup Ceria

10 tindakan konsisten untuk terus kekal hidup ceria

Ceria dan gembira tidak datang pada masa depan. Ia tercipta bermula dengan hari ini dan saat ini.

1. Hargai apa yang anda miliki. Jika dihitung nikmat yang diterima, anda adalah orang yang kaya. Di situ ada kegembiraan yang tersembunyi di antara saat-saat hidup anda.

2. Fokus pada perkara yang penting sahaja. Ada banyak perkara yang terjadi setiap hari. Usah biarkan hal-hal kecil mengalihkan perhatian anda. Setiap saat adalah anugerah yang tak harus disia-siakan. Luangkan masa anda pada perkara yang memberi manfaat sahaja.

3. Fahami tujuan hidup anda. Usah gentar dengan kegagalan, kejarlah tujuan hidup anda dan tumpukan perhatian. Jika ada yang mahu lihat anda jatuh, pasti ada yang mahu lihat anda berjaya.

4. Berdepan dengan cabaran. Cabaran datang bukan untuk mematahkan semangat tetapi membentuk diri anda. Cabaran datang untuk menguji keupayaan dan menambah kekuatan diri.

5. Cari keseimbangan diri yang membolehkan anda menjadi diri sendiri. Renung kembali diri anda hari ini dan apa yang sepatutnya anda jadi. Ada waktunya sudah tiba untuk memilih jalan yang membolehkan anda mengejar impian untuk diri sendiri.

 

Bukan mudah untuk jadi ceria sepanjang masa, tetapi pasti ada jalannya

 

6. Sayangi tubuh anda dan jagalah dengan sebaiknya. Ada parut yang tercalar ditubuh, kesan kecederaan, Dan bahagian gelap di kulit. Terimalah seadanya tubuh yang menjadi aset diri anda.

7. Bataskan waktu dengan orang negatif. Usah putuskan silaturahim tapi letakkan sempadan dengan mereka. Bertemu bila ada keperluan sahaja. Cakap topik tertentu sahaja.

8. Santuni orang lain seperti anda nak orang santuni anda. Cakap yang positif dengan orang lain dan orang lain akan melayan anda dengan baik.

9. Jadi contoh yang baik. Jika anda mahu memperkasakan orang lain, mulakan dengan diri sendiri dahulu. Fokus pada perjalanan diri dan usah bandingkan dengan orang lain.

10. Belajar menerima kenyataan. Usah kusutkan fikiran berfikir tentang apa yang akan berlaku esok hari, melainkan anda buat persediaan untuk menghadapinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!