Bisnes

Usahawan Internet Susah Nak Jadi Jutawan

Usahawan internet susah nak jadi jutawan

Untuk jadi kaya dalam masa setahun memang sukar. Nak simpan wang berjuta-juta dalam akaun bank kurang dari 5 tahun pun semput. Sebab itu usahawan internet susah nak jadi jutawan dalam sekelip mata. Dengan memilih kerjaya sebagai internet marketer di pasaran Malaysia bukan jalan yang tepat kecuali jika dijalankan bersama seminar dan bengkel.

 

usahawan internet susah nak jadi jutawan
Berapa jumlah pelanggan yang anda perlukan untuk jadi jutawan?

 

Jadi ejen affiliate belum tentu kaya

Setakat jual ebook dan menjadi ejen affiliate pun tak menjanjikan status seorang jutawan. As Aziz yang sudah 8 tahun terlibat dengan internet marketing pun beritahu ia bukan perkara yang mudah. Beliau sendiri sudah jual banyak ebook, buat jualan 5 angka, buat servis autoresponder, hosting dan laman web, dan menjadi internet marketer sejak 2009.

Jika jualan produk dalam internet marketing sedang mencanak, gunakan keuntungan dari situ untuk membina bisnes yang lain. Sebahagian besar anak muda yang jadi jutawan kurang dari setahun banyak menjual produk kosmetik, fesyen dan kecantikan dengan hanya menjual dalam pasaran Malaysia.

 

Jadi apa tindakan anda untuk jadi kaya?

Di antara perkara yang diperlukan untuk menghasilkan jualan ialah menerusi database. Ia boleh dikumpul menerusi Facebook Ads dan Google Ad. Database yang diperolehi boleh disimpan dalam autoresponder. Dengan pemasaran emel, anda boleh jalankan follow-up.

Jika anda benar-benar mahu jadi jutawan sebagai usahawan internet, dapatkan dahulu 10,000 database. Dari situ jual produk yang boleh berikan keuntungan sebanyak RM100. Jika kesemua prospek membeli, anda boleh dapat RM1,000,000 dengan cepat.

Kalau hanya 50% sahaja yang membeli, anda masih boleh dapat RM500,000. Selebihnya anda boleh follow-up dengan pemasaran emel. Jika 25% sahaja yang membeli, anda masih boleh dapat RM250,000.

Jika anda hanya mampu mengumpul 1,000 database, usah khuatir kerana anda masih ada peluang untuk mengumpul lebih banyak database di masa akan datang. Usah terburu-buru nak jadi jutawan kerana apa yang lebih penting adalah membina database yang berkualiti dan boleh menghasilkan jualan.

Belajarlah untuk mengumpul database menerusi platform media sosial kerana boleh membantu anda mendapatkan prospek dengan cepat dalam masa yang singkat.

Anda boleh rujuk artikel buat duit dengan produk digital sebagai rujukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *