Bisnes

Buat Jualan RM1 Juta Dalam Masa 6 Bulan

Buat jualan RM1 juta dalam masa 6 bulan

Alangkah seronoknya jika anda boleh buat jualan yang banyak dalam bisnes yang diusahakan. Contoh paling mudah ialah menggunakan satu produk sahaja. Caranya ialah dengan menggunakan platform pengiklanan berbayar iaitu Facebook Ads. Tips buat jualan RM1 juta dalam masa 6 bulan ini akan berhasil jika anda sanggup keluarkan kos untuk pengiklanan dan mendapat pulangan yang tinggi daripadanya.

 

buat jualan RM1 juta dalam masa 6 bulan
Untuk capai jualan RM1 juta, berapa kos iklan yang sanggup anda laburkan?

 

Kos iklan yang perlu dilaburkan

Katakan anda peruntukkan kos iklan sebanyak RM40,000 untuk satu Fan Page. Jika ada lebih dari satu Fan Page lebih itu adalah lebih baik. Sasarkan 1,500 unit produk yang terjual untuk sebulan. 1 unit RM120 darab 1,500 sama dengan RM180,000. Jalankan strategi ini untuk 3 bulan berturut-turut untuk mencapai jualan sehingga mencapai RM540,000.

Bulan kelima, anda boleh mula mencari pemborong. Mulakan dengan mencari 3 hingga 5 orang pemborong. Seorang pemborong wajib ambil 1,000 unit produk dengan harga RM65 seunit. 3 orang pemborong sudah ada 3,000 unit x RM65 bersamaan RM195,000. Jualan RM180,000 dikekalkan tambah jualan RM195,000 menghasilkan RM375,000.

 

Jual lebih banyak pada pemborong

Formula ini diteruskan sehingga bulan kelima. Bulan keenam jualan diperkenalkan pada 2 orang pemborong besar. Mereka diwajibkan memborong 5,000 unit produk. 10,000 unit darab RM50 sudah dapat RM500,000. Pemborong sebelum ini dihentikan kerana hendak memberi laluan kepada pemborong besar. Walau bagaimana pun jualan produk secara runcit masih diteruskan.

Berikut ialah ringkasan kira-kira bagi jualan produk untuk tempoh 6 bulan :

  • Bulan pertama : RM180,000
  • Bulan kedua : RM180,000
  • Bulan ketiga : RM180,000
  • Bulan keempat : RM180,000 campur RM195,000
  • Bulan kelima : RM180,000 campur RM195,000
  • Bulan keenam : RM500,000 campur RM180,000

Jumlah keseluruhan : RM1,970,000

 

Bagaimana nak mulakan Facebook Ads?

Anda boleh lihat bagaimana pemilik produk membuat jualan hampir RM2 juta dengan kos iklan sebanyak RM40,000 sebulan. Berdasarkan kekuatan yang beliau ada, tidak mustahil produk boleh dijual dengan banyak dan laris. Oleh itu anda boleh lihat faktor kejayaan beliau ialah kos iklan yang dikeluarkan dan produk yang dijual.

Sudah pasti sebelum sesebuah iklan dihasilkan, pelbagai kajian iklan dibuat untuk mendapatkan iklan yang berkualiti dan berkesan sehingga boleh menghasilkan jualan. Split test perlu dilakukan bagi membuat pilihan iklan yang paling baik. Tidak sekali-kali RM40,000 itu terus menerus dibelanjakan untuk pengiklanan.

Anda boleh mulakan iklan Facebook Ads dengan kos serendah RM10 untuk mendapatkan iklan yang benar-benar berkualiti. Selepas itu anda boleh sasarkan iklan kepada pelanggan yang benar-benar targeted supaya ianya boleh menghasilkan jualan dengan baik. Jika anda mahu senarai produk yang boleh dijual, terus rujuk pada sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *