Kewangan

7 Profil Kewangan Idaman Bank

7 profil kewangan idaman bank

Profil kewangan individu atau syarikat amat penting sebagai bukti kesungguhan menguruskan kewangan yang boleh dihuraikan dalam 7 profil kewangan idaman bank. Apabila anda memohon pinjaman atau pembiayaan, profil kewangan ini boleh memudahkan bank memproses dan meluluskan pinjaman yang dipohon.

 

7 profil kewangan idaman bank
Profil kewangan yang cantik akan dapat memikat bank.

 

1. Menambah pendapatan. Pendapatan dari gaji bulanan mungkin tidak tinggi, jadi anda kena cari jalan untuk menjalankan bisnes sampingan atau daftar lesen perniagaan dan bergerak bersama rakan kongsi bagi menggerakkan bisnes anda.

2. Mengurangkan komitmen. Jika anda baru sahaja bekerja, rancang simpanan dari sekarang. Elakkan dari membuat komitmen yang tidak perlu seperti membeli kereta yang melebihi kemampuan. Elakkan dari menyertai skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan lumayan.

Di antara komitmen baik yang boleh dicadangkan ialah pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau membeli rumah untuk disewakan. Baca panduan beli rumah pelaburan dengan bijak sebagai rujukan anda.

3. Menyimpan dengan konsisten. Simpan secara tetap dan berterusan akan mencerminkan sikapanda kepada bank. Lebih kerap anda menyimpan, lagi bank suka. Katakan anda ada akaun Tabung Haji, 10% dari gaji anda disimpan setiap bulan di situ. Simpan dulu baru belanja, bukan belanja dulu baru fikir nak simpan ke tidak.

4. Melabur. Sekiranya anda melabur dalam mana-mana instrumen seperti hartanah, unit amanah dan ASB, terus buat pengisytiharan kerana ia adalah pendapatan. Sertakan bukti pelaburan seperti penyata dividen atau penyata bank.

5. Bayar cukai dan isytihar pendapatan. Cukai yang diisytiharkan merupakan pengakuan pendapatan yang anda miliki. Apa yang anda isytiharkan akan menjadi rujukan kepada pendapatan dan komitmen yang anda ceritakan seperti di atas. Cukai tak boleh dikurangkan sesuka hati tetapi boleh dikurangkan dengan ilmu percukaian yang betul contohnya dengan menjelaskan zakat pendapatan.

6. Perlindungan kepada pendapatan dan aset. Anda perlukan perlindungan takaful untuk melindungi pendapatan dan aset yang dimiliki. Ini sebagai langkah persediaan jika berlaku apa-apa pada diri anda. Pegawai bank melihat ini sebagai kesungguhan untuk anda menjaga kesihatan kewangan yang dimiliki.

7. Lengkapkan dokumen. Semua permohonan bermula poin 1 hingga 6 perlukan dokumen. Cakap saja tak berguna. Semua transaksi hendaklah direkodkan. Jika anda tidak pasti, sila tanya pada pegawai bank di bahagian pembiayaan hartanah.

Setiap pekerjaan sama ada kerja kerajaan atau kerja swasta, berniaga dan sebagainya mempunyai syarat dokumentasi dan tempoh pembiayaan yang berbeza. Mereka yang bekerja pejabat perlukan dokumentasi untuk 3 bulan, tetapi mereka yang berniaga perlukan 6 bulan dokumentasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *