5 tips menjual produk dan servis di Facebook
Perkara paling asas tentang Facebook ialah ia adalah sebuah media sosial. Di sini tempat untuk berhubung dengan rakan lama dan baru, ahli keluarga dan sanak saudara. Ada juga pengguna yang menggunakan Facebook untuk menjalankan bisnes. Agak sukar untuk menjual produk apabila anda tidak mempunyai prospek yang sesuai. 5 tips menjual produk di Facebook ini boleh membantu anda menghasilkan jualan.

1. Guna gambar sebenar. Usah letak gambar kartun, gambar produk dan gambar artis. Guna gambar anda sendiri. Penting untuk pelanggan membeli kerana mereka berurusan dengan manusia. Anda sendiri takkan membeli dengan penjual yang bertopeng.
2. Kongsi informasi. Banyakkan memberi maklumat yang bermanfaat di status anda. Ini sebagai tanda komunikasi anda dengan rakan di Facebook.
3. Beri respon pada rakan. Bila rakan anda menulis status, muat naik gambar atau artikel, beri respon dengan menekan butang Like, Love dan lain-lain yang terdapat dalam butang status. Berikan komen sebagai tanda terima kasih atau pendapat untuk memotivasikan rakan anda.
4. Cari rakan yang bermanfaat. Lihat pada Mutual Friend rakan Facebook anda. Mereka mempunyai minat yang sama. Boleh Add Friends yang dicadangkan oleh Facebook. Dari situ anda boleh lihat status yang ditulis dan dikongsikan mereka sama ada bisnes atau servis.
5. Masuk Groups bisnes yang aktif. Lihat Group yang dibenarkan untuk menjual produk atau servis di situ. Kaji dan lihat apakah produk yang mendapat permintaan. Elakkan daripada memasukkan rakan Facebook anda tanpa izin kerana ini akan menimbulkan rasa kurang senang lalu mereka pun Unfriend anda.
6. Elakkan Tag rakan sesuka hati. Usah Tag nama rakan anda pada produk anda. Mereka yang baru menjual harus belajar tentang Hard-Selling, Soft-Selling dan Story-Telling dalam proses untuk menjual. Anda sendiri tidak selesai bila tiba-tiba orang datang Tag iklan pada rumah anda. Begitu juga di Facebook.
7. Gunakan Facebook Ads. Mengapa perlu gunakan Facebook Ads? Dengan fungsi ini, banyak masa yang boleh dijimatkan. Anda boleh kurangkan masa melayari Facebook dan membuat kerja-kerja lain. Anda tidak perlu pos iklan anda ke Group yang disertai kerana ia akan mengambil masa yang lama.
Dengan Facebook Ads, anda boleh tentukan sasaran jualan menerusi jantina, lokasi, minat dan waktu. Dengan kos serendah RM10.00 sehari, anda sudah boleh beriklan. Facebook akan memberikan anda maklumat yang berharga jika anda menggunakan iklan mereka. Di antaranya ialah golongan yang berpotensi untuk membeli produk anda, usia prospek yang berminat dan iklan jenis apa yang paling berkesan. Anda boleh jual bila sudah mahir nanti.