7 kategori pelanggan di internet
Berniaga di internet tanpa mengira laman sosial seperti Facebook, Instagram atau Google Plus pastinya mengundang pelbagai jenis pelanggan. Di sini saya sertakan 7 kategori pelanggan di internet yang perlu diperhatikan supaya anda mudah untuk mengendalikan dan berurusan dengan mereka. Bukan apa, kenal dahulu pelanggan baru anda boleh buat tawaran.
1. Pelanggan yang rajin bertanya. Mereka gemar menghantar emel, mesej, SMS atau WhatApps untuk membuat pertanyaan. Adakalanya mereka akan bertanya di bahagian Status, Komen dan Inbox.
2. Pelanggan yang terus membayar. Mereka tiada karenah nak bertanyakan soalan. Mereka hanya lihat barang yang dijual dan terus membayar tanpa banyak soal. Cukup masa mereka akan beritahu bayaran sudah dilakukan. Ini pelanggan yang menjadi idaman setiap usahawan.
Sebagai contoh, jualan tudung yang disasarkan kepada orang perempuan akan lebih mudah terjual sekiranya mereka terjumpa dengan tudung yang diidam-idamkan. Bisnes tudung yang dijalankan pasti akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda dapat pelanggan seperti ini.
3. Pelanggan yang gemar melihat dahulu beli kemudian. Mereka gemar melihat gambar-gambar produk untuk menjamu mata sebelum membuat keputusan untuk membeli. Mereka akan membuat perbandingan harga atau produk dahulu, barulah mereka akan membuat pembayaran.
4. Pelanggan yang membeli di kemudian hari. Lebih kurang pelanggan sebelum ini, mereka juga akan tengok-tengok dahulu. Mereka akan bookmark pada laman yang menjual produk kegemaran mereka atau tag sendiri nama pada produk tersebut. Ada juga yang akan Share gambar produk di Wall mereka sendiri. Mereka perlu di follow-up jika anda mahu mereka membeli produk atau barang dari anda.
5. Pelanggan yang lurus. Mereka mahu maklumat ringkas. Soalan akan ditanya seringkas boleh, satu soalan untuk satu masa. Jawab soalan mereka dengan ringkas dan padat. Perkara yang paling penting ialah jawapan tersebut menepati citarasa mereka.
6. Pelanggan yang gemar bertanya. Sikap mereka amat teliti. Dari soalan remeh-temeh sehinggalah soalan yang serius. Pembelian akan berlaku apabila hati mereka berasa puas. Anda perlu bersabar dengan pelanggan jenis ini.
7. Pelanggan yang mahu jawapan lain. Mereka mahu jawapan yang baru untuk setiap maklumat produk. Jawapan biarlah dijawab dengan cara mereka bertanya. Jika ianya ditanya dari emel, maka jawablah menerusi emel juga. Ikut rentak mereka supaya jualan dapat dihasilkan.