Kewangan

Cara Guna Wang Orang Lain Untuk Jadi Kaya

Cara guna wang orang lain untuk jadi kaya

Hasil dari perkongsian Abe Nazz di status Facebooknya, beliau ada ceritakan bagaimana cara guna wang orang lain untuk jadi kaya. Menurut beliau, hanya 20% rakyat Malaysia yang menguasai 80% kekayaan negara.

Semua orang memiliki 24 jam sehari. Tidak kira orang kaya atau orang miskin, semua ada waktu yang sama. Orang kaya menggunakan konsep Other’s People Money (OPM), Other’s People Time (OPT) dan Other’s People Effort (OPE) yang dipanggil leverage.

Contoh OPM ialah pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Katakan anda ada RM50,400. Buat pembiayaan ASB bernilai RM800,000 yang dipinjam dari bank. Pulangan ASB dari jumlah tersebut ialah 23% setahun. Kalau simpan RM50,400 dalam ASB cuma dapat 7% sahaja.

 

Cara guna wang orang lain untuk jadi kaya
Cara guna wang orang lain untuk jadi kaya memang perlukan strategi yang tepat dan betul.

 

OPE diibaratkan dengan seorang Agency Supervisor dalam unit amanah. Walau pun beliau ada 50 orang anak buah, bukan semuanya aktif. Mungkin ada 10 orang sahaja yang aktif membuat jualan. 40 orang lagi akan menyumbangkan 20% jualan. Jika Agency Supervisor tersebut bercuti sekali pun, hasil jualan dari anak-anak buahnya memberikan komisyen pada beliau.

Menurut pendapat saya, jika anda memiliki produk digital seperti ebook dan video, serta ejen affiliate yang aktif membuat jualan, pendapatan anda tetap berjalan secara pasif. Sebahagian dari iklan produk digital anda dijalankan dengan platform Google Ad atau Facebook Ad manakala sebahagiannya lagi dibantu dengan pemasaran emel.

OPT pula dilihat sebagai pemilik bisnes yang mempunyai 10 orang staf yang bekerja 8 jam sehari. Dengan bantuan staf, pemilik bisnes memiliki 80 jam sehari untuk menggerakkan bisnesnya.

Dengan gabungan ketiga-tiga perkara di atas, pemilik bisnes boleh fokus pada perkara-perkara lain seperti bertemu dengan pelabur atau minum bersama rakan bisnes sambil menaiki kereta Porsche Panamera yang dibiayai oleh bisnes anda.

Untuk menjadi kaya, ini adalah caranya. Sebab itu hanya 20% rakyat Malaysia yang menguasai 80% kekayaan negara. Anda boleh pilih sama ada nak makan gaji sampai tua (financial security) atau jadi pemilik bisnes (financial freedom).

Sebab itu pendapatan pemilik bisnes boleh mencecah RM30,000 hingga RM300,000 sebulan. Jadi rancanglah perjalanan kekayaan anda dari sekarang.

 

Cara nak dapat RM30,000 sebulan

Nampak sukar, tapi tak mustahil. Setiap orang ada 30 hari. Sehari carilah 10 orang pelanggan. Sebulan dapat 300 orang. Jual barang yang boleh beri untung RM100 ke atas. 300 x RM100 dapat RM30,000.

Nampak susah, tapi kenalah usaha. Orang kaya pun belajar susah payah untuk dapat RM30,000 sebulan. Boleh guna teknologi pengiklanan untuk cari prospek. Usahalah, mana tahu boleh beli Nissan GTR suatu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *