6 tips periksa kereta terpakai sebelum anda buat bayaran deposit
Membeli kereta terpakai atau kereta rekondisi (recond) itu mudah bila disertakan dengan panduan yang betul. 6 tips periksa kereta terpakai sebelum anda buat bayaran deposit supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jika tersalah pilih kereta yang rosak, banyak masa yang perlu diluangkan untuk membaikinya semula.

1. Semak latar belakang kedai terpakai. Adakah kereta tersebut mengimport kereta terpakai atau membeli kereta terpakai dari orang lain? Semak dengan teliti supaya anda tidak tertipu. Bukan semua jurujual kereta terpakai itu penipu, masih ada jurujual yang jujur.
2. Usia dan perbatuan kereta. Lihat bilakah tahun kereta terpakai itu dihasilkan dan berapakah jumlah perbatuannya (mileage). Disarankan supaya anda membuat pemeriksaan pada kilometer (KM) dengan betul kerana ianya boleh diubah kepada angka yang kurang dari jarak sebenar.
3. Pemeriksaan awal. Datang ke bilik pameran dan belek kereta yang anda impikan dengan betul. Minta supaya anda pandu uji kereta untuk memastikan enjin dapat berfungsi dengan lancar. Selain itu, periksa kebocoran enjin, timing belt, tayar kereta dan badan kereta.
4. Hidupkan enjin kereta. Periksa enjin kereta jika ada sebarang kebocoran minyak hitam. Perhatikan tanda-tanda amaran pada panel meter jika ada. Minta kawan tekan pedal minyak dan lihat keadaan asap yang keluar dari ekzos. Jika asap yang keluar terlalu banyak, berkemungkinan enjin kereta sudah mengalami masalah.
5. Pandu uji kereta. Bawa kereta keluar dan memandu sambil menguji semua gear yang ada. Pastikan pertukaran gear lancar tidak tersekat. Lihat pada stereng kereta, adakah ianya mengalami gegaran melampau atau tidak seimbang. Jangan lupa untuk menguji keberkesanan cengkaman brek kereta. Sekiranya terdapat apa-apa kerosakan pada kereta yang hendak dibeli, pastikan anda meminta jurujual membaikinya terlebih dahulu.
6. Dokumen yang sah. Pastikan kereta terpakai yang hendak dibeli mempunyai dokumen yang sah dan diperakui oleh Puspakom. Ia penting untuk anda memohon pembiayaan dari bank nanti.
Anda boleh gunakan 6 panduan di atas untuk memilik kereta idaman anda seperti Toyota Alphard. Sila hubungi kami menerusi laman Fahmi Auto Biz sekarang juga.