5 produk laku keras musim raya
Tak lama lagi akan tiba bulan Ramadan, diikuti Syawal atau kemuncaknya Hari Raya. Walau pun lama lagi nak raya, sudah ramai orang membuat persediaan dari segi kewangan contohnya untuk menambah pendapatan.
Maklumlah waktu raya nanti perlukan persiapan untuk beli barang untuk berbuka puasa, barang untuk buat kuih raya, beli baju raya untuk famili dan anak-anak. Paling penting sekali ialah duit raya untuk dihadiahkan ada anak-anak.
Bagi anda yang bijak dan tak mahu sentuh gaji, carilah jalan untuk buat duit sampingan. Bagi pemilik bisnes, mereka sudah mula rekrut ejen untuk menaikkan jualan. Bagi yang baru nak bermula, belajarlah untuk menjual hari ini juga.

Biasanya, ada 5 produk laku keras musim raya. Saya pecahkan kepada kategori di bawah :
1. Produk informasi. Salah satu produk informasi yang laris menjelang raya ialah ebook atau video cara-cara buat kuih raya, cara buat duit dengan jual air balang dan koleksi resepi kuih raya. Ada juga yang menjual ebook panduan menjahit baju kurung.
2. Produk fesyen. Sasaran fesyen terbahagi kepada usia, jantina dan kuasa membeli contohnya bisnes tudung, baju kurung, baju melayu, jubah dan aksesori. Harga yang dijual bergantung pada kualiti dan jenama.
3. Produk makanan. Kuih raya, biskut dan makanan adalah antara yang terjual dengan laris. Biskut yang dibuat dengan resepi baru turut laris.
4. Produk kecantikan. Masa raya siapa yang tak nak cantik atau langsing. Imej diri itu penting untuk penampilan bagi berjumpa dengan keluarga dan kawan-kawan lama. Takkan nak beraya dengan saiz jumbo. Muka yang dulu gelap pun boleh cerah semula. Itu belum masuk gincu, celak dengan macam-macam aksesori wanita.
5. Produk kesihatan. Bagi yang pernah sakit, pasti mereka teringin untuk sihat kembali untuk berjalan dan berjumpa dengan ahli keluarga. Produk yang boleh menguatkan badan dan tulang amat diperlukan oleh warga emas bagi membantu mereka sihat semula. Bila sudah sihat, senang nak beraya.
Lubuk pembekal produk musim raya
Jika anda nak belajar jual produk musim raya dan mendapatkan senarai pembekal yang berkualiti, sila dapatkan panduan bisnes Shopee untuk pasaran tempatan dan luar negara.
sesuai sangat beli sebelum raya
raihanah ahmad recently posted…Cegah Diabetes Di Kalangan Kanak-kanak
Kalau yg point no 1 saya pernah beli ebook buat duit raya dari ammar zahar huhu
Wanz Shazwan recently posted…Promosi Cetak Baju Family Day RM10.00
biskut tu sangat-sangat menyelerakan!
umiadam recently posted…Set Pencuci Muka Yang Berkesan Tanpa Bahan Kimia Bahaya Dan Bahan Terlarang
Fesyen dengan makanan sudah semestinya laku keras
Noriza Abdul Rahman recently posted…Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Macam tu ya, produk kurus dan gastrik pun banyak dapat sambutan masa nak puasa. Iklan dah naik dah
Ibu Zaid recently posted…Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!
Biskut raya mencabar sikit rasanya tahun ni…yang ada pelanggan tetap boleh ‘hidup’. Yang baru nak mula, elok jual biskut orang lain dulu, sambil selit-selit 1-2 buatan sendiri.
ahmadyani recently posted…The Loaf Hentikan Operasi Perniagaan Selepas 12 tahun Beroperasi
Boleh lah sesiapa yang nak cari duit lebih musim raya ni
Mama Hakim recently posted…Ubat Kencing Manis Terbaik? Sedapnya! Ini 11 Makanan Untuk Kawal Gula
terima kasih informasinya,,, sangat mencerahkan untuk jualan fesyen di musim raya tahun ini.
Musim raya memang dah dekat, tak tahu lagi nak jual apa tahun ni
Azmi Abdul Rahman recently posted…Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018
Asalkan halal dan di redhai Allah saya tak kisah nak jual apa
Mama Hakim recently posted…Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang Mana