Bila kali terakhir kau bagi duit pada mak dan ayah?
Barangkali kita pernah berasa susah kerana menghadapi cabaran kewangan yang getir dalam hidup. Bila diingat balik, boleh menitik air mata. Maklumlah mereka yang besarkan kita. Dari kecil sampai besar, sampai masuk universiti. Masa mula-mula nak kerja pun mereka yang bantu kita.
Lepas habis belajar, dapat kerja dan gaji, boleh hulur duit setiap bulan pada mak dan ayah. Bila sudah kahwin, saya masih boleh beri lagi cuma tak banyak macam dulu. Harga barang selalu naik, nilai wang semakin turun. GST yang wujud jadi punca barang naik harga. Hidup saya mula dilanda tekanan.
Memanglah mak dan ayah tak bising, tapi mereka faham situasi anak-anak mereka. Adakalanya nak menghulur tapi takut belanja kita tak cukup. Nak bayar hutang PTPTN, sewa rumah, minyak kereta dengan yuran sekolah anak lagi. Belanja bertambah bila anak pun sama-sama bertambah.

Kos sara hidup semakin meningkat
Anak tiga orang tapi kos sekolah, kos pakaian dengan makan tak sama macam belanja 10 tahun lepas. Dulu saya sekolah belanja 30 sen, hari ini RM5.00 pun belum tentu cukup. Kadang-kadang terlepas juga nak bagi belanja pada ibu dan ayah. Nak bagi belanja isteri pun tak mampu.
Sedih. Ada sekali ibu minta simpankan duit dalam akaun dia. Aku masukkan dulu dalam akaun sendiri. Ada sekali aku terpakai. Bukan pakai sikit, tapi pakai semua. Niat nak bayar sikit-sikit. Ada sekali mak telefon bagitahu, akaun bank dia tak ada duit. Kelam kabut aku keluarkan duit dalam akaun nak bayar balik.
Mak tak bising sebab dia ada cakap, pakailah dulu kalau nak. Tapi saya malu, sebab tak bagitahu awal-awal. Adik-beradik lain boleh bagi belanja, tapi dia orang pun ada komitmen, tak bolehlah nak harap dia orang, saya sebagai anak pun kena bertanggung jawab.
Bisnes yang saya buat tak selamanya untung. Ada masanya belanja bisnes lagi tinggi dari belanja keluarga. Nak bayar sewa pejabat, gaji pekerja dengan bil elektrik pun rasa perit. Pelanggan yang membeli tak selalunya ramai. Rasa nak berputus asa memang ada, sampai nak kerja makan gaji balik.
Satu hari, saya jumpa Nazri. Dulu dia buat bisnes digital. Dia ada ajak saya buat sekali tapi aku tolak dengan macam-macam alasan. Saya jumpa dia balik sebab dia asyik lepak di rumah. Kadang-kadang pergi bercuti. Ada sekali dia pergi umrah guna duit tajaan dari bisnes digital dia.
3 tahun dia buat bisnes digital. Tapi dalam 3 tahun itulah saya tak nak jumpa dia. Tapi dia bagus. Dia buat biasa saja dengan aku. Semua yang aku tanya, dia jawab dengan baik dan ikhlas. Dia betul-betul nak tolong aku.
Itu cerita lama.
Perubahan gaya hidup dengan bisnes digital
Saya terhutang budi dengan Nazri. Saya hidup macam biasa. Duit belanja untuk isteri, anak, mak dan ayah saya boleh hulur macam mula-mula kerja dulu. Sekarang duduk rumah sendiri, tak sewa macam dulu. Kereta pun beli yang besar sikit, baru selesa nak bawa berjalan.
Yuran sekolah anak, hutang PTPTN dengan duit bercuti pun bayar guna duit komisyen bisnes digital. Betul kata Nazri, kalau nak buat terus. Mula-mula kena buat sebagai active income, bila sudah lama buat passive income akan datang.
Bukan itu saja, ilmu yang Nazri itu boleh guna pada bidang bisnes lain, tak semestinya bisnes online. Kalau nak cari prospek, nak buat jualan dan promosi pun boleh guna. Ilmu tersebut dinamakan sebagai ilmu bisnes passive income. Baca artikel di sini untuk belajar buat bisnes digital sekarang.